Monday, January 13, 2014

ISU HANGAT! ( kangkung )



"Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, bila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil,"

Harga petrol naik, gula naik, elektrik naik, tol naik, semua la nak naik. Masa naik korang salahkan kerajaan. Bila kangkung turun kenapa tak puji kerajaan? Baik kan kerajaan turunkan harga kangkung. Selepas kebanyakan benda dah dinaikkan, kini giliran menurunkan pulak. Kangkung turun harga! Wah. Best giler la kan.

Harga petrol naik, petrol memang hari2 guna. nak pergi mana2 bukan naik kuda sekarang tak pakai petrol. Peniaga nak beli barang2 untuk meniaga memang beli barang tolak troli je kan beli barang kat kedai sampai tempat nak meniaga.

Gula naik, kurang kan gula dalam minuman. Kalau dah orang meniaga kedai makan tu letak gula sikit, air tawar. Memang makin ramai la datang kedai tu. Makin kaya la peniaga2 kat kedai ye.

Elektrik naik, kurang kan pakai elektrik ye? Kipas kat rumah kurang kan buka. Sediakan apa2 la yang boleh kipas secara manual. Nak iron baju guna cara P. Ramlee dulu je. Letak bawah tilam je la bagi hilang kedut.

Yang naik ni semua yang asas. Memang orang akan pakai hari2. Bila yang asas dah naik, mana2 je ada berkaitan ngan barang asas ni boleh naik jugak la. Memang kurang la beban. Kurang yang sangat2 ni. Biasa sekali makan RM5, Bila naik yang asas, semua barang kena jugak, jadi belanja RM7 ke RM8.

Ok. Harga kangkung turun. Puji kerajaan. Harga kangkung memang boleh pun guna untuk gerakkan kereta, hasilkan elektrik, maniskan air. Mesti arnab2 gembira bila harga kangkung turun. Dapat la kangkung lebih sikit. Tapi manusia rasanya bukan guna hari2 pon kangkung tu. Buat masak, makanan utama bukan kangkung pun. Kalau ada family makan kangkung je hari2, terbaik la. Jimat la belanja.

Kangkung turun, harga barang lain tak kan turun sebab harga kangkung turun buat sementara waktu ni. Kena puji. Lupa lak. Anda la terbaik sebab turun kan harga kangkung. Hidup kangkung. LOL

Ini Tidak adil, tidak adil, bagiku....