Thursday, April 4, 2013

DI Grow Green

Kegunaan Baja DI Grow Green.


  • Dapat mengatasi masalah kekurangan nutrien tanaman
  • Menggalakkan percambahan biji benih, pertumbuhan akar dan pertumbuhan umum yang lain
  • Menggalakkan tumbesaran sel
  • Meningkatkan kadar fotositensis daun
  • Merangsang penyerapan nutrien oleh akar tumbuhan
  • Mesra alam dan boleh digunakan bersama racun kulat

Tuesday, April 2, 2013

Hidroponik



Pengertian Hidroponik
- Hidroponik ialah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah.
- Terdapat 2 kaedah hidroponik; sistem takungan dan sistem pengaliran nutrien.


Kelebihan Hidroponik
1. Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;

2. Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi;

3. Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak;

4. Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul;

5. Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien;

6. Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.

7. Tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman.

8. Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat akarnya.

9. Pembaziran baja tidak berlaku; kerana air baja sentiasa dikitar semula

10. Hasil tanaman boleh di makan keseluruhanya, sebab akarnya bebas dari kotoran dan penyakit.

11. Penyakit pokok tanaman dapat dikurangkan kerana banyak penyakit akar/pokok berpunca dari kandungan tanah


Kelemahan Hidroponik
1. Hanya sesuai untuk tanaman tertentu; berakar serabut

2. Mengurangkan penggunaan tanah; tanah terbiar tidak diusahakan


Langkah mempromosikan kaedah hidroponik di Malaysia
1. Peranan kerajaan
- Memberi bantuan kewangan / penyelidikan / menyediakan pusat khidmat latihan / memberi galakkan dan dorongan kepada pihak yang ingin mengusahakan kaedah ini.
- Mengadakan perkongsian pintar dengan pakar dari luar

Sumber : http://pakreatif.blogspot.com