Amaran Dari Kejadian Ikan Melompat-lompat Di Sabah


Berita Gempak : Mengenai " Banyak  Ikan Meloncat Loncat ke Pantai di Lahad Datu " yg Disiarkan di BULETIN UTAMA jam 8 Tdi , Aku Sendri telah mencari jawapan disebalik kejadian itu . Setelah 1Jam Lebih aku cri dkt Blogger dan di Laman Web Yg Tertentu aku mentafsir , "Subannallah" Aku bkn nak mereka reka cerita atau karut dan bukan berlagak pandai  , aku cri penyelesaian "Para Saintis" mengatakan "Jikalau haiwan di darat berlari lari atau  ikan kembali ke pantai di nyatakan mungkin Ikan Kepanasan di Dasar Laut dan Binatang di Darat Kepupusan Alam Flora dan Fauna".

Di samping itu "Para Ulama" mengatakan Pada Zaman dahulu iaitu pada zaman Nabi berlaku  kejadian seperti itu "Haiwan yg berlari lari dikatakan Allah menyampai kan Utusan yg Dikatakan "Amaran" . Para Ulama mengatakan ALLAH cuba menunjuk kekuasaan nya dgn memberi Amaran kpd kita apabila BUMI  sdg "Tenat" dgn Segala DOSA2 Di DUNIA  apabila Ramai manusia yg menyimpang dri JALAN nya , PARA ULAMA mengatakan kejadian seperti Ini banyak berlaku dia negara lain ? Seperti ACHEH , PHILIPINE , dan NEGARA2 Lain apabila selang beberapa Hari akan Berlaku Sebuah TSUNAMI Yg Besar .

Aku Sebagai UMAT ISLAM ingin Mengajak ramai2 bertaubat , Memohon keampunan , banyak2 luang kan masa dgn solat , banyak2 kan Istifar , membaca Al QURAN , menutup aurat , berhenti mengikut cara gaya Barat , di MALAYSIA belom tercipta nya sebuah teknologi yg boleh mengesan gelombang TSUNAMI seperti di jepun yg berlaku TSUNAM apabila rakyat JepunI Sempat menyelamat kan diri ? Kita pon tidak Jangka adakah betul atau pon tidak , tpi aku Sebagai HAMBA ALLAH CUMA MENYAMPAIKAN SEDIKIT INFO MUNGKIN BOLEH MENYEDARKN SESEORANG UNTUK BERTAUBAT SEBELOM AJAL DAN MAUT KITA SAMPAI .

  #copy/paste  

Teka Teki Lawak #12

Teka-teki : Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
Jawapan : Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR.

Teka-teki : Kucing apa ada tiga kaki?
Jawapan : Kucing cacat.

Teka-teki : Lembu apa ada sembilan kaki?
Jawapan : Lembu kat kaki lima.

Teka-teki : Apa persamaan antara ikan jerung dan ikan paus?
Jawapan : Kedua-duanya spesies ikan.

Teka-teki : Nama apa ada kaitan dengan penyanyi dan usahawan?
Jawapan : Ramli. (Penyanyi Ramli Sarip, Usahawan Ramli burger.

Teka-teki : Kalau gunung didaki, daki?
Jawapan : Disabun la.

Teka-teki : Makanan apa yang paling cicak takut?
Jawapan : Gula-gula getah.

Teka-teki : Kenapa orang kata alien tu wujud?
Jawapan : Sebab orang yang kata tu kawan dia.

Teka-teki : Kata ganti nama diri apa yang digunakan dalam perubatan?
Jawapan : Akupuntur.

Teka-teki : Kenapa kucing tak boleh terbang?
Jawapan : Ada ke kucing boleh terbang?

Teka-teki : Binatang apa ada kaitan dengan buah?
Jawapan : Cacing kerawit (kelapa sawit).

Teka Teki Lawak #11

Teka-teki : Buah apa yang tidak mempunyai otak?
Jawapan : Semua buah.

Teka-teki : Saya ada 5 biji epal, kamu minta 1, berapa yang tinggal?
Jawapan : Tinggal 5 sebab saya tak kasi pada kamu.

Teka-teki : Ada 7 ekor burung, 3 ekor ditembak, berapa yang lari?
Jawapan : Tiada, sebab burung terbang.

Teka-teki : Ada tak betik yang bahaya kalau di makan?
Jawapan : Ada, kalau di makan di tengah-tengah jalan.

Teka-teki : Bagaimanakah cara untuk melipat gandakan wang dengan cepat?
Jawapan : Letak di depan cermin.

