Saturday, May 25, 2013

Tips Ambil Gambar Kahwin


1 . Bersedia , sampai awal. Lihat persiapan pengantin, berkenalan dengan ahli keluarga pengantin. Capture dengan kreatif, sedang makeup, sedang bersiap atau sedang berbual, merenung, bercakap dalam telefon. Guna over expose pun boleh.


2. Extra shot : Fokus secara manual atau guna mid-range aperture such as f/6.3 - f/8. Ambil gambar kasut, cincin, bunga, gelas, pakaian , atau apa saja yang berkaitan yang rasanya ia menceritakan sesuatu.

3. Setelah sampai ke masjid / dewan / rumah : Gunakan flash jika perlu . Jangan buang masa, ambil sahaja gambar keadaan manusia yang terlibat dalam majlis itu, props dan aksi pengantin atau pengapit. Jangan ambil dari dalam kereta atau jarak jauh. Ambil dalam keadaan yang paling unik. Dan bersedialah kerana waktu inilah keadaan dan moment serta aksi tak terjangka akan wujud.



4. Ketika majlis :
Nikah : Ambil wajah ibubapa pengantin, reaksi pengantin sebelum dan selepas . Tok kadi dan pengapit. Sertarekaan  mas / mas kahwin  jika ada .

Sanding dan beradap : ambil gambar aturcara , ambil gambar di penyambut tetamu, ambil gambar laluan pengantin, ambil gambar menepung tawar , ambil gambar prop dan elemen yang menangkap.

5. Berakhirnya majlis .
Dari jauh, dari belakang, long -shot juga sesuai untuk shot 'akhir' begini.

6. Pengantin .
Ini kena kreatif. Biar ada konsep . Sekarang ada pra-wed (vid atau gambar) juga. Gunakan teknik , mula-mula guna jarak paling jauh , diikuti separuh dan last sekali ambil close-up. Ambil dari pelbagai angle dan posisi.

Antara wedding concept / tema perkahwinan popular kini (post-wedding)  / trend :

- Trash The Dress ( TTD ) - Urban style , Comot, kotor
- Theme Fantasy Love / cinta fantasi ( contoh : - Di taman bunga .Ketika matahari terbit atau terbenam)
- Theme Romance Moments / Detik-Detik Romantik (Aksi romantis , comel-comel.  )
- Theme Casual (Santai) - Sekolah , imbas kenangan.
- Theme Casual/ Romantik (Aksi bermain dengan pelepah dan pokok.)
- Theme Casual /  Cute / Sweet : Aksi di sawah , atau berbasikal.
- Theme Picnic  (air terjun, pantai)
- Stylo Theme , Gothic theme, sport theme . (creative kan ? )
-  Di rumah / bangunan lama atau di mercu tanda popular
- Di tempat peranginan , atau perkelahan. (Casual / Romantic)
- Theme Classic (tradisional )

- tak taulah jika ada yang nak buat konsep perkahwinan yang thrill (seram kejam ) yang menjadi trend popular sekarang terutama di California.

7. Jangan lupa.
Ambil gambar berkumpulan hadirin serta detail , hidangan atau perhiasan yang ada disekeliling majlis. Ambil gambar orang-orang penting dalam majlis. Acara sampingan (jika ada , selalunya mengaji sebelum nikah, atau menyanyi menari selepas sanding ,atau ucapan, perlu diambil untuk memberi great moment atau nilai tambah dalam koleksi gambar perkahwinan mereka )



List perlu disenarai :
-Tahu lokasi
-nama pengantin
- bateri chargepenuh /spare
- Bersihkan camera sensor.
- Memory card kosong ?
- Aturcara majlis .
- Flash / lensa tambahan .

