Saturday, December 25, 2010

Forex

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang forex.Mungkin ada yang telah mengetahui apa itu forex dan tentu ada juga yang tidak mengetahui.Saya pernah bertanya pendapat seseorang dalam melakukan forex.Dia mengatakan terdapat ramai trader forex yang rugi daripada untung.Atas sedikit minat yang ada,saya cuba mencari lagi info tentang forex dan saya dapati ramai yang mengatakan 90% trader rugi disebabkan trade mengikut emosi dan 10% peratus sahaja berjaya kerana dapat mengawal emosi ketika melakukan trade.

Forex adalah singkatan dari Foreign Exchange yang bermaksud Tukaran Asing.Transaksi Forex adalah 2 hala contohnya matawang EUR/USD; apabila kita membeli matawang EUR bermakna kita menjual matawang USD dan begitu juga sebaliknya.Transaksi ini berjalan 24 jam sehari secara berterusan selama 5 hari dalam seminggu.Pelaburan Forex amat popular kerana keuntungannya amat lumayan dan boleh mencapai keuntungan lebih dari 100% dalam masa beberapa hari.Tetapi,jika berdagang forex tanpa pengetahuan,ianya akan menjadi terlalu berisiko dimana akan menyebabkan anda rugi.

Risiko tinggi,untung juga tinggi.Ada juga yang mengatakan bahawa disiplin adalah penting dalam melakukan forex.Jika emosi anda tidak dikawal dan terganggu oleh untung dan rugi dalam trade forex,anda mungkin akan rugi.Untuk memulakan forex,anda perlu berani dan sanggup untuk melaburkan wang anda.Anda juga perlu mempunyai komputer dan talian internet serta memuat turun platform dagangan yang di gunakan untuk berdagang mengikut platform yang digunakan oleh broker.