Sunday, May 20, 2012

Hak sape??

Sepasang suami isteri bercerai dan masing-masing bertengkar untuk mendapatkan hak penjagaan anak tunggal mereka. Mereka pun pergi ke pejabat agama, jumpa kadi untuk minta nasihat


Kadi : "Kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak awak tu?"
Isteri : " Saya yang mengandungkan anak tu. Saya yang melahirkan anak tu. Dia keluar dari perut saya!"


Suami yang terkedu sedang serius memikirkan alasan apa pula yang hendak diberikan kepada kadi


Kadi : "Hah...kamu..bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela?"
Suami: " Tuan kadi, kalaulah saya ada syiling seringgit dan saya "masukkan"dalam vending machine, selepas tu saya tekan butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. Saya nak tanya tuan, air tin yang keluar tu hak saya atau hak mesin?"
Kadi : "hak kamulah!!"
Suami " Hah..samalah dengan kes ini tuan!"