Kelebihan Pokok Ajaib (Scabiosa arvensis)

gambar hiasan


Alhamdulillah pokok ajaib/ Scabiosa arvensis yang ada telah mula mengeluarkan buah. Bunga yang terhasil dari pokok ajaib adalah berbau wangi dan sangat best bagi saya. Bunga kecik-kecik, tambah pulak kalau ada banyak kelulut dan lebah singgah dekat pokok, memang best la dia mula berbuah nanti. Siap ambil buah dah masak nanti boleh la mula nak buat benih baru nanti. =)

Kali ni untuk pokok ajaib ni nak share kegunaan dan kelebihan pokok ajaib ni. Mengikut kajian, ekstrak bunga dari pokok ajaib menggalakkan pengeluaran enzim untuk memecahkan lemak dalam sel lemak dan ia akan meningkatkan pemecahan lemak dalam tubuh seseorang.

Kelebihan lain yang ingin dikongsikan adalah buah ajaib ni akan meneutralkan asid. Ini kerana buah tersebut mengandungi protein yang dipanggil miraculin. Pernah makan buah ajaib? Pada yang belum boleh cuba dengan makan buah ajaib yang masak, dan pastikan  cecair @ isi buah ajaib ni kena pada seluruh dalam mulut anda. Isi buah ajaib ni sikit je. Lepas siap cuba dapatkan sepotong limau kasturi/ nipis yang masam kemudian makan limau tersebut. Tengok sikit nak tambah ke tak limau tu. =D

Daun pokok ajaib pula boleh digunakan untuk mengubati penyakit tertentu seperti kencing manis dan darah tinggi dengan menggunakan air rebusan daun ini. Ia juga mampu mengurangkan bisa gigitan serangga, penyakit gatal kulit, mengurangkan resdung, jerawat dan jeragat. Daun pokok ajaib juga boleh menyembukan sakit gigi dengan mengunyah daun tersebut.

Rahsia Pokok Kucing Galak


Berikutan dengan post saya sebelum ni di facebook berkenaan pokok kucing galak, hari ni saya akan tambah sedikit lagi untuk pokok kucing galak ni.

Apa dari yang saya nampak, kucing ni tak pergi pulak dekat pokok ni kalau pokok ni elok tertanam kat tanah. Tapi bila di cabut, kasi kucing hidu akar pokok ni, kucing jadi mula duduk tak diam la. Seronok jugak main dengan kucing bila guna pokok ni.



Untuk berkenalan dengan pokok ni, pokok ni adalah berasal dari tumbuhan liar. Pokok ni terhasil dari biji benih. Saya ada jugak belek2 dekat bunga dia tu. Last ada nampak benih dia. Terasa nak amek benih tu buat tanam. -,-". Dari pengalaman, saya kutip pokok ni dekat belakang2 rumah, dekat tepi jalan, dekat2 dengan longkang, dan ada jugak berdekatan dengan kawasan sampah yang telah dibakar. Kucing galak ni adalah bersifat pahit dan sejuk.

Mengikut pengalaman sebelum ni, bila lepas kucing makan je bahagian dari pokok kucing galak ni, tak lama kemudian kucing tu akan muntah. Mungkin keluar hair ball kot. Nak sihatkan badan dan penyerapan nutrien yang lebih efektif. Terpaksa la dia makan ubat dia. Kucing ni akan makan akar dan ada juga makan daun jadi ulam untuk dia.



Kucing ni akan bertindak dengan gigit2 akar pokok ni, makan akar dan daun dia. Selain tu, kucing ni juga akan mula menggesel, melompat dan menangkap  pada akar pokok.

Seterusnya adalah khasiatnya pada manusia. Kucing galak dapat merawat ulser mulut, penyakit kulit, dan tenaga batin. Kebanyakan adalah dengan menggunkan air rebusan pokok ini.

Sekian~

Cara Membuat Fish Amino Acid (FAA)

Kali ni kita sama2 belajar cara untuk membuat FFA. FFA mempunyai tinggi protein, acid amino dan pelbagai nutrien lain. Dengan penggunaan FFA, ia menggalakkan lagi pembiakan microb dalam tanah untuk meningkatkan kualiti tanah.

