Friday, December 31, 2010

Tahun 2011

2010 pergi 2011 menjelma.Kenangan lama pergi kenangan baru muncul.kenangan lama dijadikan pengalaman dan sejarah agar diri menjadi semakin matang.Kenangan dan sejarah hidup membuatkan kita semakin mengenal erti hidup didunia.Semakin mengetahui selok belok kehidupan didunia yang dipenuhui dengan pelbagai ragam dan karenah manusia.

Hidup perlu diteruskan.Hari ini perlu lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.Harapan hari pertama tahun baru agar berjaya dengan semangat yang ditanam agar membesar dan membuahkan hasil.Semangat tersebut ibarat pokok yang perlu selalu disiram dan perlu dibaja supaya sentiasa kukuh untuk berjaya.Perlu juga dipasang pagar untuk mengelak ganguan yang tidak diingini yang boleh melayukan dan membuatkan semangat tersebut hilang.

Sudah ada azam tahun baru untuk 2011?Azam 2010 belum tercapai?Capaikan pada tahun ini.Azam ibarat rangka kapal terbang.Tujuan nak terbang ke awan.Ada rangka je macam mana nak terbang?Tapi dah siap rangka,badan kapal terbang dah siap,sayap pun dah ada,enjin pun dah power,dah siap untuk terbang....tiba-tiba tak terbang pulak.So,carilah minyak/bahan api untuk memberikan tenaga agar boleh terbang ke awan.jadi renung-renungkan la ya..

Semoga azam pada tahun ini akan tercapai......Amin.....

Saturday, December 25, 2010

Forex

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang forex.Mungkin ada yang telah mengetahui apa itu forex dan tentu ada juga yang tidak mengetahui.Saya pernah bertanya pendapat seseorang dalam melakukan forex.Dia mengatakan terdapat ramai trader forex yang rugi daripada untung.Atas sedikit minat yang ada,saya cuba mencari lagi info tentang forex dan saya dapati ramai yang mengatakan 90% trader rugi disebabkan trade mengikut emosi dan 10% peratus sahaja berjaya kerana dapat mengawal emosi ketika melakukan trade.

Forex adalah singkatan dari Foreign Exchange yang bermaksud Tukaran Asing.Transaksi Forex adalah 2 hala contohnya matawang EUR/USD; apabila kita membeli matawang EUR bermakna kita menjual matawang USD dan begitu juga sebaliknya.Transaksi ini berjalan 24 jam sehari secara berterusan selama 5 hari dalam seminggu.Pelaburan Forex amat popular kerana keuntungannya amat lumayan dan boleh mencapai keuntungan lebih dari 100% dalam masa beberapa hari.Tetapi,jika berdagang forex tanpa pengetahuan,ianya akan menjadi terlalu berisiko dimana akan menyebabkan anda rugi.

Risiko tinggi,untung juga tinggi.Ada juga yang mengatakan bahawa disiplin adalah penting dalam melakukan forex.Jika emosi anda tidak dikawal dan terganggu oleh untung dan rugi dalam trade forex,anda mungkin akan rugi.Untuk memulakan forex,anda perlu berani dan sanggup untuk melaburkan wang anda.Anda juga perlu mempunyai komputer dan talian internet serta memuat turun platform dagangan yang di gunakan untuk berdagang mengikut platform yang digunakan oleh broker.

Thursday, December 23, 2010

Telekinesis

Pernah anda dengar telekinesis??Anda tahu apa itu telekinesis??Kali ini saya ingin kongsikan tentang kehebatan minda anda.Telekinesis adalah keupayaan menggerakkan objek dengan menggunakan minda secara saintifik.Setiap orang mempunyai tenaga untuk menghasilkan tenaga telekinesis.Untuk menghasilkan telekinesis,seseorang itu hendaklah sanggup berlatih secara mental ataupun fizikal.

Tenaga telekinesis terhasil daripada arahan minda dan bukannya menggunakan jin atau tenaga ajaib.Dengan tenaga telekinesis,anda berupaya membuatkan sesuatu objel fizikal bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.Anda juga boleh membuatkan objek tersebut bergerak,pecah,terapung,bengkok dan sebagainya..


Ramai orang tidak sedar manusia mempunyai tenaga psikik.Dengan sekali percubaan,telekinesis sukar untuk berhasil.Telekinesis ibarat kemahiran matematik yang memerlukan latihan yang berulang-ulang untuk meningkatkan keupayaan telekinesis tersebut.

