Cara Buat Durian Crepe


Hari ini punya perkongsian untuk korang... :D



CREPE:
Bahan-bahan :
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500ml santan (lebih mudah gunakan Santan kotak 400ml campur air 100ml)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna (ikut suka korang..kalau guna kuning takkan jadi merah pulak kan??)

Cara-cara;
Campurkan semua bahan dan blender kemudian tapis.
Panaskan pan atau kuali yang leper dengan api yang kecil..ratakan sedikit minyak.
Tuangkan 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe
Tak perlu dibalikkan dan biar permukaan atas kering..angkat dan biarkan sejuk
******

DURIAN FILLING
Bahan-bahan :
1 cawan Non Dairy Whipping Cream (pukul hingga kental)
Isi durian secukupnya (ambik isi aje..bijinya korang boleh semai hahah)

Cara-cara ;
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengah-tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipat crepe dan simpan dalam peti sejuk
Siap! Boleh la try..heee~

Cara Buat Marshmallow




Bahan-Bahan

1/4 cawan tepung jagung**
1/3 cawan confectioner sugar **
21gm gelatin
1/3 cawan air
2/3 cawan gula
1/2 cawan corn syrup (glucose syrup)
secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna (optional)

Cara-Cara


  1. Ayakl tepung jagung bersama confectioner sugar, ketepikan buat sementara.
  2. Satukan gelatin bersama air, biarkan terendam selama 5 minit. Kemudian masukkan gula, panaskan dengan api kecil sehingga gula larut.
  3. Dalam bekas lain, satukan bancuhan gelatin tadi, corn syrup, vanilla, garam dan pewarna. Pukul dengan speed paling laju selama 15 minit.
  4. Sediakan loyang 8x8 inci. Sapukan sedikit minyak, kemudian taburkan tepung jagung & confectioner sugat tadi. taburkan pada dasar & bahagian teping loyang.
  5. Tuang bancuhan ke dalam loyang, kemudian biarkan mengeras sehingga 2 jam.
  6. Bila dah ready, potong dengan pisau basah ataupun terap dengan acuan yang telah dibasahkan dengan air.
  7. Salutkan dengan lebihan tepung jagung & sugar tadi. Biarkan betul2 kering baru simpan dalam botol kedap udara.
Credit to: myresepi.com


Kasturi Ni Bukan Limau Ye



Seperti yang pernah di ceritakan dalam post sebelum ni.. Baca pula artikel dibawah untuk mengetahui apa itu kasturi..

BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.' Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.

Sekian lama merentangi latar zaman, waktu dan masyarakat, rahsia kehebatan kasturi terus diperkata. Hinggakan apa sahaja yang berbau harum dikaitkan dengannya.

Ungkapan 'seharum kasturi' juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta dan juga bicara romantis.

Namun, sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa ini? Bagi yang keliru, kasturi disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi.

Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.

Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.

BULU pada bintik kasturi dikatakan terus tumbuh biarpun setelah terasing dari kijangnya.

Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.

Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.

"Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama.

"Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan haiwan tertentu sahaja menghasilkannya," ujar peniaga Tarmizi Yusuff, 35, yang ditemui di bazar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Menurutnya, dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus. Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.

"Bukan tikus yang macam kita jumpa di lorong dan longkang, tapi jenis tikus yang besar saiznya," terangnya segera tatkala melihat penulis mengerutkan dahi membayangkan haruman dikaitkan dengan makhluk yang gemar habitat kotor itu.

KASTURI banyak dimanfaatkan dalam pembuatan minyak wangi kerana ia menguat dan memanjangkan hayat haruman.

Apa yang dimaksudkan adalah rodensia besar seperti memerang iaitu tikus muskrat (Ondatra zibethicus). .

Mula menjual kasturi di gerainya sejak tahun 2005, Tarmizi memberitahu dia mendapat bekalan dari seorang rakan niaga dari Nepal. Sebiji 'kantung' kasturi tersebut yang saiznya lebih kurang sebiji bola pingpong dijual pada harga RM30.

"Ada juga kasturi yang berangkai dan harganya antara RM500 hingga RM1,000, bergantung pada bilangan kasturi yang bersambung bersama.

"Pembeli kasturi ini terdiri daripada golongan mereka yang turut berniaga barangan yang berkaitan dengan minyak wangi. Ada juga yang membeli sekadar minat mengumpul atau menganggapnya sebagai perhiasan.

"Lebih istimewa apabila ada pelanggan warga Bangladesh dan Pakistan yang membelinya untuk dimakan kerana percaya ia mempunyai khasiat perubatan," katanya.

Dalam bidang perubatan tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu mengembalikan kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan, melancarkan peredaran darah, merangsang penyingkiran darah haid, mengurangkan kesan bengkak dan meredakan kesakitan.

