Monday, March 24, 2014

Rahsia Pokok Kucing Galak


Berikutan dengan post saya sebelum ni di facebook berkenaan pokok kucing galak, hari ni saya akan tambah sedikit lagi untuk pokok kucing galak ni.



Apa dari yang saya nampak, kucing ni tak pergi pulak dekat pokok ni kalau pokok ni elok tertanam kat tanah. Tapi bila di cabut, kasi kucing hidu akar pokok ni, kucing jadi mula duduk tak diam la. Seronok jugak main dengan kucing bila guna pokok ni.



Untuk berkenalan dengan pokok ni, pokok ni adalah berasal dari tumbuhan liar. Pokok ni terhasil dari biji benih. Saya ada jugak belek2 dekat bunga dia tu. Last ada nampak benih dia. Terasa nak amek benih tu buat tanam. -,-". Dari pengalaman, saya kutip pokok ni dekat belakang2 rumah, dekat tepi jalan, dekat2 dengan longkang, dan ada jugak berdekatan dengan kawasan sampah yang telah dibakar. Kucing galak ni adalah bersifat pahit dan sejuk.



Mengikut pengalaman sebelum ni, bila lepas kucing makan je bahagian dari pokok kucing galak ni, tak lama kemudian kucing tu akan muntah. Mungkin keluar hair ball kot. Nak sihatkan badan dan penyerapan nutrien yang lebih efektif. Terpaksa la dia makan ubat dia. Kucing ni akan makan akar dan ada juga makan daun jadi ulam untuk dia.



Kucing ni akan bertindak dengan gigit2 akar pokok ni, makan akar dan daun dia. Selain tu, kucing ni juga akan mula menggesel, melompat dan menangkap  pada akar pokok.

Seterusnya adalah khasiatnya pada manusia. Kucing galak dapat merawat ulser mulut, penyakit kulit, dan tenaga batin. Kebanyakan adalah dengan menggunkan air rebusan pokok ini.

Sekian~

Friday, March 14, 2014

Cara Membuat Fish Amino Acid (FAA)

Kali ni kita sama2 belajar cara untuk membuat FFA. FFA mempunyai tinggi protein, acid amino dan pelbagai nutrien lain. Dengan penggunaan FFA, ia menggalakkan lagi pembiakan microb dalam tanah untuk meningkatkan kualiti tanah.

==========
Alatan
==========

  1. Balang Plastik
  2. Kain/ Kertas
  3. Tali/ Getah Pengikat
  4. Pisau
==========
Bahan
==========
  1. 1kg Ikan Segar
  2. 1kg Gula Merah
==========
Cara2
==========
  1. Potong ikan pada 3 @ 4 bahagian. Ikan tak perlu dikisar untuk mengelakkan molekul dan khasiat dalam ikan tersebut rosak dan berkurang.
  2. masukkan ikan dalam bekas. Masukkan semua bahagian ikan dari kepala, badan, perut,badan dan ekor, kemudian masukkan gula merah. nisbah adalah 1 : 1.
  3. Tutup balang dengan kain atau kertas dan ikat dengan kemas untuk mengelakkan serangga masuk.
  4. Selepas 1 bulan pemeraman, tapis FFA yang telah siap dan boleh digunakan pada pokok.


=========
Penggunaan
=========
Cairkan dengan air bersih tanpa klorin dengan nisbah 1 : 500 - 1000. Gunakan sebagai baja tambahan dengan semburan foliar pada tumbuhan

--------------------------------------------------------------------------------------------

Pengunaan FFA mempunyai kebaikan pada pokok seperti :
  1. Mengurangkan stress
  2. Meningkatkan aktiviti fotosintesis
  3. Memudahkan pembukaan stomata
  4. Meningkatkan aktiviti microbe tanah.
Sekian ~

Thursday, March 13, 2014

Kenapa Madu bagus dari gula?

Seperti yang telah kita ketahui, madu adalah makanan sunnah. Jika ia sunnah, maka ia adalah makanan yang baik dan berkhasiat. Kita telah umum ketahui bahawa madu itu bagus untuk dimakan paling kurang sesudu setiap hari. Tetapi kenapa madu bagus berbanding gula biasa? Madu juga manis, begitu juga gula.