Shot wajib ambil : Nikah  (doa , salam aqad , reaksi sebelum selepas pengantin dan keluarga, sujud syukur ) ,Sanding ( duduk berdua , tepung tawar, doa, senyum , saling berpandangan , berjalan sama , potong kek  , acara tambahan dan orang penting yang terlibat )


Credit to : arnamee.blogspot.com

Bahaya Air Minuman Cool Blog

KL Mendengar hasil penelitian University Hospital Aachen Jerman, mungkin membuat kita tidak lagi tergoda dengan segarnya bubble tea atau bubble drink. Bebola lembut yang menjadi daya pikat minuman ini dilaporkan mengandungi senyawa kimia pembangkit penyait barah.

Tidak hanya senyawa karsinogen biphenyls aspolychlorinated, materi kimia berbahaya lainnya juga terkandung: styrene, acetophenone, dan brominated. "Semua bahan itu seharusnya tidak ada dalam makanan," kata pengkaji, Manfred Moller, kepada akhbar Jerman, The Local.

PCB terbukti menimbulkan efek merugikan kesihatan. Menjadi biang keladi pertumbuhan sel-sel barah, gangguan sistem kekebalan tubuh, gangguan sistem reproduksi, kerosakan sistem saraf, dan kekacauan sistem endokrin.



Styrene tidak kalah bahayanya. Senyawa kimia yang banyak dimanfaatkan untuk bahan baku getah sintetis, stereofoam, pelapis kertas, dan plastik ini terbukti menyimpan efek karsinogen dan racun yang memicu gangguan pada ginjal, sistem pencernaan, dan saluran pernafasan.

Acetophenone yang merupakan senyawa aromatik keton inipun memiliki efek serupa. Hasil riset ahli zat holistik, Michelle Schoffro, menyebut senyawa kimia tersebut berpotensi membangkitkan barah, kerosakan pembuluh darah, dan gangguan saraf otak jika terhirup.

Sementara efek brominated tidak separah tiga senyawa kimia lain. Bahan aditif yang banyak digunakan dalam produk minuman ringan ini rentan memicu gangguan kesihatan seperti tremor, hilangnya memori, dan sakit kepala. Itu terjadi ketika asupan melebihi batas. Efek lain yang menjadi sorotan dalam penelitian itu adalah risiko tersedak. Terutama di kalangan kanak-kanak.

Menghisapnya melalui sedotan besar, bebola kenyal itu masuk ke saluran pernapasan dan paru-paru. Atas semua itu, otoriti kesihatan Jerman itu, mulai memperingatkan masyarakat untuk menghindari produk minuman tersebut. Bimbng atas informasi ini adalah wajar. Minuman asal Taiwan itu begitu mudah kita jumpai di kedai-kedai minuman, terutamanya di Indonesia, beberaapa negara Asia dan menjelajahi seluruh dunia.

Credit to : carigold.com

Tuesday, May 21, 2013

9 Pedang RASULULLAH S.A.W

Jom kita tengok Pedang RASULULLAH S.A.W..

1. 'Ma'thur Al-Fijar'


Pedang ini dimiliki sebelum Rasulullah SAW menerima wahyu pertama di Makkah, pedang ini diberi oleh ayahanda beliau dan dibawa bersama sewaktu berhijrah dari Makkah ke Madinah. Akhirnya pedang ini diberi kepada Ali Bin Abi Thalib bersama peralatan perang yang lain. 

Tempat : Muzium Topkapi, Istanbul
Bentuk : Blade 
Panjang : 99 cm
Pemegang pedang : Dari emas berbentuk 2 ular dengan berlapiskan emeralds dan pirus dan mempunyai ukiran arab berbunyi Abdallah bin Abd al-Mutalib.

