Okay, untuk pengetahuan anda, sebenarnya anda bukan lah ditindih ketika anda tidur. Sebenarnya anda telah mengalami gangguan kelumpuhan tidur ataupun dipanggil sleep paralysis. Perkara ini boleh terjadi pada sesiapa sahaja paling kurang sekali atau dua dalam hidupnya. Sleep paralysis ini tidak berbahaya, jadi anda tak perlu risau.
Bila anda tersedar, anda dalam keadaan separuh sedar atau anda dalam keadaan mamai. Jadi bila sedar anda tak boleh gerak, anda mula fikir macam2 perkara yang mistik. Jadi ini lah puncanya terjadi anda terasa badan ditindih walaupun sebenarnya tidak. Keadaan ini akan pulih dalam beberapa minit, jadi setelah anda selesai membaca ayat kursi atau apa2 doa, keadaan tersebut juga turut pulih dalam masa yang sama. Ini yang akan membuatkan anda percaya anda ditindih ketika tidur.
Satu lagi, bila anda terasa takut tersebut, anda mula membayangkan pelbagai perkara, disitu la mula timbul bayang2 dan pelbagai bentuk yang tidak anda ingini. Ia terhasil disebabkan anda cuba menghasilkan perkara tersebut.
Jadi lepas ni, pada yang terasa macam kena tu, jangan panik, relax je. Dalam beberapa minit anda akan pulih kembali seperti normal. Walaubagaimanapun, doa dan sunnah Nabi kita perlu diamal juga. Setiap perkara pasti ada sebabnya.
Sekian~