Thursday, June 9, 2011

Fakta menarik lagi ...

FAKTA - FAKTA (3)
  • Menara Kuala Lumpur merupakan yang tertinggi di Asia dan ketiga di dunia berharga RM250 juta. Ia berukuran 421 meter tinggi, seberat 100,000 tan, menggunakan 45,000 meter padu konkrit, 5,300 tan keluli tetuli tetulang dan 1,300 tan keluli struktur. 
  • Kuil Batu Caves mengandungi sebanyak 364 mata tangga iaitu dari paras bawah hingga ke dalam gua. Jumlah itu akan menjadi sepanjang kira-kira 170 meter jika mata tangga itu diluruskan menjadi satu garisan. 
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang yang dijangka beroperasi pada tahun 1998 berupaya mengendali 45 juta penumpang dan juga mampu mengendali sejuta tan kargo setahun.  
  • Menara kembar Petronas KLCC (Kuala Lumpur City Centre) yang setinggi 88 tingkat akan menjadi bangunan tertinggi di dunia, berukuran 450 meter tinggi. Ketinggian ini tiga kali ganda Kompleks Dayabumi. 
  • Jambatan Pulau Pinang (13.8km) merupakan yang terpanjang di Asia dan menduduki tempat ketujuh di dunia, dibuka pada bulan Ogos 1985. 
  • Kompleks renang Dewan Bandaraya Ipoh, Perak merupakan yang terbesar dan paling moden di Asia Tenggara. Kompleks itu juga adalah kolam renang bergelombang pertama di Malaysia
  • Malaysia adalah pengeksport minyak utama di Asia Tenggara dan merupakan negara ke-21 yang mempunyai simpanan minyak terbanyak di dunia, mengeluarkan 610,000 tong minyak sehari. 
  • Dalam tempoh sepuluh tahun, Proton menguasai 74 peratus pasaran domestik iaitu kira-kira 500,000 unit di jalan raya Malaysia dan 85,000 unit lagi dieksport ke 18 buah negara temasuk United Kingdom, New Zealand dan Australia.  
  • Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit nombor satu dunia, mengeluarkan sebanyak 51 peratus daripada jumlah pengeluaran dunia iaitu sebanyak 7.2 juta tan pada tahun 1994 
  • Pokok getah tertua Malaysia yang ditanam 119 tahun dahulu masih dapat dilihat di Kuala Kangsar, daerah pertama menanam pokok getah di negara ini. 
  • Malaysia memiliki 37 buah bank komersil dengan rangkaian 1,246 cawangan di seluruh negara dan Maybank sebagai bank kemersil terbesar; mempunyai 399 cawangan.