Alhamdulillah kali ni selesai sudah kursus untuk 'System Rice Intensification' (SRI) pada 26/ 1/ 2014 .Kursus untuk SRI organik ni adalah berdasarkan daripada kaedah 'natural farming' yang telah digunakan di korea dan jepun setelah sekian lama. Kaedah natural farming juga ada di aplikasi di Malaysia, tetapi masih tiada penggerak untuk berkongsi kaedah natural farming sebelum ini kepada orang ramai.
Tenaga pengajar untuk kursus ini adalah En. Norhisam Ramlan dan Pn. Nurwahidah Hambali. Hasil dari usaha mereka berdua, kaedah natural farming ini telah banyak digunapakai di kawasan selangor. Ini adalah kursus natural farming terakhir yang mereka buat. Untuk kursus SRI selepas ini, akan dibuat oleh team EDU 1 Malaysia Fertigation Group (1MFG) yang kini telah berada di setiap negeri.
Pandangan dari saya untuk kursus SRI ni adalah terbaikkkk. Dalam kursus ni, kita akan didedahkan dengan penggunaan organik dari segi baja dan racun. Bahan yang akan digunakan adalah bahan yang murah dan sangat mudah didapati di kawasan anda.
Penggunaan racun kimia boleh membunuh rumpai, serangga dan juga manusia! Ya, ia juga umpama pembunuh senyap untuk manusia. Bila anda sembur racun kimia, yakin 100% ke bahawa anda tidak akan terhidu racun? Jika pamakaian dan penggunaan yang betul, 100% ke racun tak kena pada kulit kita? Ya, memang sedikit yang kena dan mungkin macam tiada apa2 kesan bagi sesetengah orang. Tapi itulah hakikat. Racun kimia juga seperti rokok!
Pengalaman dari tenaga pengajar, penggunaan organik ni mengambil masa jika pertama kali dalam menggunakan kaedah ini. Penggunaan untuk musim pertama biasanya kebun anda masih akan diserang oleh serangga kerana musim pertama adalah dalam proses merawat tanah untuk kegunaan seterusnya. Selepas dijaga dengan betul, mikrob akan membiak dengan banyak dalam tanah untuk menjadikan tanah lebih subur. Ini akan membantu pokok untuk membuatkan sistem pertahanan yang kuat.
Penggunaan kimia semakin lama meningkatkan kos, manakala penggunaan organik semakin lama semakin mengurangkan kos. Jadi, bolehlah join kursus tersebut untuk kesihatan yang terjamin dan penghasilan buah, sayur yang organik dan menambah keyakinan untuk dimakan dan diberikan pada anak2.
Sebelum terlupa, jika anda ingin mengikuti kursus ini boleh pergi ke group 1 Malaysia Fertigation Group di facebook, atau boleh juga smskan pada nombor 017- 788 2060 untuk saya bantu hubungkan terus pada team EDU 1MFG PLT.
Sekian~