Sunday, April 13, 2014

Kelebihan Pokok Ajaib (Scabiosa arvensis)

gambar hiasan


Alhamdulillah pokok ajaib/ Scabiosa arvensis yang ada telah mula mengeluarkan buah. Bunga yang terhasil dari pokok ajaib adalah berbau wangi dan sangat best bagi saya. Bunga kecik-kecik, tambah pulak kalau ada banyak kelulut dan lebah singgah dekat pokok, memang best la dia mula berbuah nanti. Siap ambil buah dah masak nanti boleh la mula nak buat benih baru nanti. =)

Kali ni untuk pokok ajaib ni nak share kegunaan dan kelebihan pokok ajaib ni. Mengikut kajian, ekstrak bunga dari pokok ajaib menggalakkan pengeluaran enzim untuk memecahkan lemak dalam sel lemak dan ia akan meningkatkan pemecahan lemak dalam tubuh seseorang.

Kelebihan lain yang ingin dikongsikan adalah buah ajaib ni akan meneutralkan asid. Ini kerana buah tersebut mengandungi protein yang dipanggil miraculin. Pernah makan buah ajaib? Pada yang belum boleh cuba dengan makan buah ajaib yang masak, dan pastikan  cecair @ isi buah ajaib ni kena pada seluruh dalam mulut anda. Isi buah ajaib ni sikit je. Lepas siap cuba dapatkan sepotong limau kasturi/ nipis yang masam kemudian makan limau tersebut. Tengok sikit nak tambah ke tak limau tu. =D

Daun pokok ajaib pula boleh digunakan untuk mengubati penyakit tertentu seperti kencing manis dan darah tinggi dengan menggunakan air rebusan daun ini. Ia juga mampu mengurangkan bisa gigitan serangga, penyakit gatal kulit, mengurangkan resdung, jerawat dan jeragat. Daun pokok ajaib juga boleh menyembukan sakit gigi dengan mengunyah daun tersebut.