Friday, March 14, 2014

Cara Membuat Fish Amino Acid (FAA)

Kali ni kita sama2 belajar cara untuk membuat FFA. FFA mempunyai tinggi protein, acid amino dan pelbagai nutrien lain. Dengan penggunaan FFA, ia menggalakkan lagi pembiakan microb dalam tanah untuk meningkatkan kualiti tanah.

==========
Alatan
==========

  1. Balang Plastik
  2. Kain/ Kertas
  3. Tali/ Getah Pengikat
  4. Pisau
==========
Bahan
==========
  1. 1kg Ikan Segar
  2. 1kg Gula Merah
==========
Cara2
==========
  1. Potong ikan pada 3 @ 4 bahagian. Ikan tak perlu dikisar untuk mengelakkan molekul dan khasiat dalam ikan tersebut rosak dan berkurang.
  2. masukkan ikan dalam bekas. Masukkan semua bahagian ikan dari kepala, badan, perut,badan dan ekor, kemudian masukkan gula merah. nisbah adalah 1 : 1.
  3. Tutup balang dengan kain atau kertas dan ikat dengan kemas untuk mengelakkan serangga masuk.
  4. Selepas 1 bulan pemeraman, tapis FFA yang telah siap dan boleh digunakan pada pokok.


=========
Penggunaan
=========
Cairkan dengan air bersih tanpa klorin dengan nisbah 1 : 500 - 1000. Gunakan sebagai baja tambahan dengan semburan foliar pada tumbuhan

--------------------------------------------------------------------------------------------

Pengunaan FFA mempunyai kebaikan pada pokok seperti :
  1. Mengurangkan stress
  2. Meningkatkan aktiviti fotosintesis
  3. Memudahkan pembukaan stomata
  4. Meningkatkan aktiviti microbe tanah.
Sekian ~