Pakar telekinesis iaitu Uri Gellar,berjaya membengkokkan sudu besi dan menggerakkan objek kasar.Telekinesis adalah menggerakkan objek dengan kuasa minda dan sesiapa sahaja boleh melakukannya.Berikan konsentrasi pada objek yang dituju ,berfikiran positif,tenang,dan yakin.Fikirkan objek yang anda hendak gerakkan ataupun bengkokkan.

Anda boleh cuba dengan cuba menggerakkan objek ringan seperti kertas halus dahulu.Untuk melakukan telekinesis mempunyai cara tersendiri.Anda perlu yakin bahawa telekinesis itu ada dan ianya boleh dilakukan.Insyaallah anda berjaya.Untuk belajar dengan lebih mendalam bolehlah mencari guru yang mengetahui tentang ilmu ini.

Sunday, December 19, 2010

Panduan kesihatan

Disini terdapat sedikit panduan yang boleh anda gunakan.

1.Elakkan ubat-ubatan dan produk rawatan serta pembedahan yang tidak diperlukan.Kurangkan pengambilan antibiotik.Jagalah kebersihan.Elakkan menggunakan sabun dan detergen antibakteria.Ini kerana tubuh memerlukan bakteria umum untuk mengenal kuman baru.Produk antibakteria hanya membantu membentuk bakteria kebal.

2.Jauhi sinaran terik matahari dan radiasi elektromagnet.Radiasi ultraungy(UV) dari sinaran matahari boleh menjejaskan sistem imun.Apabila kulit terlalu terdedah kepada radiasi UV,aktiviti sel darah putih yang menghasilkan antibodi akan tertekan.Tubuh akan gagal menghasilkan antigen yang diperlukan untuk melindungi pelbagai penyakit.
3.Awasi bahan kimia yang berbahaya.Elakkan kosmetik yang mengandungi kimia beracun,plastik dan cat.Tanda-tanda umum kesan keracunan logam berat termasuklah:sakit kepala,tekanan darah tinggi,sakit otot,masalah penghadaman,sembelit,ketidakseimbangan hormon dan kemurungan.

Jika ada yang lain saya akan tambah lagi..:)

Thursday, December 16, 2010

Anda perlu tahu

  1. Berat otak orang dewasa lebih kurang 1.5kg.Walaupun beratnya sekadar 2% daripada berat badan manusia,tetapi ia memerlukan sekurang-kurangnya 25% daripada jumlah oksigen yang diperlukan oleh badan.Otak manusia mempunyai lebih daripada 10bilion sel saraf neuron dan boleh melaksanakan perhubungan yang tidak terbatas melalui gelombang antara sel saraf dan memproses maklumat dalam otak.
  2. Mengikut kajian neurologi,seekor lebah yang mempunyai otak sebesar sebutir garam  halus dan mempunyai 900 neuron boleh melaksanakan pelbagai fungsi yang luar biasa.Ia boleh menggunakan tenaga otaknya untuk membina sarang tempat tinggalnya,mengeluarkan madu yang sangat tinggi khasiatnya,menganalisis cahaya matahari untuk menentukan arah dan boleh berkomunikasi antara 1 sama lain bagi berkongsi pengalaman.
  3. Mengikut kajian ahli-ahli sains neorologi,neuron dalam otak mengandungi bahan sel yang menghubungkaitkannya dengan cabang saraf akson(axon) dan ranting(dendrite).Dalam otak juga tidak kurang daripada 100 bilion sel glia yang merupakan sebagai gam untuk menyatukan keseluruhan sesaraf otak.Terdapat lebih daripada 100 trilion titik persilangan yang dipanggil sinaps dalam keseluruhan otak.
  4. Apabila stress,kelenjar adrenalin mengalirkan hormon cortisol yang berlebihan dan membinasakan berpuluh juta sel otak.Apabila ini berlaku,proses pembinaan yang dilakukan oleh sel-sel itu tergangu dan berlakulah kerosakan tisu-tisu otak secara beransur-ansur.
  5. Badan mengalirkan hormon cortisol apabila dikejutkan dengan perkara yang menakutkan.
  6. Semasa tidur,penggunaan tenaga oksigen berkurang lebih kurang 8%.