==========
Alatan
==========

  1. Balang Plastik
  2. Kain/ Kertas
  3. Tali/ Getah Pengikat
  4. Pisau
==========
Bahan
==========
  1. 1kg Ikan Segar
  2. 1kg Gula Merah
==========
Cara2
==========
  1. Potong ikan pada 3 @ 4 bahagian. Ikan tak perlu dikisar untuk mengelakkan molekul dan khasiat dalam ikan tersebut rosak dan berkurang.
  2. masukkan ikan dalam bekas. Masukkan semua bahagian ikan dari kepala, badan, perut,badan dan ekor, kemudian masukkan gula merah. nisbah adalah 1 : 1.
  3. Tutup balang dengan kain atau kertas dan ikat dengan kemas untuk mengelakkan serangga masuk.
  4. Selepas 1 bulan pemeraman, tapis FFA yang telah siap dan boleh digunakan pada pokok.


=========
Penggunaan
=========
Cairkan dengan air bersih tanpa klorin dengan nisbah 1 : 500 - 1000. Gunakan sebagai baja tambahan dengan semburan foliar pada tumbuhan

--------------------------------------------------------------------------------------------

Pengunaan FFA mempunyai kebaikan pada pokok seperti :
  1. Mengurangkan stress
  2. Meningkatkan aktiviti fotosintesis
  3. Memudahkan pembukaan stomata
  4. Meningkatkan aktiviti microbe tanah.
Sekian ~

Kenapa Madu bagus dari gula?

Seperti yang telah kita ketahui, madu adalah makanan sunnah. Jika ia sunnah, maka ia adalah makanan yang baik dan berkhasiat. Kita telah umum ketahui bahawa madu itu bagus untuk dimakan paling kurang sesudu setiap hari. Tetapi kenapa madu bagus berbanding gula biasa? Madu juga manis, begitu juga gula.

Madu dihasilkan dari koloni2 lebah yang mengambil madu dari nektar bunga seperti yang telah kita ketahui. Madu lebih baik dari gula biasa kerana gula dalam madu adalah gula ringkas @ monosaccharide seperti fructose dan glucose. Apabila makan madu, gula dari jenis ini akan terus diserap dalam darah dan memberikan tenaga secara terus pada badan.



Untuk gula biasa, ia dihasilkan dari tebu. Gula dari jenis ini akan melalui proses yang dipanggil "bleaching" untuk menghasilkan gula yang putih. Dari pengetahuan saya, gula yang belum melalui proses "bleaching" adalah lebih baik. Gula biasa adalah jenis dari gula disaccharide seperti carbohydrate. Gula dari jenis ini perlu diuraikan untuk diserap oleh badan. Jika gula tersebut tidak dihuraikan menjadi tenaga, ia akan menjadi lemak.

Jadi lepas ni boleh la amalkan pengambilan madu seperti yang disarankan oleh Nabi kita. Pasti ada manfaat. =)

Kenapa Tak Guna Baja NPK Biasa Untuk Fertigasi

Fertigasi adalah teknik tanaman dimana pembajaan diberikan melalui kaedah pengairan. Mengikut apa yang saya tahu, fertigation adalah dari dua perkataan yang digabungkan iaitu fertilizer + irrigation. Pembajaan yang diberikan adalah melalui kaedah pengairan untuk mengoptimumkan lagi hasil. Air baja yang diberikan adalah terkawal dan cukup2 untuk tumbuhan.



==========
Masalah Nitrogen Dalam NPK
==========
Pembajaan menggunakan pembajaan adalah sukar dikawal. Kebiaasaannya, nitrogen dalam baja NPK adalah dalam bentuk ammonium, urea base @ nitrate (biasa lagi mahal). Akar akan menyerap baja dalam bentuk ammonium dan juga nitrate. Penyerapan nitrogen dalam bentuk ammonium adalah perlahan jika dibandingkan dengan penyerapan dalam bentuk nitrate.

Jika dalam bentuk ammonium, akar perlu mencari baja untuk penyerapan dilakukan, manakala jika dalam bentuk nitrate, baja akan pergi ke akar pokok dan ini akan memudah pokok mendapat nitrogen dengan mudah. Nitrogen dalam bentuk ammonium yang tidak diserap oleh akar pokok juga akan ditukar menjadi nitrate.

Nutrien akan melalui proses nitrification dimana proses ini menyebabkan nitrous oxide dan nitric oxide akan dilepaskan ke udara dan ia akan menyebabkan nutrien hilang begitu sahaja. Jadi pembaziran akan terjadi disitu.

