Thursday, March 13, 2014

Kenapa Madu bagus dari gula?

Seperti yang telah kita ketahui, madu adalah makanan sunnah. Jika ia sunnah, maka ia adalah makanan yang baik dan berkhasiat. Kita telah umum ketahui bahawa madu itu bagus untuk dimakan paling kurang sesudu setiap hari. Tetapi kenapa madu bagus berbanding gula biasa? Madu juga manis, begitu juga gula.

Madu dihasilkan dari koloni2 lebah yang mengambil madu dari nektar bunga seperti yang telah kita ketahui. Madu lebih baik dari gula biasa kerana gula dalam madu adalah gula ringkas @ monosaccharide seperti fructose dan glucose. Apabila makan madu, gula dari jenis ini akan terus diserap dalam darah dan memberikan tenaga secara terus pada badan.



Untuk gula biasa, ia dihasilkan dari tebu. Gula dari jenis ini akan melalui proses yang dipanggil "bleaching" untuk menghasilkan gula yang putih. Dari pengetahuan saya, gula yang belum melalui proses "bleaching" adalah lebih baik. Gula biasa adalah jenis dari gula disaccharide seperti carbohydrate. Gula dari jenis ini perlu diuraikan untuk diserap oleh badan. Jika gula tersebut tidak dihuraikan menjadi tenaga, ia akan menjadi lemak.

Jadi lepas ni boleh la amalkan pengambilan madu seperti yang disarankan oleh Nabi kita. Pasti ada manfaat. =)