    sains dan minda anda

    shcetoma
    Schetoma adalah titik yang tidak kelihatan.Schetoma ini menunjukkan kepercayaan kita yang akan memadam apa yang kita lihat.Sebagai contoh,anda bertanya kepada isteri anda,"boleh awak tolong carikan garam didapur?Saya tak nampak pun."Kemudian isteri anda menjawab,awak carilah sendiri,ada didapur."
    Kemudian anda cuba mencari garam tersebut dengan berat hati sambil merungut dalam hati "saya tak tahu dimana letaknya garam itu,macammana nak cari?".Setelah beberapa minit anda mencari didapur dan anda masih tidak menemui garam tersebut.Anda pun berkata kepada isteri anda "saya tak jumpa lah!".Isteri anda pun pergi ke dapur dan terus mengambil garam yang berada di depan mata anda."ini apa?" dia bertanya.
    Tentu pernah terjadi kepada anda bukan?Sebab perkara ini boleh terjadi adalah apabila anda meyakinkan diri anda memang anda tidak akan berjumpa dengan garam itu,otak anda akan memadamkan imej garam itu walaupun mungkin mata anda melihatnya.

    pygmalion

    Pygmalion pula berlaku kerana 'maksud palsu sesuatu situasi membangkitkan perilaku baru sehingga menyebabkan kepalsuan itu menjadi nyata.
    Kajian melibatkan seorang guru.Guru ini diarahkan untuk mengajar sebuah kelaspelajar-pelajar pintar.Tetapi guru itu tidak mengetahui pelajar dalam kelas tersebut mempunyai IQ yang rendah.Selain itu,pelajar juga bermasalah.Apabila dia mula mengajar,semua pelajar dalam kelas tersebut tidak mengikut arahannya.Tetapi disebabkan guru itu percaya para pelajar itu adalah pintar,dia berfikir dialah yang bermasalah dan bukan para pelajarnya.
    Dia bertanggungjawab atas perilaku pelajar itu.Dia fikir mungkin cara dia mengajar membosankan dan tidak menarik perhatian serta minat mereka.Jadi,dia mula melakukan kajian dalam cara pengajarannya.Dia memberikan galakan,menabur minda mereka dengan permainan dan aktiviti serta memberikan tindak balas yang positif.
    Pada akhir penggal persekolahan,gred mereka meningkat dengan mendadak.Apabila 1 ujian IQ dijalankan ke atas mereka.kebanyakan IQ mereka meningkat 20 hingga 30 mata.Guru itu telah berjaya.


    Sunday, December 12, 2010

    Kepada perokok

    Tahukah anda bahawa rokok mungkin mengandungi darah babi?Prof Simon Chapman,seorang professor bidang kesihatan awam di University of Sydney melaporkan bahawa sebanyak 185 produk industri menggunakan babi termasuk penggunaan pada penapis sebatang rokok.
    Para pengkaji ditawarkan untuk mengkaji dunia pengeluar rokok dimana ia akan meningkatkan perhatian oleh para penganut islam dan yahudi yang mengamalkan ajaran islam.
    "Saya merasakan bahawa kumpulan muslim dan yahudi akan merasa jijik dengan penemuan bahawa produk babi mungkin terkandung di dalam produk rokok"kata Prof Chapman.Para pengkaji telah menemui hemoglobin babi(sejenis protein darah) telah di gunakan di dalam pembuatan rokok bbertujuan untuk membuat penapis rokok lebih berkesan memerangkap bahan kimia berbahaya sebelum bahan kimia itu memasuki paru-paru perokok.Jadi,fikir-fikir kan la ye.....

    Tuesday, December 7, 2010

    Berkenalan dengan hukum tarikan

    Hukum tarikan...Sebut tentang hukum tarikan tentu ada yang akan tertanya-tanya apa itu hukum tarikan dan tentu ada yang mengetahui apa itu hukum tarikan.Hukum tarikan sangat menarik untuk di ketahui dan digunakan dalam kehidupan seharian.Kepada sesiapa yang belum mengetahui tentang hukum tarikan,jom tambah ilmu.

    "Hukum tarikan terjadi kepada anda setiap hari.Hukum tarikan adalah perkara yang kita fikirkan dengan seluruh perhatian tenaga dan fikiran samada perkara positif mahupun negatif,akan datang dalam kehidupan kita",inilah definisi hukum tarikan seperti yang ditulis oleh Michael J. Losier.

    Hukum tarikan akan memberikan tindakbalas pada segala perkara yang anda pancarkan dengan menghasilkan getaran samada positif atau negatif.Sebagai contoh,semasa anda sedang memikirkan sesuatu hukum tarikan akan mengatakan anda sedang menarik apa yang anda sedang fikirkan.