Garam Epsom untuk kesihatan

Epsom Salt( garam epsom )/ garam inggeris/ garam magnesium mempunyai kegunaan tertentu. Nama lain garam ini adalah magnesium sulfat hidrat ( MgSO4.7H2O ) dan pH adalah 6.0 (55 ke 70  ). Apa kegunaan untuk epsom salt ni? Apa dapat guna epsom salt?

=====
Magnesium
=====

  1. Jika anda mengalami masalah sukar tidur, boleh lah untuk menggunakan epsom salt. Dengan menggunakan epsom salt juga akan dapat mengurangkan strees.
  2. Epsom salt dapat membantu otot dan saraf berfungsi dengan lebih baik.
  3. Meningkatkan aktiviti enzim dalam tubuh badan.
  4. Dapat mencegah pembekuan darah dan pengerasan pada pembuluh darah arteri.
  5. Penggunaan insulin akan lebih efektif
  6. Meningkatkan penggunaan oksigen.
=====
Sulfat
=====
  1. Membantu membersihkan toksin dalam tubuh badan.
  2. Membantu penyerapan nutrien untuk badan.
  3. Membentuk gabungan protien.
  4. Mengurangkan masalah sakit migrain.

Kursus SRI (System Rice Intensification)


Alhamdulillah kali ni selesai sudah kursus untuk 'System Rice Intensification' (SRI) pada 26/ 1/ 2014 .Kursus untuk SRI organik ni adalah berdasarkan daripada kaedah 'natural farming' yang telah digunakan di korea dan jepun setelah sekian lama. Kaedah natural farming juga ada di aplikasi di Malaysia, tetapi masih tiada penggerak untuk berkongsi kaedah natural farming sebelum ini kepada orang ramai.




Tenaga pengajar untuk kursus ini adalah En. Norhisam Ramlan dan Pn. Nurwahidah Hambali. Hasil dari usaha mereka berdua, kaedah natural farming ini telah banyak digunapakai di kawasan selangor. Ini adalah kursus natural farming terakhir yang mereka buat. Untuk kursus SRI selepas ini, akan dibuat oleh team EDU 1 Malaysia Fertigation Group (1MFG) yang kini telah berada di setiap negeri.

Pandangan dari saya untuk kursus SRI ni adalah terbaikkkk. Dalam kursus ni, kita akan didedahkan dengan penggunaan organik dari segi baja dan racun. Bahan yang akan digunakan adalah bahan yang murah dan sangat mudah didapati di kawasan anda.




Penggunaan racun kimia boleh membunuh rumpai, serangga dan juga manusia! Ya, ia juga umpama pembunuh senyap untuk manusia. Bila anda sembur racun kimia, yakin 100% ke bahawa anda tidak akan terhidu racun? Jika pamakaian dan penggunaan yang betul, 100% ke racun tak kena pada kulit kita? Ya, memang sedikit yang kena dan mungkin macam tiada apa2 kesan bagi sesetengah orang. Tapi itulah hakikat. Racun kimia juga seperti rokok!

Pengalaman dari tenaga pengajar, penggunaan organik ni mengambil masa jika pertama kali dalam menggunakan kaedah ini. Penggunaan untuk musim pertama biasanya kebun anda masih akan diserang oleh serangga kerana musim pertama adalah dalam proses merawat tanah untuk kegunaan seterusnya. Selepas dijaga dengan betul, mikrob akan membiak dengan banyak dalam tanah untuk menjadikan tanah lebih subur. Ini akan membantu pokok untuk membuatkan sistem pertahanan yang kuat.

Penggunaan kimia semakin lama meningkatkan kos, manakala penggunaan organik semakin lama semakin mengurangkan kos. Jadi, bolehlah join kursus tersebut untuk kesihatan yang terjamin dan penghasilan buah, sayur yang organik dan menambah keyakinan untuk dimakan dan diberikan pada anak2.

Sebelum terlupa, jika anda ingin mengikuti kursus ini boleh pergi ke group 1 Malaysia Fertigation Group di facebook, atau boleh juga smskan pada nombor 017- 788 2060 untuk saya bantu hubungkan terus pada team EDU 1MFG PLT.

