Tuesday, December 7, 2010

Fakta-fakta menarik

Ketahui fakta menarik disini:
1.Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.


2.Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan 
kimia.
3.Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.


4.Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih 
lama daripada mereka yang kidal. 


5.Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.


6.Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.


7.Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km


8.kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.





9.Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam. 


10.Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.


11.Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.


12.Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia. 


13.Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza. 


14.Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang 


hidupnya. 







15.Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar 

daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan
berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang
lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan
dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman
sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan
kebodohan sendiri.