    Dengan mengetahui konsep hukum tarikan,anda boleh mendapatkan apa yang anda inginkan.Hukum tarikan menunjukkan kehebatan minda sedar dan separa sedar kita.

    Setiap pagi,anda bangun dengan perasaan kecewa.Anda fikirkan hari itu adalah hari malang bagi anda.Pada masa itu hukum tarikan akan bertindakbalas dengan anda.Bila anda turun dari katil,anda terlanggar bucu katil.Ketika anda keluar dari rumah untuk ke tempat kerja jalan sesak dan banyak perkara yang tidak diingini berlaku.Ini kerana hukum tarikan bertindak balas dengan apa yang anda fikirkan.

    Lain pula kisah yang diceritakan oleh kawan saya.Ketika dia keluar menaiki bas,dia akan membayangkan dan meyakinkan dirinya bahawa dalam bas tersebut akan ada kekosongan untuk dirinya walaupun bas tersebut ramai penumpang.Dia menceritakan perkara yang difikirkannya itu selalu terjadi.Hukum tarikan telah bertindakbalas dengan apa yang telah dia fikirkan.

    Cukup sampai sini dulu untuk penerangan saya tentang hukum tarikan.Jika anda belum memahami apa itu hukum tarikan dan ingin tahu dengan lebih lanjut,rajinkan diri untuk mencari.Jika saya ada kisah lagi tentang hukum tarikan,saya akan ceritakan lagi...:)

    Kata-kata menarik


    1.Esok akan merekah bunga yang harum baunya mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur hati.
    2.Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan..Hidup tanpa pegangan ibarat buih dilaut..Bila-bila masa ia akan hilang..
    3.Masa tidak menunggu kita
    4.Orang yang takut menghadapi kekecewaan sebenarnya sedang menderita dengan apa yang ditakutinya itu.
    5.Tiada siapa,walaupun seorang jutawan dapat membeli masa silamnya.
    6.Kasih sayang adalah seperti pokok bunga yang perlu disirami setiap hari.
    7.Kita dapat mengunci pintu kota,tetapi tidak mungkin dapat menutup mulut manusia.
    8.Pengalaman adalah guru terbaik.
    9.Yang penting bukan dari mana kita datang,tetapi kemana kita akan pergi.
    10.Nasihat yang baik diberikan oleh pengalaman,tetapi biasanya nasihat itu datangnya terlalu lambat.

    Fakta-fakta menarik

    Ketahui fakta menarik disini:
    1.Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.


    2.Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan 
    kimia.
    3.Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.


    4.Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih 
    lama daripada mereka yang kidal. 


    5.Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.


    6.Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.


    7.Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km


    8.kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.





    9.Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam. 


    10.Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.


    11.Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.


    12.Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia. 


    13.Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza. 


    14.Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang 


    hidupnya. 







    15.Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar 

    daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan
    berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang
    lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan
    dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman
    sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan
    kebodohan sendiri. 


    Sunday, December 5, 2010

    Minda separa sedar

    Tahukah anda akan kehebatan akal anda?Akal adalah anugerah tuhan kepada manusia.Apa pula yang dimaksudkan dengan minda?Minda dan otak adalah 2 perkara yang mempunyai perbezaan.Sebagai contoh,binatang mempunyai otak tetapi tidak mempunyai akal ataupun minda.Manakala manusia mempunyai otak dan mempunyai akal.Minda mempunyai 2 bahagian iaitu minda sedar(conscious mind) dan minda separa sedar(subconscious mind).

    Minda sedar berperanan untuk mengawal pancaindera.Lima pancaindera adalah berkaitan dengan dunia nyata iaitu penglihatan,pendengaran,bau,rasa,dan sentuhan.Pada masa ini,minda sedar dibatasi oleh ruang dan masa.Minda separa sedar pula bertugas mengawal segala aktiviti organ dan tisu badan tanpa kita sedari.Ia melibatkan perasaan,emosi dan sebagainya.Minda separa sedar juga berfungsi menjalankan tugasnya melalui aktiviti degupan jantung,mengatur sistem peredaran darah,sistem pencernaan dan sistem perkumuhan.Tahukah anda bahawa minda sepra sedar dapat mencetuskan idea yang baru dan hebat walaupun semasa anda sedang tidur serta dapat menghalang dan menyembuhkan penyakit?