Oleh kerana spesies kijang yang menghasilkan kasturi sukar ditemui, saintis Cina beralih kepada sains dan teknologi untuk mengembangkan potensi perubatan.

TARMIZI menerima pelbagai reaksi daripada pengunjung yang mengamati kasturi yang dijual di gerainya.

Ia dilakukan dengan penternakan artifisial mamalia tersebut seterusnya mengekstrak bintil kasturi tanpa perlu membunuh kijang. Pengambilan bintil kelenjar itu secara berjadual menggalakkan penghasilan kasturi sekali gus mendorong upaya reproduksinya.

Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia.

Di India pula, penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda. Kononnya, ia mampu meredakan penyakit asma, ekzema, demam, sakit kepala dan ulser. Bagaimanapun, pembuktian klinikal masih dijalankan tentang dakwaan tersebut.

"Kegunaan paling popular adalah dalam industri pembuatan minyak wangi. Baik minyak wangi atau atar yang didatangkan dari Mekah atau India, terdapat juga pengusaha yang memasukkan butiran kasturi itu ke dalam botol jualan. Ia akan menambah nilai harganya," kata Tarmizi.

"Ada yang keliru tentang hukum ia digunakan untuk bersembahyang. Kalau hendak mengulas lebih mendalam tentang itu, saya kurang arif," ujarnya.

Dianjurkan pertanyaan ini kepada Mufti Johor, Datuk Noh Gadot berkata, kekeliruan mengenai hukum sah dibawa sembahyang ini terjadi memandangkan kasturi berasal dari haiwan.

Selain faktor itu, bintil kelenjar ini juga 'dipisahkan' dari tubuh haiwan tersebut ketika ia masih hidup, atau tidak disembelih.

"Sama seperti bulu kambing (yang telah dibersihkan) digunakan sebagai alas atau dijadikan sebahagian daripada pakaian ketika bersembahyang, begitulah juga dengan kasturi.

"Hakikatnya, ia adalah entiti yang wujud secara sendiri pada tubuh haiwan itu. Oleh kerana sifatnya yang bersih, kasturi tidak melanggar syarat sah solat bagi seseorang yang memakai harumannya," jelas Noh.

Bagi peniaga minyak wangi dan kasturi seperti Tarmizi, dia mengakui ada juga di kalangan pengunjung gerainya yang tidak mempercayai itulah rupa kasturi yang sebenar.

Menyingkap pengalamannya berniaga, kasturi jualannya itu paling kerap dipertikai oleh warga Pakistan yang mengatakan bahawa agak mustahil bagi orang biasa memiliki kasturi dengan mudah, apatah lagi dijual di pasar atau kaki lima.

"Mereka pelik melihat kasturi dijual dengan harga semurah ini di Malaysia.

Kata mereka, kasturi jarang sekali dimiliki oleh orang di jalanan.

"Harga kasturi di kawasan asal ia ditemukan sangat mahal mengikut kualiti gred dan keasliannya. Ia boleh mencapai harga sehingga ribuan ringgit sebiji. Beberapa gram butiran kasturi sahaja sudah mencapai harga ratusan ringgit," katanya.

credit : http://www.kosmo.com.my

Bau KASTURI Dan ZINA



Ops..Kasturi yang dimaksudkan dalam cerita kat bawah ni bukan lah macam dalam gambar ni..Nak tahu lebih, tunggu untuk post seterusnye..:)

Pada suatu malam, sedang dia berjalan-jalan ..Seorang wanita telah memanggil dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah.. Pemuda itu menyangka wanita tersebut mungkin hendak membeli kain-kain yang dijualnya...Tetapi apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah, wanita itu segera menutup dan mengunci pintu tersebut... Itu membuatkan pemuda tersebut sangat terkejut dengan tindakan wanita itu, pemuda itu lalu mengingatkan wanita itu tentang Allah dan Azab-Azab yang pedih yang bakal diterima...

Segalanya hanya sia-sia kerana wanita itu tidak langsung mengendahkannya..Amarah wanita itu semakin bertambah.. Wanita itu menyatakan betapa dia ingin melepaskan rindu dendamnya yang telah lame dia simpan sejak sekian lama terhadap lelaki itu...  Wanita itu lalu berkata kepada pemuda tersebut :
" Jika kamu tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit meminta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu telah menceroboh masuk dan memaksa aku melakukan perkara sumbang bersama kamu...Sudah tentu orang akan lebih mempercayai kata-kata aku berbanding kamu."

Melihat sikap wanita itu yang sudah tekad.. Pemuda itu telah menyuruh wanita itu bersiap-siap dan meminta izin ke tandas dengan alasan mahu mempersiapkan diri.. Apabila masuk saje pemuda itu ke dalam tandas tadi,  tubuh pemuda itu dengan sendirinya menggigil ketakutan dan gementar... Ini kerana pemuda tersebut takut terjatuh dalam lumpur dosa...Ketakutannya itu telah menimbulkan satu jalan keluar dalam fikirannya.....