Sekian~

Tolong! Kena Tindih Masa Tidur


Badan letih, penat, mahu rehat. Baring2 dan tidur untuk rehatkan badan. Baru je setengah jam @ satu jam tidur, tiba2 terasa badan kena tindih. Argghhh, apakah ni? Bukak mata, tengok sekeliling, cuba gerakkan badan, nak jerit mintak tolong, tapi semua tak boleh. Kemudian terus baca ayat kursi dan lain2. Selepas beberapa minit badan rasa boleh gerak dah. Baru la lega rasa. Jin apa yang telah menindih ni? Persoalannya, adakah betul kena tindih?

Okay, untuk pengetahuan anda, sebenarnya anda bukan lah ditindih ketika anda tidur. Sebenarnya anda telah mengalami gangguan kelumpuhan tidur ataupun dipanggil sleep paralysis. Perkara ini boleh terjadi pada sesiapa sahaja paling kurang sekali atau dua dalam hidupnya. Sleep paralysis ini tidak berbahaya, jadi anda tak perlu risau.

Bila anda tersedar, anda dalam keadaan separuh sedar atau anda dalam keadaan mamai. Jadi bila sedar anda tak boleh gerak, anda mula fikir macam2 perkara yang mistik. Jadi ini lah puncanya terjadi anda terasa badan ditindih walaupun sebenarnya tidak. Keadaan ini akan pulih dalam beberapa minit, jadi setelah anda selesai membaca ayat kursi atau apa2 doa, keadaan tersebut juga turut pulih dalam masa yang sama. Ini yang akan membuatkan anda percaya anda ditindih ketika tidur.

Satu lagi, bila anda terasa takut tersebut, anda mula membayangkan pelbagai perkara, disitu la mula timbul bayang2 dan pelbagai bentuk yang tidak anda ingini. Ia terhasil disebabkan anda cuba menghasilkan perkara tersebut.

Jadi lepas ni, pada yang terasa macam kena tu, jangan panik, relax je. Dalam beberapa minit anda akan pulih kembali seperti normal. Walaubagaimanapun, doa dan sunnah Nabi kita perlu diamal juga. Setiap perkara pasti ada sebabnya. 

Sekian~

1 MALAYSIA FERTIGATION GROUP (1MFG)


Alhamdulillah selesai sudah mengikuti seminar keusahawanan - 1MFG PLT "Impak Kepada Perniagaan Anda" pada 19/ 1/ 2014 di Politeknik Shah Alam. Dapat sikit ilmu pengetahuan di situ. Dapat juga kenal dengan otai2 bahagian pertanian ni.

1MFG yang bermula dari group di facebook yang kini semakin membesar dan semakin meningkat semakin bertambah power! Kini geng di facebook 1MFG ni sudah semakin ramai dan telah melebihi 5000 member. 

Kebanyakan kaedah penanaman yang digunakan dari geng 1MFG adalah penggunaan dari produk organik. Racun kimia dikurangkan dan ada tanaman tanpa menggunakan racun kimia. Pengunaan organik dapat meningkatkan lagi tahap lawan pokok terhadap penyakit dan dapat menjaga alam sekitar.

Penggunaan organik juga dapat mengurangkan kanser. Penggunaan bahan kimia boleh menyebabkan kanser. Dalam jangka masa pendek mungkin tak nampak kesan tersebut, tapi jika dilihat pada jangka masa panjang? 

Dalam seminar tersebut juga ada dapat Panduan Membuat dan Menggunakan Produk Sri Organik. Dalam buku ni terdapat cara2 untuk membuat baja dan penghalau serangga, kulat dan bakteria secara organik. Tersangat berguna untuk pekebun untuk menggunakan sri organik ni untuk mengurangkan kos racun dan terus menghasilkan buah organik.

Nak berhubung dengan otai2 pertanian ni? Boleh cari mereka di facebook, Group 1 MALAYSIA FERTIGATION GROUP . Join je group tersebut. Ada banyak ilmu yang boleh disedut di situ. Nak cari produk SRI? Cari dalam group tu Norhisam Ramlan. Beliau ada menjual produk SRI, dan beliau juga menanam tanpa menggunakan racun kimia. Nak cari Effective Microorganism (EM), boleh cari khairuboss (baru je lepas beli EM dan benih cili bara dgn beliau) hehe. Ada banyak lagi la dalam group tersebut dan yang penting mereka sentiasa membantu.

