Rahsia Pokok Kucing Galak


Berikutan dengan post saya sebelum ni di facebook berkenaan pokok kucing galak, hari ni saya akan tambah sedikit lagi untuk pokok kucing galak ni.

Apa dari yang saya nampak, kucing ni tak pergi pulak dekat pokok ni kalau pokok ni elok tertanam kat tanah. Tapi bila di cabut, kasi kucing hidu akar pokok ni, kucing jadi mula duduk tak diam la. Seronok jugak main dengan kucing bila guna pokok ni.



Untuk berkenalan dengan pokok ni, pokok ni adalah berasal dari tumbuhan liar. Pokok ni terhasil dari biji benih. Saya ada jugak belek2 dekat bunga dia tu. Last ada nampak benih dia. Terasa nak amek benih tu buat tanam. -,-". Dari pengalaman, saya kutip pokok ni dekat belakang2 rumah, dekat tepi jalan, dekat2 dengan longkang, dan ada jugak berdekatan dengan kawasan sampah yang telah dibakar. Kucing galak ni adalah bersifat pahit dan sejuk.

Mengikut pengalaman sebelum ni, bila lepas kucing makan je bahagian dari pokok kucing galak ni, tak lama kemudian kucing tu akan muntah. Mungkin keluar hair ball kot. Nak sihatkan badan dan penyerapan nutrien yang lebih efektif. Terpaksa la dia makan ubat dia. Kucing ni akan makan akar dan ada juga makan daun jadi ulam untuk dia.



Kucing ni akan bertindak dengan gigit2 akar pokok ni, makan akar dan daun dia. Selain tu, kucing ni juga akan mula menggesel, melompat dan menangkap  pada akar pokok.

Seterusnya adalah khasiatnya pada manusia. Kucing galak dapat merawat ulser mulut, penyakit kulit, dan tenaga batin. Kebanyakan adalah dengan menggunkan air rebusan pokok ini.

Sekian~
Comments
0 Comments