Friday, December 31, 2010

Tahun 2011

2010 pergi 2011 menjelma.Kenangan lama pergi kenangan baru muncul.kenangan lama dijadikan pengalaman dan sejarah agar diri menjadi semakin matang.Kenangan dan sejarah hidup membuatkan kita semakin mengenal erti hidup didunia.Semakin mengetahui selok belok kehidupan didunia yang dipenuhui dengan pelbagai ragam dan karenah manusia.

Hidup perlu diteruskan.Hari ini perlu lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.Harapan hari pertama tahun baru agar berjaya dengan semangat yang ditanam agar membesar dan membuahkan hasil.Semangat tersebut ibarat pokok yang perlu selalu disiram dan perlu dibaja supaya sentiasa kukuh untuk berjaya.Perlu juga dipasang pagar untuk mengelak ganguan yang tidak diingini yang boleh melayukan dan membuatkan semangat tersebut hilang.

Sudah ada azam tahun baru untuk 2011?Azam 2010 belum tercapai?Capaikan pada tahun ini.Azam ibarat rangka kapal terbang.Tujuan nak terbang ke awan.Ada rangka je macam mana nak terbang?Tapi dah siap rangka,badan kapal terbang dah siap,sayap pun dah ada,enjin pun dah power,dah siap untuk terbang....tiba-tiba tak terbang pulak.So,carilah minyak/bahan api untuk memberikan tenaga agar boleh terbang ke awan.jadi renung-renungkan la ya..

Semoga azam pada tahun ini akan tercapai......Amin.....