Monday, May 20, 2013

Rancang Perkahwinan



Majlis Perkahwinan adalah satu perkara yang mesti dirancang dengan teliti kerana ia akan mencerminkan gaya bakal pengantin tersebut… Ikuti tips berikut untuk memulakan ‘Basic Plan’ dalam merancang majlis perkahwinan anda..
PERANCANGAN MAJLIS PERKAHWINAN..
Merancang majlis perkahwinan adalah satu proses usahasama di antara kedua-dua pihak pengantin lelaki dan perempuan… Kadang-kadang ada tugasan atau keputusan yang boleh diwakilkan kepada pihak lain, tetapi kebanyakan keputusan perlu dibuat bersama.. Sentiasa ingat asas dalam etika perkahwinan dan tradisi…
PERKAHWINAN IMPIAN..
Mulakan dengan senarai serta kos/ bajet yang praktikal.. semua perkara yang akan memberi kebahagiaan serta kesan yang amat bermakna kepada pasangan nanti.. Tulis senarai dengan sangat khusus dan termasuk yang berikut :
1) Tarikh yang ideal?
2) Lokasi?
3) Baju yang akan dipakai nanti?
4) Senarai jemputan?
5) Warna tema?
6) Di mana majlis resepsi akan diadakan?
7) Menu yang akan dihidangkan?
8) Bunga yang akan digunakan?

Pastikan senarai termasuk idea daripada kedua-dua pihak pengantin…
Semak balik senarai dan susun semula mengikut keutamaan.. Apakah perkara yang paling penting kepada kedua-dua belah pihak untuk memastikan majlis perkahwinan anda adalah yang ‘the best day ever’… Adakah baju dari pereka fesyen yang bernilai $ 10,000 lebih penting? Adakah keghairahan dari pihak pengantin perempuan untuk tema warna oren lebih penting daripada keutamaan pihak pengantin lelaki untuk warna biru (contohnya…)?
Sama-sama dalam membuat keputusan yang basic ini akan mula memberi gambaran yang jelas tentang bagaimana majlis perkahwinan akan berlangsung nanti….
SENARAI TETAMU..
Basic plan yang dibuat akan menunjukkan sama ada majlis itu nanti adalah satu acara besar atau satu perhimpunan keluarga yang simple sahaja.. Dan berdasarkan plan tersebut juga mula membuat senarai tetamu awal sebelum meminta ibu bapa pengantin perempuan dan pengantin lelaki membuat senarai siapa yang mereka ingin jemput pula..
Senarai tetamu itu nanti pula, akan membantu dari segi bajet untuk majlis perkahwinan..  Daripada situ mula peruntukkan kos kepada perkara-perkara yang paling penting.. Kebanyakan barangan akan mempunyai kos yang tetap tetapi sesetengah akan berubah-ubah.. Kos yang paling ketara yang akan berubah-ubah akan dikaitkan dengan bilangan tetamu.. Sebelum menyediakan jemputan perkahwinan pastikan bahawa senarai tetamu adalah lengkap, dengan nama-nama yang telah dipadam, atau ditambah, selaras dengan bajet yang diketepikan..
Bakal pengantin kini akan mempunyai pelan asas yang merangkumi aspek-aspek yang paling penting bagi mereka dengan peruntukan kos untuk setiap item maka pengurusan belanjawan akan menjadi baik.. Kannnn???
Seterusnya adalah merancang komponen komponen majlis perkahwinan yang lebih praktikal seperti menetapkan jadual dan berunding dengan perancang perkahwinan.. Pastikan ia menjadi satu perkara yang menyeronokkan dan ingat ia adalah amalan yang baik untuk ‘successful marrige’!
Credit to : http://shasbridal.com

Nak rancang PERKAHWINAN tengok sini >> RANCANG PERKAHWINAN