    Perkara lain yang perlu anda ketahui adalah minda separa sedar berupaya merekod segala pengalaman kita seumur hidup.Para saintis percaya setiap kejadiaan akan disimpan dalam minda separa sedar.Minda separa sedar anda berfungsi seperti kamera yang merakam setiap perkara yang berlaku dan akan menyimpannya.Minda separa sedar akan melakukan apa yabg disuruh umpama robot.Minda separa sedar tidak dapat membezakan antara realiti dan fantasi.
    Tahukah bagaimana perang psikologi dilakukan oleh pihak yang ingin menjatuhkan islam?Bagaimana pihak mereka menjatuhkan islam dengan cara halus?Kita perlu menyedari tentang ini.Pernahkah anda melihat pelukis melukis kartun yang dimulakan dengan simbol seks?Apakah akan terjadi jika kita melihat kemaluan?Akan menyebabkan kita lupa bukan?Apa pula akan terjadi jika kanak-kanak melihat kartun tersebut?

    Ingat semula yang saya ceritakan tentang minda sebentar tadi.Mereka menjatuhkan islam dengan menanam perkara yang tidak elok kepada kanak-kanak.Simbol yang dilukis dengan dimulakan dengan simbol seks telah disembunyikan dengan menggunakan gambar kartun supaya tidak dihalang untuk disiarkan di television.Kanak-kanak yang melihat cerita tersebut tidak sedar akan semua itu.Tetapi,minda separa sedar mereka akan merakam dan menyimpan perkara yang dilihat mereka.Jadi fikirkan apa akan terjadi jika kanak-kanak telah didedahkan dengan semua itu sejak  mereka kecil.Ketahuilah bahawa minda separa sedar mempunyai kehebatan yang tersendiri.

    Thursday, December 2, 2010

    tokek(Gekko gecko)

    Jom dengar ni..









    Ini adalah reptelia yang glamour pada masa kini.Ramai orang yang berebut untuk mendapatkan tokek ini atau nama saintifiknya Gekko gecko untuk menambah pendapatan mereka.Harga tokek boleh mencecah RM1 juta per kilogram.Biasanya tokek ini bernilai ketika beratnya mencecah 300 gram dan keatas.Jika harga tokek ini bawah dari 300 gram,harganya akan menurun.

    Kelebihan yang dapat pada tokek adalah enzim yang dihasilkan tokek dikatakan dapat menjadi penawat kepada penyakit AIDS.Tokek termasuk dalam kelas haiwan reptilia dan suborder sauria iaitu semua jenis haiwan bersisik kecuali ular.Tokek mempunyai banyak warna.Contoh warna yang terdapat pada tokek adalah kebiru-biruan atau agak kelabu dengan bintil-bintil kuning, oren, cokelat atau merah tua.Matanya berwarna coklat atau coklat-kehijaun dengan anak mata tegak memanjang.Menurut rekod sains, tokek jantan boleh mencapai saiz antara 30 hingga 40 sentimeter manakala tokek betina pula antara 20 hingga 30 sentimeter.

    Apabila seekor tokek jantan mendiami sesuatu kawasan, tokek tersebut akan mempertahankannya daripada dimasuki oleh tokek jantan lain atau apa jua jenis haiwan. Ia suka hidup bersendirian dan hanya akan berhubung dengan tokek betina pada musim mengawan. Makanan utama tokek ialah serangga dan haiwan-haiwan vertebrata kecil.Umur tokek biasanya mencapai antara 7 hingga 10 tahun.

    Nak tangkap tokek ni ada banyak cara.Contohnya menggunakan bulu,menggunakan tembakau,menggunakan perangkap tikus dan lain-lain.Tokek sukakan bulu kerana bulu ni dianggap serangga.tak silap saya,tembakau pula akan membuatkan tokek pengsan kalau tokek makan tembakau.Jadi,ikat la tembakau dekat kayu yang panjang sikit,kemudian hulur kat cicak tokek ni.Lepas tokek tersebut makan,tentu tokek tersebut pengsan kemudian dapatkan tokek tersebut.Tapi perlu hati-hati kerana tokek mempunyai racun.

    Elakkan memegang tokek dengan menggunakan tangan kerana tokek akan stress dan menyebabkan berat tokek menurun.Jika anda pegang tokek,tokek tersebut tentu akan melawan dan anda akan menguatkan gengaman tangan anda.Ini akan menyebabkan badan tokek tercedera dan berat tokek menurun.