2. Al-Adb



Al-Adb beerti memotong atau tajam. Pedang ini dikirim ke para sahabat Rasulullah SAW sesaat sebelum Perang Badar. Rasulullah menggunakan pedang ini ketika Perang Uhud, pedang ini jugak digunakan sahabat Rasulullah SAW sebagai bukti kesetiaan mereka kepada Rasulullah SAW. 
Tempat : Masjid Husain, Kairo Mesir

3. Dhu Al Faqar



Pedang ini dari hasil rampasan perang Badr. Rasulullah memeberikan pedang ini kepada Ali bin Abi Thalib yang kemudiannya diserahkan kembali ketika Perang Uhud dengan darah dipenuhi 
darah dari tangan dan bahunya. 
Bentuk : Blade dua mata

4. Al-Battar



Pedang ini juga hasil dari rampasan dari Banu Qaynaqa, pedang ini juga disebut pedang pada Nabi kerana didalamnya terdapat ukiran nama Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, dan Nabi Muhammad SAW. Didalamnya juga terdapat gambar Nabi Daud AS ketika memotong kepala pemilik asal pedang ini Goliath dan dikatakan pedang ini juga akan digunakan Nabi Isa AS ketika beliau turun ke bumi untuk mengalahkan Dajjal. Wallahu'Alam.

Tempat : Muzium Topkapi, Istanbul
Bentuk : Blade
Panjang : 101 cm

5. Hatf



Sama seperti pedang Al-Battar, pedang ini juga hasil dari rampasan Banu Qaynaqa. Pada asalnya pedang ini dibuat dari hasil tangan Nabi Daud AS sebelum jatuh kembali ke tangan Nabi Muhammad SAW setelah disimpan oleh suku Levita.

Tempat : Muzium Topkapi, Istanbul
Bentuk : Blade
Panjang : 112 cm
Lebar : 8 cm


6. Al-Mikhdam



Ada yang dikhabarkan bahawa pedang ini berasal dari Nabi Muhammad SAW yang kemudian diberi kepada Ali bin Abi Thalib dan diteruskan ke anak-anaknya dan ada juga khabar mengatakan pedang ini memang berasal dari Ali bin Abi Thalib hasil dari rampasan serangan yang beliau pimpin di Syria. Terdapat satu ukiran tulisan arab bermaksud 'al-Zayn al-Din alal-Abidin'.

Tempat : Muzium Topkapi, Istanbul
Bentuk : Blade
Panjang : 97 cm

7. Al-Rasub



Ada yang mengatakan bahwa pedang ini dijaga di rumah Nabi Muhammad SAW oleh keluarga dan sanak saudaranya. 

Tempat : Muzium Topkapi, Istanbul
Bentuk : Blade
Panjang : 140 cm
Sarung : Mempunyai bulatan emas dan ukiran arab 'al-Jaafar al-Sadiq'

8. Al-Qadib



Pedang ini adalah pedang pertahanan seharian dan tidak digunakan ketika peperangan. Pedang ini dilihat berada di rumah Nabi Muhammad SAW dan kemudian digunakan oleh Khalifah Fatimid. 

Tempat : Muzium Topkapi, Istanbul
Bentuk : Blade tipis seperti tongkat
Sarung : mempunyai ukiran 'Tidak ada Tuhan selain Allah, Muhammad Rasul Allah.
Panjang : 100 cm
Bahan sarung : Kulit haiwan yang dicelup

9. Qal


Pedang ini mungkin dikenali dari nama tempat di Syria atau India Cina. Pedang ini adalah salah satu pedang Nabi Muhammad SAW sebagai rampasan dari Bani Qaynaqa ada juga yang percaya Nabi Muhammad SAW menemukan pedang ini ketika beliau menemukan air zam zam. Didalamnya ada ukiran 'Ini adalah pedang mulia dari rumah Nabi Muhammad SAW, Rasul Allah'. 

Tempat : Muzium Topkapi, Istanbul
Bentuk : Blade dan bergelombang 
Panjang : 100 cm