Madu dihasilkan dari koloni2 lebah yang mengambil madu dari nektar bunga seperti yang telah kita ketahui. Madu lebih baik dari gula biasa kerana gula dalam madu adalah gula ringkas @ monosaccharide seperti fructose dan glucose. Apabila makan madu, gula dari jenis ini akan terus diserap dalam darah dan memberikan tenaga secara terus pada badan.



Untuk gula biasa, ia dihasilkan dari tebu. Gula dari jenis ini akan melalui proses yang dipanggil "bleaching" untuk menghasilkan gula yang putih. Dari pengetahuan saya, gula yang belum melalui proses "bleaching" adalah lebih baik. Gula biasa adalah jenis dari gula disaccharide seperti carbohydrate. Gula dari jenis ini perlu diuraikan untuk diserap oleh badan. Jika gula tersebut tidak dihuraikan menjadi tenaga, ia akan menjadi lemak.

Jadi lepas ni boleh la amalkan pengambilan madu seperti yang disarankan oleh Nabi kita. Pasti ada manfaat. =)

Kenapa Tak Guna Baja NPK Biasa Untuk Fertigasi

Fertigasi adalah teknik tanaman dimana pembajaan diberikan melalui kaedah pengairan. Mengikut apa yang saya tahu, fertigation adalah dari dua perkataan yang digabungkan iaitu fertilizer + irrigation. Pembajaan yang diberikan adalah melalui kaedah pengairan untuk mengoptimumkan lagi hasil. Air baja yang diberikan adalah terkawal dan cukup2 untuk tumbuhan.



==========
Masalah Nitrogen Dalam NPK
==========
Pembajaan menggunakan pembajaan adalah sukar dikawal. Kebiaasaannya, nitrogen dalam baja NPK adalah dalam bentuk ammonium, urea base @ nitrate (biasa lagi mahal). Akar akan menyerap baja dalam bentuk ammonium dan juga nitrate. Penyerapan nitrogen dalam bentuk ammonium adalah perlahan jika dibandingkan dengan penyerapan dalam bentuk nitrate.

Jika dalam bentuk ammonium, akar perlu mencari baja untuk penyerapan dilakukan, manakala jika dalam bentuk nitrate, baja akan pergi ke akar pokok dan ini akan memudah pokok mendapat nitrogen dengan mudah. Nitrogen dalam bentuk ammonium yang tidak diserap oleh akar pokok juga akan ditukar menjadi nitrate.

Nutrien akan melalui proses nitrification dimana proses ini menyebabkan nitrous oxide dan nitric oxide akan dilepaskan ke udara dan ia akan menyebabkan nutrien hilang begitu sahaja. Jadi pembaziran akan terjadi disitu.

Wednesday, March 12, 2014

Garam Epsom untuk kesihatan

Epsom Salt( garam epsom )/ garam inggeris/ garam magnesium mempunyai kegunaan tertentu. Nama lain garam ini adalah magnesium sulfat hidrat ( MgSO4.7H2O ) dan pH adalah 6.0 (55 ke 70  ). Apa kegunaan untuk epsom salt ni? Apa dapat guna epsom salt?

=====
Magnesium
=====

  1. Jika anda mengalami masalah sukar tidur, boleh lah untuk menggunakan epsom salt. Dengan menggunakan epsom salt juga akan dapat mengurangkan strees.
  2. Epsom salt dapat membantu otot dan saraf berfungsi dengan lebih baik.
  3. Meningkatkan aktiviti enzim dalam tubuh badan.
  4. Dapat mencegah pembekuan darah dan pengerasan pada pembuluh darah arteri.
  5. Penggunaan insulin akan lebih efektif
  6. Meningkatkan penggunaan oksigen.
=====
Sulfat
=====
  1. Membantu membersihkan toksin dalam tubuh badan.
  2. Membantu penyerapan nutrien untuk badan.
  3. Membentuk gabungan protien.
  4. Mengurangkan masalah sakit migrain.