Fertigasi adalah teknik tanaman dimana pembajaan diberikan melalui kaedah pengairan. Mengikut apa yang saya tahu, fertigation adalah dari dua perkataan yang digabungkan iaitu fertilizer + irrigation. Pembajaan yang diberikan adalah melalui kaedah pengairan untuk mengoptimumkan lagi hasil. Air baja yang diberikan adalah terkawal dan cukup2 untuk tumbuhan.
Masalah Nitrogen Dalam NPK
==========
Pembajaan menggunakan pembajaan adalah sukar dikawal. Kebiaasaannya, nitrogen dalam baja NPK adalah dalam bentuk ammonium, urea base @ nitrate (biasa lagi mahal). Akar akan menyerap baja dalam bentuk ammonium dan juga nitrate. Penyerapan nitrogen dalam bentuk ammonium adalah perlahan jika dibandingkan dengan penyerapan dalam bentuk nitrate.
Jika dalam bentuk ammonium, akar perlu mencari baja untuk penyerapan dilakukan, manakala jika dalam bentuk nitrate, baja akan pergi ke akar pokok dan ini akan memudah pokok mendapat nitrogen dengan mudah. Nitrogen dalam bentuk ammonium yang tidak diserap oleh akar pokok juga akan ditukar menjadi nitrate.
Nutrien akan melalui proses nitrification dimana proses ini menyebabkan nitrous oxide dan nitric oxide akan dilepaskan ke udara dan ia akan menyebabkan nutrien hilang begitu sahaja. Jadi pembaziran akan terjadi disitu.