    Tokek macam mana?Ada yang tak kenal tokek?Kita tengok gambar tokek ni:









    Wednesday, December 1, 2010

    Miracle Fruit(Pokok Ajaib)

    Semakin lama semakin banyak perkara yang baru ditemui.Sebenarnya semua ini telah lama wujud.Tetapi kini baru kita dapat mengetahui tentang perkara ini melalui penyelidikan yang telah dijalankan.Nama  pokok sahaja sudah membuatkan kita tertanya-tanya dan ingin mengetahui bagaimanakah Pokok Ajaib ini.Apakah kelebihan pokok ini??Jom kita jelajah dengan lebih mendalam.


    Info tentang Pokok ajaib:
    (Nama Botani :Synsepalum dulcificum)
    Famili :Sapotaceae 
    Negara asal:Ghana, Afrika
    Keperluan air :Banyak
    Tahap pH :4.5 hingga 5.8 
    Ketinggian pokok: 10 hingga 15 kaki
    Bunga :Warna putih
    Buah :Berwarna merah dan sebesar buah kopi.pokok berbuah selepas 2 @ 3 tahun.


    Perkara yang menarik tentang buah pokok ajaib ini adalah selepas makan buah ini,segala buah yang masam yang dimakan selepas itu akan membuatkan buah tersebut berasa manis.Saya sendiri telah mencuba buah pokok ajaib ini.Mula-mula saya makan buah pokok ajaib dan kemudian saya makan buah limau kasturi yang kurang masak dan memang benar,buah limau kasturi tersebut berasa manis.


    Pokok ajaib ini berasal dari Ghana. Ianya dikenali pada tahun 1725 dan di bawa ke Malaysia 4 atau 5 tahun yang lalu. Hasil penyelidikan dari University of Scranton USA, University of Athens, Harvard School of Public Health dan Kelo University, Tokyo merumuskan kopi buah ajaib berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi, menjadi anti oksida dan membantu merawat kanser.


    Pokok buah ajaib ini telah dijadikan minuman iaitu E-POWER kopi buah ajaib.Untuk kopi buah ni saya belum cuba...:)








    Tentang air coca-cola.

    Di sini mempunyai info menarik tentang air coca-cola yang menjadi kegemaran sesetengah orang.Ada kelebihan dan juga keburukan rupanya.Jadi kepada anda yang berminat dengan air coca-cola,jom kita tengok sikit sebanyak info air coca-cola ni.
    1-Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Sesiapa ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga.
    2-Menghilangkan sakit perut Cara: Biarkan Coca Cola terbuka selama beberapa saat, lalu setelah gasnya hilang, anda boleh  meminumnya untuk menghilangkan sakit perut.
    3-Menyuburkan tanaman bunga dan tanaman lain di taman andaCara: Siram bunga-bunga ini dengan Coca Cola untuk meningkatkan keasaman pada tanah, keasaman ini mempengaruhi pertumbuhan tanaman sehingga tanaman cepat membesar.
    4-untuk melonggarkan skru yang dah berkarata dah ketat:caranya sekali ag tuang 1tin coke,tunngu buat seketika skru tersebut pasti longgar dan boleh bibuka dengan senang je.
    5-menghindari diri dari serangan asma:caranya,berdasarkan dari beberapa buku kedoctoran popular..untuk menghindari dari serangan asma,anda boleh meminum 2 tin coca-cola semasa  asma dating menyerang..
    6-untuk menghilangkan kesan minyak dari pakaian:caranya..Masukan 1tin coca-cola dalam mesin basuh korang bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.kesan minyak tu pasti hilang.kemudian bolehla diminum air basuhan tadi tu ye..sbab dah berperisa coca-cola tu..hahaha
    7-Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta yang dari jenis chrome,caranya lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan coke.kesan karat hilanGG..wah ajaib coca-cola ni yee..
    8-untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’@hakisan pada skru/nat bateri kereta anda.caranya tuang saja 1tin coca-cola pasti kesan hakisan hilang serta merta..FUHH!!memang power la air coca-cola ni.
    9-Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coca-cola. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah:fool: tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum.:plead: Tambah pula dengan ais!. Wahh!:lol: Rasa cam minum Coca-cola berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan id yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69. Coka-cola membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coca-cola adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu. Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coca-cola, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!:huhu: Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coca-cola, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
    10-Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coca-cola dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin macam jual di pasaran tu kerana ianya amat mahal!
    Macam mana sekarang?Mahu minum air coca-cola lagi??huhu..Yang mana terlalu suka kan air coca-cola tu kurangkan la.Kencing manis pun boleh kena.