Teka-teki : Antara lelaki dan perempuan, yang mana lebih banyak bercakap?
Jawapan : Perempuan, sebab mereka ada dua mulut, sedangkan lelaki ada dua kepala.

Teka-teki : Bagaimana ada seorang pemandu dapat memandu tanpa melanggar kucing di tengah jalan sedangkan lampu kereta ditutup dan hari hujan?
Jawapan : Kerana dia memandu waktu tengahari.

Teka-teki : Banyak-banyak kera, kera apa yang pandai menaip?
Jawapan : Kerani.

Teka-teki : Ali bin Abu, lembu bin apa?
Jawapan : lembu binATANG.

Teka Teki Lawak #10

Teka-teki : Orang apa boleh dibuat menggoreng?
Jawapan : Orang minyak.

Teka-teki : Kenapa sampai sekarang bigfoot masih tidak ditemui?
Jawapan : Kerana bigfoot jalan ke depan tetapi tapak kaki menghala ke belakang.

Teka-teki : Kenapa doktor bedah pakai topeng untuk tutup mulut dan hidung?
Jawapan : Kalau dia tutup mata nanti tak nampak nak menjalankan pembedahan.

Teka-teki : Jalan Ampang, bengkok di mana?
Jawapan : Di Thailand.

Teka-teki : Dia ada bulu, isi, dan batang, apakah ia?
Jawapan : Jagung.

Teka-teki : Bintang apa paling dekat dengan bumi?
Jawapan : Bintang tiga.

Teka-teki : Kenapa Superman tak kahwin dengan wonderwoman?
Jawapan : Kerana bukan jodoh.

Teka-teki : Tembak lantai kena hidung?
Jawapan : Kentut.

Teka-teki : Pohon apa paling banyak di hari lebaran?
Jawapan : Pohon maaf zahir dan batin.

Teka-teki : Besar, putih, bersayap, serta masin. Apakah itu?
Jawapan : Kapal terbang jatuh dalam laut.

Teka Teki Lawak #9

Teka-teki : Ayam apa yang bertelur di mana saja?
Jawapan : Ayam betina.

Teka-teki : Kalau bapak ayam bertelur di atas bumbung rumah, telurnya jatuh di mana?
Jawapan : Ayam jantan tidak bertelur.

Teka-teki : Kenapa anak babi jalan tunduk?
Jawapan : Kerana malu ibunya seekor babi.

Teka-teki : Kenapa anak kancil kalau jalan, melompat-lompat?
Jawapan : Kerana ibunya bukan seekor babi.

Teka-teki : Kenapa superman pakai baju ada huruf 'S'?
Jawapan : Kerana kalau pakai 'M' atau 'XL' nanti longgar.

Teka-teki : Buka baju, pakai bedak, terjun kolam... Apakah ia?
Jawapan : Pisang goreng.

Teka-teki : Katak diterbalikkan jadi katak..kopi di terbalikkan jadi....?
Jawapan : Tumpah la.

Teka-teki : Sungai apa paling tajam?
Jawapan : Dungai Lembing.

Teka-teki : Dalam bebanyak orang.. orang apa tak kawin?
Jawapan : Orang utan.

Teka-teki : Ikan apa yg miskin?
Jawapan : Ikan kering.

Teka Teki lawak #8

Teka-teki : Kalau seseorang itu kemalangan jatuh ke dalam gaung, apa yang masih hidup?
Jawapan : Cukai jalan.

Teka-teki : Haiwan apa yang mempunyai tali persaudaraan?
Jawapan : Itik beradik.

Teka-teki : Dia hidup di udara, darat, dan air. Siapakah dia?
Jawapan : Burung raja udang.

Teka-teki : Bila turun lambat, tapi bila naik cepat. Apa dia?
Jawapan : Hingus.

Teka-teki : Mempunyai 8 kaki dan boleh terbang?
Jawapan : 4 ekor burung.

Teka-teki : Berapa kaki seekor kerbau?
Jawapan : 8 (2 kiri, 2 kanan, 2 depan, 2 belakang).

Teka-teki : Apakah persamaan antara gajah dan tiang elektrik?
Jawapan : Kedua-dua tak boleh terbang.

Teka-teki : Binatang apa paling dibenci anjing laut?
Jawapan : Kucing laut.

Teka-teki : Adakah ayam berkokok siang-siang?
Jawapan : Tidak, kerana ayam berkokok (kok kerek kok).

Teka-teki : Barang apa yang lebih berguna apabila pecah?
Jawapan : Telur.

