Thursday, March 26, 2020

3 Makanan Tingkatkan Sistem Imun

Flu atau selsema mudah berjangkit dan paling dijauhkan pada masa ini adalah virus COVID 19 ni. Boleh dipindahkan kepada orang lain dengan mudah melalui percakapan, bersin, sentuh pada permukaan yang telah dijangkiti virus tersebut.
.
Bila badan diserang penyakit, sistem imun kita akan mula bertindak balas. Bermulalah perang untuk lawan penyakit tersebut. Oleh itu, badan akan mula bertindak balas untuk lawan penyakit tersebut dengan demam atau kelenjar membengkak.
.
Antara makanan yang boleh dimakan untuk meningkatkan antibodi badan adalah:
.
1.Bluberri


Bluberri tinggi dengan kandungan antioksida yang dipanggil flavonoids. Ini dapat membantu untuk menjaga dari radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan juga membantu mencegah penyakit seperti kanser.
.
2. Kunyit



Curcumin yang terdapat dalam kunyit dapat membantu meningkatkan lagi sistem daya tahan badan. Kandungan ini juga dapat membantu dalam menghasilkan sel T, sel B, sel NK dan beberapa sel lain yang dapat menguatkan lagi sistem badan.
.
3. Bayam


Dalam kandungan bayam juga terdapat kandungan flavonoid seperti dinyatakan didalam bluberri sebelum ini. Bayam juga mengandungi caretonoids dan terdapat juga vitamin C dan vitamin E yang membantu dalam meningkatkan lagi sistem imun tubuh.
.
Ada banyak lagi makanan lain yang dapat membantu meningkatkan sistem imun. Selain makanan digalakkan juga untuk bersukan untuk kesihatan badan.
.
#notakakiku

Friday, March 20, 2020

COVID 19 - Topeng Muka Tak Wajib


Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Perintah ini antara usaha yang dilakukan pihak kerajaan untuk mengurangkan kes COVID-19 di negara ini.
.
Hari ini hari keempat Perintah Kawalan Pergerakan dan perut pula berkeroncong awal pagi hari keempat ini. Disebabkan perut yang dah berkeroncong ni, cuba rajinkan kaki untuk cari makanan alas perut dulu sementara tunggu pagi.
.
Sesampai di kedai, beli sedikit makanan dan sampai di kaunter pembayaran. Dalam waktu sedang bayar tu ada sorang ni tegur dalam nada agak marah "U tak pakai mask aaa?" dan adalah sedikit lagi ayat lain dengan dia.
.
Ehhh. Ada beli saham dengan kilang mask ke sampai nak marah? Cakap dungu suka pulak nanti. Tengoklah keadaan nak pakai mask tu. Bukan setiap masa perlu pakai mask. Tidaklah nak panic sampai lekat je ngan mask tu.
.
Terpulanglah dan tiada keperluan untuk pakai jika sihat. Topeng muka ni lebih diperlukan pada mereka yang sakit supaya risiko berjangkit pada orang lain kurang dan boleh diminimumkan.
.
Jika ada orang rumah yang tidak sihat dan dalam proses menjaga mereka juga perlu untuk pakai mask untuk kurangkan jangkitan. Mereka yang bekerja di bahagian kesihatan yang keadaannya memang terdedah juga perlu.
.
Bagi mereka yang sihat telah diberi info supaya menjarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter, basuh tangan dengan air dan sabun dan elakkan untuk menyibukkan diri ditempat yang ramai orang. Bukan kejar untuk pakai topeng sehingga terjadi pembelian panik yang menyebabkan kehabisan stok dan harga menjadi tinggi dari RM0.80 menjadi RM2.00 sekeping.
.
Oleh itu, gunalah topeng dengan berhemah. Berikan pada mereka yang lebih memerlukan. Gunalah jika perlu. Lebihkan pada penjagaan kebersihan diri. Basuh tangan selepas menyentuh permukaan seperti tombol pintu, eskalator, pam minyak dan lain-lain.
.
Sekian
#PerintahKawalanPergerakan
#Tibatibarajin