Saturday, June 4, 2011

Fakta-Fakta

Setelah aku mencari - cari ,, akhirnya ,,,,,, Ini la yang aku nk kongsikan bersama korang ......

FAKTA - FAKTA (1)
  • Jambatan gantung terpanjang didunia adalah di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda yang berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar,bahagian tengah pula bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu dibawahnya.
  • Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahhun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.
  • Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.
  • Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
  • Ngauman singa boleh kedengaran sejauh 3 kilometer
  • Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
  • Kerosakan otak akan berlaku jika suhu meningkat melebihi 41 darjah celcius.
  • Ketika bersin,semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
  • Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu A.
  • YO-yo merupakan senjata bahaya di Filipina.
  • Secara purata,seseorang manusia minum air sebanyak 8000 gelen air sepanjang hidupnya.
  • Secara purata,seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun untuk bergayut di telefon sepanjang hayatnya.
  • Apabila seseorang bercakap,secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit.
  • Mateorit yang jatuh di Hoba West, Afrika, pada tahun 1920 merupakan yang terbesar dan paling berat pernah gugur ke bumi. Ia berukuran 2.7 meter panjang dan 2.4 meter lebar dengan jumlah berat 60 tan
  • Motor elektrik terkecil di dunia berukuran 0.04sm iaitu lebih kecil daripada kepala jarum peniti, dibina oleh William MCLellan dari Amerika Syarikat. Ia mengandungi 13 bahagian dan pergerakan motor itu hanya boleh dilihat menerusi mikroskop. 
  • Ukuran red kangaroo ketika dilahirkan ialah dua sentimeter, tetapi ia membesar sehingga 2.6 meter panjang. Haiwan itu boleh melompat sejauh lebih 12 meter dalam satu lompatan dan berupaya bergerak dengan kelajuan 48 km sejam.
  • Logam osmium adalah bahan yang paling tumpat di dunia iaitu enam kali lebih tumpat daripada emas. Jongkong osmium setebal saiz wang kertas seringgit adalah seberat 2.4 kilogram. 
  • Kereta api penumpang terpanjang di dunia berukuran 1,733 meter panjang dicatatkan di Belgium pada tahun 1991. Ia mengandungi 70 buah gerabak, sebuah lokomotif elektrik dan seberat 2,786 tan.
  • Kelajuan maksimum 39,897km sejam yang dicapai oleh Apollo 10 merupakan yang terpantas pernah dicatat manusia. Kelajuan itu 15.4 kali ganda Tupolev Tu-14, pesawat penumpang paling laju di dunia.