Credit to : diarisifroggie.com

LAWAK anak dan ayah



Ayah : nak, tolong ayah belikan minuman
sejuk ya...
Anak : coca cola atau pepsi ?
Ayah : coca cola..
Anak : tin atau botol ?
Ayah : botol..
Anak : besar atau kecil ?
Ayah : hoi !! Pegi beli je la..!!
Anak : natural atau mineral ?
Ayah : MINERAL !!!!
Anak : biasa atau sejuk ?
Ayah : PENYAPU MANA PENYAPU ??!!!
Anak : pnyapu bulu atau pnyapu lidi ?
Ayah : ARRGGHH... MCM CKP DGN
BINATANG !!!
Anak : monyet atau lembu ?
Ayah : KELUAR KAU DARI SINI...!!!
Anak : sekarang atau besok ?
Ayah : SEKARANG !!!!
Anak : ayah nak ikut ke tak ?
Ayah : Karang ade jugak yg aku bunuh !!!
Anak : bunuh pakai pisau atau tembak pakai
pistol ?
Ayah : tembak pakai pistol !!!
Anak : dikepala atau diperut ??
Ayah : ARGHHHHHHHH !!!!(ambil pistol
tembak kepala sndiri)

Monday, May 20, 2013

Bajet Pertunangan

Bajet sederhana


BAJET SEDERHANA
Jika mengikut adat Melayu, barang hantaran hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11.  Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).
Seterusnya, fikirkan bajet yang anda sudah simpan untuk membeli barang-barang hantaran pertunangan ini. Untuk majlis bertunang, kita tidak digalakkan untuk membeli barang-barang hantaran yang terlalu mahal. Cukuplah sekadar membeli barang-barang yang kita akan guna atau yang kita akan pakai semasa majlis perkahwinan nanti. Bagi lelaki misalnya, mungkin RM1000 sudah cukup untuk dijadikan ‘modal’ pertunangan. Walau bagaimanapun, sebelum memilih barang-barang hantaran, kita perlu mengambil kira adat di negeri masing-masing juga. Kerana setiap negeri ada adatnya sendiri. Misalnya, jika di pantai Timur, pihak perempuan akan menerima 2 jenis cincin iaitu cincin merisik dan bertunang jika kedua-dua majlis tersebut digabungkan sekali. Manakala jika di negeri lain pula, cincin merisik mungkin tidak perlu. Jadi, eloklah bakal pengantin berbincang dengan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum memilih barang-barang hantaran.


Senarai Hantaran barang-barang yang biasa dan sesuai dijadikan hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:

  1. Sirih junjung
  2. Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
  3. Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set – siap dengan kotaknya sekali)
  4. Kain songket (kain pelekat pun bleh gak..:-))
  5. Sejadah
  6. Tuala
  7. Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
  8. Coklat atau manisan lain
  9. Kek
  10.  Potpourri
  11. Buah-buahan

Senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:

  1. Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan)
  2. Tepak sirih
  3. Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
  4. Telekung sembahyang
  5. Kek
  6. Buah
  7. Coklat atau manisan lain
  8. Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding,  dan sebagainya
Credit to : epetua.com

Nak Rancang Perkahwinan jom tengok sini >> RANCANG PERKAHWINAN

Rancang Perkahwinan



Majlis Perkahwinan adalah satu perkara yang mesti dirancang dengan teliti kerana ia akan mencerminkan gaya bakal pengantin tersebut… Ikuti tips berikut untuk memulakan ‘Basic Plan’ dalam merancang majlis perkahwinan anda..
PERANCANGAN MAJLIS PERKAHWINAN..
Merancang majlis perkahwinan adalah satu proses usahasama di antara kedua-dua pihak pengantin lelaki dan perempuan… Kadang-kadang ada tugasan atau keputusan yang boleh diwakilkan kepada pihak lain, tetapi kebanyakan keputusan perlu dibuat bersama.. Sentiasa ingat asas dalam etika perkahwinan dan tradisi…
PERKAHWINAN IMPIAN..
Mulakan dengan senarai serta kos/ bajet yang praktikal.. semua perkara yang akan memberi kebahagiaan serta kesan yang amat bermakna kepada pasangan nanti.. Tulis senarai dengan sangat khusus dan termasuk yang berikut :
1) Tarikh yang ideal?
2) Lokasi?
3) Baju yang akan dipakai nanti?
4) Senarai jemputan?
5) Warna tema?
6) Di mana majlis resepsi akan diadakan?
7) Menu yang akan dihidangkan?
8) Bunga yang akan digunakan?