Teka Teki Lawak #7

Teka-teki : Bila dimasukkan jadi keras, bila keluar jadi lembik?
Jawapan : Stokin.

Teka-teki : Ikan apa banyak di atas jalan raya?
Jawapan : Kelisa.

Teka-teki : Datuk apa boleh terbang?
Jawapan : Datuk burung.

Teka-teki : Binatang apa selalu sakit perut?
Jawapan : Ikan kembung.

Teka-teki : Ia sebesar istana, tetapi lebih ringan daripada udara? Apakah ia?
Jawapan : Bayang-bayang istana.

Teka-teki : Saya berada di atas air, tetapi tidak boleh berenang, ataupun bergerak. Siapakah saya?
Jawapan : Jambatan.

Teka-teki : Ada 5 ekor burung di atas pokok, pemburu menembak mati 1. Berapa yang tinggal?
Jawapan : Satu, sebab dah mati.

Teka-teki : Dia adik-beradik lelaki kepada mak cik awak,, tetapi bukanya bapa saudara awak. Siapakah dia?
Jawapan : Bapa awak.

Teka-teki : Bom apa tidak meletup?
Jawapan : Bomba.

Teka-teki : Jam apa berwarna putih, dan kadang-kadang berbau?
Jawapan : Jamban.

Jawatan Kosong Terkini

Teka Teki Lawak #5

Teka-teki : Kalau kita campak batu ke dalam sungai, kenapa ia tenggelam?
Jawapan : Sebab batu tak pandai berenang.

Teka-teki : Lubang apa yang buat kita segar?
Jawapan : Lu bangun.

Satu tubuh 2 nyawa. Siapa?
Jawapan : Orang Hamil.

Teka-teki : Macamana caranya walaupun tidak membawa payung, tetapi tidak ditimpa hujam. Padahal hujan di tengah jalan?
Jawapan : Jalan je kat tepi.

Teka-teki : Antara motor, kereta, dan kapal terbang, yang mana lebih tua?
Jawapan : Motor, sebab ada tongkat.

Teka Teki Lawak #4

Teka-teki : Semakin banyak cahaya ke arahnya, semakin sukar untuk melihatnya?
Jawapan : Bayang-bayang.

Teka-teki : Nyatakan gunung yang tertinggi di dunia sebelum Sir Edmund Hilary mendaki Gunung Everest?
Jawapan : Gunung Everest.

Teka-teki : Bandar apa tiada rumah, sungai tiada air, dan hutan tiada pokok?
Jawapan : Peta.

Teka-teki : Kalau semua orang jadi monyet, monyet jadi apa?
Jawapan : Monyet jadi ramai.

Teka-teki : Apa perbezaan antara gunung, tali, dan orang?
Jawapan : gunung meletus, tali putus, orang mampus.

Teka-teki : Ikan apa nama seperti orang?
Jawapan : Ikan bakar.

Teka-teki : Burger apa yang paling happy?
Jawapan : Bergembira.

Teka-teki : Air apa paling berani?
Jawapan : Air terjun.

Teka-teki : Jin apa boleh menyanyi?
Jawapan : Jinbara.

Teka-teki : kucing apa pandai menyanyi?
Jawapan : Alleycats.

Teka Teki Lawak #3

Teka-teki : Dia mempunyai kaki tetapi tidak boleh berjalan?
Jawapan : Kerusi dan meja.

Teka-teki : Jika anda melemparkan batu kapur ke dalam Laut Merah, apa akan berlaku?
Jawapan :  Batu akan basah.

Teka-teki : Apa dia, kucing ada tetapi binatang lain tidak ada?
Jawapan : Anak kucing.

Teka-teki : Bila dicuci saya hitam, bila kotor saya putih?
Jawapan : Papan hitam.

Teka-teki : Yang mana satu lebih berat, antara 1kg kapas dengan 1kg emas?
Jawapan : Sama berat.

SMS Lawak #10

DIK.. TOLONG IKATKAN POCONG KAT KEPALA AKAK NI.. TERTANGGAL MASA DIORANG KEBUMIKAN AKAK TADI..

TOLONGLAH DIK… AKAK ADE KAT TEPI TINGKAP NI.. TENGOKLAH!!

——————

aku bencikan penipuan!
o dalam diam ko menipu!
dgr ape yg ku kate berikan tumpuan
adekah ko dan katak sepupu?

————

sebut betul betul..
rambutan, nangsat, tmemikai,keladri,nyaynok..
bersabarlah.. tiada siapa yang mahu dilahirkan sengau seperti kamu!!!

