Alhamdulillah selesai sudah mengikuti seminar keusahawanan - 1MFG PLT "Impak Kepada Perniagaan Anda" pada 19/ 1/ 2014 di Politeknik Shah Alam. Dapat sikit ilmu pengetahuan di situ. Dapat juga kenal dengan otai2 bahagian pertanian ni.
1MFG yang bermula dari group di facebook yang kini semakin membesar dan semakin meningkat semakin bertambah power! Kini geng di facebook 1MFG ni sudah semakin ramai dan telah melebihi 5000 member.
Kebanyakan kaedah penanaman yang digunakan dari geng 1MFG adalah penggunaan dari produk organik. Racun kimia dikurangkan dan ada tanaman tanpa menggunakan racun kimia. Pengunaan organik dapat meningkatkan lagi tahap lawan pokok terhadap penyakit dan dapat menjaga alam sekitar.
Penggunaan organik juga dapat mengurangkan kanser. Penggunaan bahan kimia boleh menyebabkan kanser. Dalam jangka masa pendek mungkin tak nampak kesan tersebut, tapi jika dilihat pada jangka masa panjang?
Dalam seminar tersebut juga ada dapat Panduan Membuat dan Menggunakan Produk Sri Organik. Dalam buku ni terdapat cara2 untuk membuat baja dan penghalau serangga, kulat dan bakteria secara organik. Tersangat berguna untuk pekebun untuk menggunakan sri organik ni untuk mengurangkan kos racun dan terus menghasilkan buah organik.
Nak berhubung dengan otai2 pertanian ni? Boleh cari mereka di facebook, Group 1 MALAYSIA FERTIGATION GROUP . Join je group tersebut. Ada banyak ilmu yang boleh disedut di situ. Nak cari produk SRI? Cari dalam group tu Norhisam Ramlan. Beliau ada menjual produk SRI, dan beliau juga menanam tanpa menggunakan racun kimia. Nak cari Effective Microorganism (EM), boleh cari khairuboss (baru je lepas beli EM dan benih cili bara dgn beliau) hehe. Ada banyak lagi la dalam group tersebut dan yang penting mereka sentiasa membantu.
Jadi pada sesiapa sahaja rasa nak menimba ilmu, nak bermula fertigasi, nak menghasilkan buah yang organik dan lain2 boleh la join group ni.
"TOGETHER WE GROW"