Pastikan senarai termasuk idea daripada kedua-dua pihak pengantin…
Semak balik senarai dan susun semula mengikut keutamaan.. Apakah perkara yang paling penting kepada kedua-dua belah pihak untuk memastikan majlis perkahwinan anda adalah yang ‘the best day ever’… Adakah baju dari pereka fesyen yang bernilai $ 10,000 lebih penting? Adakah keghairahan dari pihak pengantin perempuan untuk tema warna oren lebih penting daripada keutamaan pihak pengantin lelaki untuk warna biru (contohnya…)?
Sama-sama dalam membuat keputusan yang basic ini akan mula memberi gambaran yang jelas tentang bagaimana majlis perkahwinan akan berlangsung nanti….
SENARAI TETAMU..
Basic plan yang dibuat akan menunjukkan sama ada majlis itu nanti adalah satu acara besar atau satu perhimpunan keluarga yang simple sahaja.. Dan berdasarkan plan tersebut juga mula membuat senarai tetamu awal sebelum meminta ibu bapa pengantin perempuan dan pengantin lelaki membuat senarai siapa yang mereka ingin jemput pula..
Senarai tetamu itu nanti pula, akan membantu dari segi bajet untuk majlis perkahwinan..  Daripada situ mula peruntukkan kos kepada perkara-perkara yang paling penting.. Kebanyakan barangan akan mempunyai kos yang tetap tetapi sesetengah akan berubah-ubah.. Kos yang paling ketara yang akan berubah-ubah akan dikaitkan dengan bilangan tetamu.. Sebelum menyediakan jemputan perkahwinan pastikan bahawa senarai tetamu adalah lengkap, dengan nama-nama yang telah dipadam, atau ditambah, selaras dengan bajet yang diketepikan..
Bakal pengantin kini akan mempunyai pelan asas yang merangkumi aspek-aspek yang paling penting bagi mereka dengan peruntukan kos untuk setiap item maka pengurusan belanjawan akan menjadi baik.. Kannnn???
Seterusnya adalah merancang komponen komponen majlis perkahwinan yang lebih praktikal seperti menetapkan jadual dan berunding dengan perancang perkahwinan.. Pastikan ia menjadi satu perkara yang menyeronokkan dan ingat ia adalah amalan yang baik untuk ‘successful marrige’!
Credit to : http://shasbridal.com

Nak rancang PERKAHWINAN tengok sini >> RANCANG PERKAHWINAN

Sunday, May 19, 2013

Pertanyaan Sebelum Berkahwin



Ha.. Bawah ni macam2 persoalan timbul kan sebelum berkahwin.. bla bla bla.. ha..jumpe pulak la website ni ha... Rancang Perkahwinan

eh..x kan nak belek gitu je..dapatkan la terus..huhu


  • Modal tak cukup tapi nak kahwin jugak? Mana nak cekau duit ni? Dah la baru dapat kerja..
  • Tak tahu apa yang nak dimulakan dulu? Apa ye nak dibuat dahulu? Terus beli barang kahwin? Buat hantaran? Ah, tak tahulah!!
  • Macam mana nak jimatkan masa tanpa perlu ambil banyak cuti sebelum kahwin? Nak cuti, dapat ke cuti panjang untuk kahwin nanti?
  • Kat mana nak ambil borang kebenaran kahwin? Pergi mana ye? Pejabat tok kadi?
  • Kat mana nak cari Mak Andam? Nak ambil maknyah ke mak andam "pure". Takut juga kena tipu!
  • Kat mana nak tempah caterer yang servis bagus & murah?  Yang penting  tak lari bajet dan  makanan pula  sedap..
  • Baju & warna apa yang sesuai dengan bajet?  Warna hijau merah?  Ungu? Tak tahu la yang sesuai dengan  saya..
  • Photographer mana yang sesuai, murah & available? Ke nak suruh adik je ambil gambar..
  • Siapa yang sanggup jadi pengapit dari sebelum hingga habis majlis? Siapa yang sesuai ye?
  • Barang hantaran nak bagi berapa jenis & nak upah siapa untuk gubahkan? 20 hantaran kot?
  • Khemah nak tempah berapa & warna apa?  Banyak la duit kena  lebur...
  • Menu untuk tetamu & makan beradap siapa nak pilih?
  • Tempat berkumpul & penginapan rombongan keluarga pihak lelaki siapa nak uruskan?
  • Cenderahati & bunga telur siapa yang akan pilih dan buatkan
Banyak kan persoalan muncul..konpem2 la bnyak lagikan yang muncul.. tengok kat web ni la senang..nah amek kawww...hehe >> Rancang Perkahwinan