SMS Lawak #9

HP anda telah dilengkapi puzzle game. Caranya mudah saja.
Lemparkan HP anda ke dinding @ susunkan kembali.
Selamat Mencuba!

———————–

kau sungguh dinamis,
sifatmu cukup puitis,
gayamu selalu erotis,
jiwamu sungguh romantis,
caramu seperti celebrities,
tapi sayang wajahmu seperti teletubbies…

SMS Lawak #8

Ingatlah..jika dimarah kamu DIAM..
jika difitnah kamu SENYUM..
jika dikeji kamu KETAWA..
Nescaya dgn berbuat demikian,
kamu tergolong orang2 yang SOUND TROUBLE

————————

Kalau ada yg kata kamu jelek,sabar je.
Kalau ada yg kata kamu bodoh,biarkan je
kalau ada yg kata kamu dungu,Cool je.
Tp kalau ada yg kata lu cantik/hensem,
Tampar je krn itu FITNAH!

SMS Lawak #7

AnGkAT tgN!
inI RoMPaKan!
YG HenSEM Ke SeBELah KaNAn!
yG lAwA ke SeBelAh KIri!
yg WaJaHnYa hoDoH ke TeNgaH.
AWak! yE AwK jgn pUrA² bAce SMS!.
cEpAt Ke TeNGah !!

—————-

Ku hampiri katil mu…
kutatap wajahmu…
kukucup ke2 belah pipimu…
ku bisikkan ke telinga mu…

INNALILLAHIWAINNAILAIHIRROJIUUN…

SMS Lawak #6

masa bercinta marah pun manis….
baru kawin, lglah manis….
dpt anak pengalaman manis…
bila tua dpt KENCING MANIS

—————–

satu masa dahulu ada 7 org pahlawan…..
hang tuah
hang jebat
hang lekir
hang kasturi
hang lekiu
hang baca

hang BODOH!

SMS Lawak #5

Aku menjeling padamu,
kau lantas tertunduk malu.
Aku tatap wajahmu tatkala kau mengangkat malu muka.
Lalu aku pun berkata…..”KAU KENTUT iye?!”

————————–

Bila kita cantik tak siapa memandang,
bila kita baik tak siapa memuji,
bila kita susah tak siapa menolong,
bila kita jatuh tak siapa mengangkat,
Tapi………
bila kita kentut semua mata memandang.

SMS Lawak #4


Kalau dapat bini muda-nampak BABY DOLL.
Kalau dapat bini sederhana muda pula-nampak BARBIE DOLL.
Tapi bila dapat bini tua-nampak PANADOL !!

--------------------------------------

jika mentari datang memancar terik, biar aku menjadi payung mu,
jika ribut datang melanda, biar aku menjadi pelindung mu,
jika banjir datang mencurah, biar aku menjadi sampan mu,
jika ceti datang meminta hutang, biar aku lari dahulu…

Banjir Di UiTM Jengka

Bila hujan turun, bila sampai musim dia, mulalah air makin melimpah bertakung. Tanya member, katanya kat Komples siswi dah banjir. Ni sedikit gambar banjir di UiTM Jengka, Pahang. 






SMS Lawak #3


mulau mandan nyawuh ngenengah,
ngunung naik nenyemang ningnga,
anyur madan ningamung nanah,
muni yang maik ningenang nyua..

kesiannya awak..
sengau rupanya!

Teka Teki Lawak #2

S : Kenapa biri-biri putih lebih banyak makan daripada biri2 hitam?
J : Kerana biri-biri putih lebih banyak di dunia.

S : Bulan berapa perempuan paling kurang sekali bercakap?
J : Bulan Februrari, kerana ia bulan paling pendek.

s : Waktu bila jam anda berada pada pukul 13?
J : Waktu untuk baiki jam.

S : Apa beza disini dan disana?
J : Huruf 'i' dan 'a'.

S : Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba?
J : Esok (kerana apabila tiba, ia menjadi hari ini)

SMS Lawak #2


katak pisang katak puru,
adakah katak & pisang sepupu?
jangan perasan atau terharu,
bukan nak ucap kata rindu,
cuma nak ucap selamat malam to U.

SMS Lawak #1


Al-kisah SEEKOR ANAK KAMBING,
BERTANYA PADA IBUNYA.
ibu kenapa semua kambing ada bulu
dan kenapa bau kita busuk.
LALU SI IBU PUN MENJAWAB.