Jadi pada sesiapa sahaja rasa nak menimba ilmu, nak bermula fertigasi, nak menghasilkan buah yang organik dan lain2 boleh la join group ni.



"TOGETHER WE GROW"

ISU HANGAT! ( kangkung )



"Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, bila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil,"

Harga petrol naik, gula naik, elektrik naik, tol naik, semua la nak naik. Masa naik korang salahkan kerajaan. Bila kangkung turun kenapa tak puji kerajaan? Baik kan kerajaan turunkan harga kangkung. Selepas kebanyakan benda dah dinaikkan, kini giliran menurunkan pulak. Kangkung turun harga! Wah. Best giler la kan.

Harga petrol naik, petrol memang hari2 guna. nak pergi mana2 bukan naik kuda sekarang tak pakai petrol. Peniaga nak beli barang2 untuk meniaga memang beli barang tolak troli je kan beli barang kat kedai sampai tempat nak meniaga.

Gula naik, kurang kan gula dalam minuman. Kalau dah orang meniaga kedai makan tu letak gula sikit, air tawar. Memang makin ramai la datang kedai tu. Makin kaya la peniaga2 kat kedai ye.

Elektrik naik, kurang kan pakai elektrik ye? Kipas kat rumah kurang kan buka. Sediakan apa2 la yang boleh kipas secara manual. Nak iron baju guna cara P. Ramlee dulu je. Letak bawah tilam je la bagi hilang kedut.

Yang naik ni semua yang asas. Memang orang akan pakai hari2. Bila yang asas dah naik, mana2 je ada berkaitan ngan barang asas ni boleh naik jugak la. Memang kurang la beban. Kurang yang sangat2 ni. Biasa sekali makan RM5, Bila naik yang asas, semua barang kena jugak, jadi belanja RM7 ke RM8.

Ok. Harga kangkung turun. Puji kerajaan. Harga kangkung memang boleh pun guna untuk gerakkan kereta, hasilkan elektrik, maniskan air. Mesti arnab2 gembira bila harga kangkung turun. Dapat la kangkung lebih sikit. Tapi manusia rasanya bukan guna hari2 pon kangkung tu. Buat masak, makanan utama bukan kangkung pun. Kalau ada family makan kangkung je hari2, terbaik la. Jimat la belanja.

Kangkung turun, harga barang lain tak kan turun sebab harga kangkung turun buat sementara waktu ni. Kena puji. Lupa lak. Anda la terbaik sebab turun kan harga kangkung. Hidup kangkung. LOL

Ini Tidak adil, tidak adil, bagiku....


4 Rahsia Pelaris Kedai Makan

Gambar hiasan


Sebaris kedai makan yang banyak2, mesti ada pelanggan yang sikit, pelanggan yang banyka dan sedang2 je kan? Macam mana peniaga kedai makan ni tarik pelanggan diorang ae? 

Pernah tak dengar kedai makan yang menggunakan pelaris jin? wahh. Macam2 ada. Pelaris monyet, kuda la, tu jenis dari haiwan. Ada juga yang guna seluar dalam la. Uiiii... Macam2 la.

Tapi kali ni bukan la pelaris yang macam tu. Saya telah dikongsikan dengan pelaris yang baik punya. Saya selalu makan di kedai tersebut dengan kawan2 masa di UiTM. Terikut kawan makan kat situ, dan kedai makan tersebut biasanya akan dipenuhi dengan pelanggan.

Salah satu pelaris yang telah mereka gunakan adalah, Bersih. Keadaan kedai tu bersih, tak ada la lalat2 yang selalu terbang kat situ. Makan pon selesa kat situ. 

Kedua, Murah. Area Jengka kan ramai student U. Kalau mahal2 tak la ramai yang mampu nak makan. Biasa la student. Mesti la ak save bajet. huhu

Makanan tu murah, ditambah pulak dengan yang ke 3 ni banyak. Yang ni best la. Tu makan kenyang, hati pon puas la. Kadang2 bila order yang sama kat 1 meja tu ada jugak la tersikit pulak. Tapi biasanya memang dapat banyak.

Lepas tu pulak yang ke 4 adalah sedap. Murah + banyak + sedap. Kawasan bersih. Patut la kawan2 selalu ajak makan kat situ. Diorang da kena pelaris tu. hihi

Tu je la serba sedikit yang ingin dikongsi untuk hari ni. 

Sekian~