Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Perintah ini antara usaha yang dilakukan pihak kerajaan untuk mengurangkan kes COVID-19 di negara ini.
.
Hari ini hari keempat Perintah Kawalan Pergerakan dan perut pula berkeroncong awal pagi hari keempat ini. Disebabkan perut yang dah berkeroncong ni, cuba rajinkan kaki untuk cari makanan alas perut dulu sementara tunggu pagi.
.
Sesampai di kedai, beli sedikit makanan dan sampai di kaunter pembayaran. Dalam waktu sedang bayar tu ada sorang ni tegur dalam nada agak marah "U tak pakai mask aaa?" dan adalah sedikit lagi ayat lain dengan dia.
.
Ehhh. Ada beli saham dengan kilang mask ke sampai nak marah? Cakap dungu suka pulak nanti. Tengoklah keadaan nak pakai mask tu. Bukan setiap masa perlu pakai mask. Tidaklah nak panic sampai lekat je ngan mask tu.
.
Terpulanglah dan tiada keperluan untuk pakai jika sihat. Topeng muka ni lebih diperlukan pada mereka yang sakit supaya risiko berjangkit pada orang lain kurang dan boleh diminimumkan.
.
Jika ada orang rumah yang tidak sihat dan dalam proses menjaga mereka juga perlu untuk pakai mask untuk kurangkan jangkitan. Mereka yang bekerja di bahagian kesihatan yang keadaannya memang terdedah juga perlu.
.
Bagi mereka yang sihat telah diberi info supaya menjarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter, basuh tangan dengan air dan sabun dan elakkan untuk menyibukkan diri ditempat yang ramai orang. Bukan kejar untuk pakai topeng sehingga terjadi pembelian panik yang menyebabkan kehabisan stok dan harga menjadi tinggi dari RM0.80 menjadi RM2.00 sekeping.
.
Oleh itu, gunalah topeng dengan berhemah. Berikan pada mereka yang lebih memerlukan. Gunalah jika perlu. Lebihkan pada penjagaan kebersihan diri. Basuh tangan selepas menyentuh permukaan seperti tombol pintu, eskalator, pam minyak dan lain-lain.
.
Sekian
#PerintahKawalanPergerakan
#Tibatibarajin