Pemuda itu pun membuang air besar lalu mengambil najis tersebut dan melumur najis tersebut di seluruh tubuhnya.. Sambil menangis die berkate :
" Daripada aku terjerumus dengan najis dosa dan kemurkaan Allah, lebih baik aku lumurkan diri aku dengan najis  dunia yang busuk ni."
Setelah selesai melumurkan najis tersebut, pemuda itu lalu keluar dari tandas tersebut dan mendapati wanita itu sedang menunggunya... Pemuda itu melihat sendiri betapa terkejutnya wanita itu dan betapa jijiknya wanita itu memandang dirinya..Wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera..... Pemuda tersebut segera keluar dari rumah tersebut..
Pemude itu mengucap syukur kerana akhirnya die terlepas daripada dugaan yang amat berat.. Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, terdengar pula dia suara azan sedang berkumandang..Pemuda tersebut segera pulang ke rumah dan membersihkan dirinya. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tidak enak pada tubuh tadi, dia terus melangkahkan kakinya menuju ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah....

Setelah pemuda itu selesai solat, pemuda itu menjadi panik kerana semua mata para jemaah solat tadi tertumpu ke arah dirinya.. Dalam keadaan tersipu-sipu, pemuda tadi memohon maaf kerana die menyangka sisa bauan najis pada tubuhnya tadi telah menyebabkan para jemaah tidak selesa menunaikan solat sebentar tadi....Apabila si pemuda tadi hendak beredar dari situ, jemaah masjid menggerumuninya dan bertanya kepadanya dair mana dia mendapat bauan yang sangat wangi itu.. Semua jemaah masjid tadi dapat mencium bau ksturi yang semerbak harumannya...
Dikatekan bahawa bau itu kekal pada diri pemuda itu sehingga akhir ajalnya...Pemuda itu dikenali sebagai Abu Bakar 'Al- Miski' yang bermaksud Pemuda Kasturi...

Credit : selangkahpengenalan.blogspot.com

To all Who Hate muslims Must Watch


Insan Terbaik Yang Disebut Nabi SAW



Dari Ibnu Umar bahawa seorang lelaki mendatangi Nabi SAW dan berkata, ”Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling diicintai Allah, dan amal apakah yang paling dicintai Allah SWT?”

Rasulullah SAW menjawab, ”Orang yang paling dicintai Allah, adalah orang yang paling bermanfaat buat manusia, dan amal yang paling dicintai Allah adalah kebahagiaan yang engkau masukkan kedalam diri seorang muslim, atau engkau menghilangkan suatu kesulitan atau engkau melunasi hutang atau menghilangkan kelaparan.(Hadis Riwayat Thabrani)

Kesimpulan: Insan yang terbaik yang disebut Nabi Muhammad SAW, adalah insan yang menambah nilai dalam hidup orang lain. Apabila kita menambah nilai dalam hidup orang lain (Akhirat), duit (Dunia) akan datang kepada kita.

Tatacara Penggunaan Baucer Buku



a)      Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;

b)      Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

c)      Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;

d)      Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;

e)      Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;

f)       Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;

g)      Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;

h)      Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

Sumber : Mohe.gov.my

Kriteria Kelayakan Baucer Buku 1 Malaysia


Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:

a)      Warganegara Malaysia;

b)      Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;



c)      Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;

d)      Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;

e)      Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;

f)       Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;

g)      Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan

h)      Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).

Sumber : www.mohe.gov.my

Sejarah Islam Dimanipulasi


Sejarah Islam DIMANIPULASI?? Macam mane tuh?? ok..pada Korang semua yang nak cari pasal ilmu agama dekat internet ni pasti kan korang kena jugak ade ilmu sedikit sebanyak supaya tak mudah ditipu dalam dari ilmu maya ni.. Contohnya kalau korang nak cari satu hadis @ ayat Al-Quran. Lepas korang dah cari tu, pastikan korang cari lagi dari sumber lain. Sebab ade hadis @ ayat Al-Quran @ sejarah2 nabi yang telah di ubah maksud.. Lepas korang dah cari2 tu cuba la untuk bertanya pada ustaz @ ustazah @ orang yg tahu la untuk kesahihan sesuatu fakta tu..

Ade jugak web yang cerita kisah nabi, cuma mereka tukarkan sikit kisah tersebut. Kalau ikutkan logik macam boleh percaya. Tapi bile kita tahu kisah sebenar,lain.....Nak belajar pasal ilmu2 hadis?Nak tahu kisah2 Nabi??Berjumpa lah dengan para alim ulama. Lagi mudah untuk berlajar.. :)

Kalau tak, memang kena tipu la dengan mereka yang nk jatuhkan islam ni. So kena berjaga2 la lepas ni ye untuk belajar dari internet. Saja mengingatkan diri sendiri dan korang2 semua..:)