Saturday, May 18, 2013

Tips Jimatkan Tenaga Elektrik

Walaupun sikit je boleh jimat.. Tapi hari2 jimat tu ok da..huhu  Paling kurang dapat jimat bil jugak sikit.. Jom tengok dlu.. 



1. Bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap. Aliran udara yang senag mengurangkan penggunaan tenaga. 

2. Lakukan audit tenaga di rumah. Ini dapat menjamin system pendawaian yang betul di rumah dan pejabat.
 
3. Bersihkan kompresor. Gunakan hos getah (pastikan bekalan elektrik telahpun dimatikan). Pastikan tumbuhan berada 1 kaki daripada kompresor. 

4. Tutup lampu pada waktu siang. 

5. Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah. 

6. Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan. 

7. Set kipas pada penghawa dingin kepada “ON” daripada “AUTO”. Pengaliran udara yang sekata dapat mengstabilkan suhu udara dalam bilik. 

8. Adalah penting untuk membeli alat penghawa yang bersaiz betul untuk kegunaan. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/buka secara kerap. 

9. Setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C, rendah (24°C) semasa cuaca panas dan tinggi (26°C) pada musim hujan. Gunakan aliran udara semulajadi di mana mungkin. 

10. Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk menjimatkan tenaga. 

11. Gunakan penyembur air yang jimat air. Air yang kurang bermakna penggunaan tenaga yang kurang. 

12. Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jika melibatkan perkakas air panas. 

13. Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian. Lebih banyak air panas digunakan lebih banyak pembaziran tenaga. 

14. Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Terdapat peralatan yang mengguna 75% tenaga kurang daripada oven yang besar. 

15. Koil peti sejuk mesti di vakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik. 

16. Jangan buka peti sejuk lama-lama. 30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan yang sama untuk oven. 

17. Jangan melebihi muatan peti sejuk. Udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk memastikan makanan di simpan pada suhu yang betul. 

18. Letakkan peti sejuk supaya pintunya akan tutup secara automatik apabila dibiarkan terbuka. Ini akan mengelakkan pembaziran tenaga. 

19. Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan duit satu ringgit dan tutup pintu. Jika duit kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket). 

20. Gunakan kemudahan cuci sendiri oven sejurus selepas memasak, apabila oven masih panas. Ini mengelakkan mesa yang panjang untuk pemanasan semula.

Baju, Perfume, dan Aksesori

ahahhh.. Kali ni pada korang2 yang nak mencari baju ka.. Perfume ka..boleh la tengok2 dulu nih.. 











Berkenan??Nak tengok yang lain?? Nak tengok yang lain2 boleh la singgah dulu kat kedai maya dlux biz.. Tak puas ati? Nak tengok sendiri kat kedai?? ha..lagi la di alu2 kan..mai ja kat kedai Dlux Biz kat Laguna Merbuk.. Mana yang dok kat kedah tu boleh la mai singgah dulu tengok2..heee

Sebelum tu singgah dulu page DLUX BIZ
alang2 dah singgah tu.. rajin2 kan la tangan tu like skit page ni ye..hehe

Nak detail lagi kedai DLUX BIZ boleh la PM je kat page tu ye..sekian..



Spare Part Motor Yamaha ( GENUINE )

Ada ke korang yang mencari barang2 motor?? Ha..ace cube try test tanya malie joe.. contact je fb dia sini >> Facebook Malie Joe