TAK MENGAPALAH ANAKKU, KITA BUSUK,
ORANG YANG BACA MESEJ NI LAGI BUSUK..
TAK RETI2  NAK GI MANDI…
ASYIK TENGOK HENSET JE

Teka Teki Lawak #6

Teka-teki : Kalau raja dan petani terjun bangunan, siapa yang mati?
Jawapan : Petani, sebab kalau raja dipanggil mangkat.

Teka-teki : Haiwan apa yang matanya dikaki, tanganya dikaki, dan seluruh badanya di kaki?
Jawapan : Ayam kena pijak gajah.

Teka-teki : 1 kadang-kadang, 2 jarang-jarang, 3 sikit-sikit, 4 banyak-banyak. Apa dia?
Jawapan : Nombor plat kereta.

Teka-teki : Ia boleh pecah tanpa disentuh?
Jawapan : Janji.

Teka-teki : Apakah warna telur burung merak?
Jawapan : Burung merak tidak bertelur.

Teka Teki Lawak #1

Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu

Teka-teki: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam ler.. haha

Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!

Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!

Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
Teka.. teka.. kalo terer!
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar hue hue hue!!

Teka-teki: Bulu bertemu bulu kulit bertemu kulit makin tambah rapat makin nikmat rasanyer!
Jawablah kalau bijak sangat!
Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..!

Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.

Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut EPI BESDAY

Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!

Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani

Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab!!

Lawak Kata Lawan

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

SMS Lawak


kalo aku tangkai ko daunnye,
kalo aku aur ko tebingnye,
kalo aku kumbang ko bungenye,
kalo aku langit ko buminye,
& kalo aku tarzan ko le beruknye..

10 Tahun Lagi

Apa jadi tahun depan? Dah tak lama nihh. Umur dah confirm2 akan meningkat, baju ngan seluar yang dipakai ni dah pasti saiz yang sama lagi. Tak tau bila pulak boleh tukar saiz seluar yang inchi nye semakin meningkat .

"The future depend on what you do today." (Mahatma Ghandi)

Letak benih hari ni, esok @ lusa baru mula nak keluar akar. seminggu, sebulan atau setahun dapat la hasilnya nanti. Time tu syok.

Apa yang kita buat hari ni akan beri kesan 10 tahun nanti.

Berani Gagal


Kalau diingat semula, untuk belajar meniarap masa kecik2 cuba berusaha untuk dapat pusingkan badan. Bila dah dapat meniarap mula nak merangkak. Bila dah dapat merangkak, belajar berjalan pula kemudian mula boleh berlari. Agak2 berapa kali dah jatuh bila mula belajar nak berjalan tu?

Tapi dari jatuh tu la semakin belajar untuk bertambah baik. Bila jatuh tapi tak bangun semula untuk terus belajar berjalan, apa akan jadi agak2? Pandai ke untuk kita berjalan macam sekarang ni?

Untuk belajar berlari tu, berapa kali dah tersadung kaki tu?  Sakit sekejap lepas tu lari lagi. Dah boleh berlari laju menang pulak acara lumba lari.  Seronok tu.

Sama juga dengan kehidupan sekarang. Tempuh kegagalan untuk capai kejayaan. "without mistakes, how would you learn?" (sumber tak tau :3)
-menyedarkan diri sendiri

3D Jalan Rosak


Asyik hujan je, jalan pon dah berlopak dah ni. Ke mcam mana? Ada boleh buat 3D punya macam ni? Letak kat jalan, ha slow la kereta yang bawak laju tu. Tapi bahaya jugak bila brek mengejut kan?

Tapi mungkin boleh letak kat kawasan perumahan kot. Kadang2 kereta pon laju jugak kat kawasan perumahan ni, bahaya untuk kanak2 dan haiwan peliharaan kat kawasan perumahan tu. 

Ni memang best. Try buat sekeping, ha amek kau... bukan 3D dah jadinya, dah tak ghaye lopak dah. :3

Hati-hati Dengan "Subliminal Message"



Subliminal message adalah "pesanan tersembunyi". Dimana mesej yang disampaikan tanpa kita sedari dan secara halus melalui pelbagai cara. Kebiasaannya digunakan dalam gambar, video dan juga iklan.

Kebanyakan yang menggunakan subliminal message adalah illuminati dimana mereka mahu menjatuhkan islam. Boleh dilihat dari cerita kartun yang dimasukkan dengan subliminal message ni. Contoh kartun yang ada seperti Aladdin, Little Mermaid, The Hutchback of Notre Dame, The Lion King, Mickey Mouse dan banyak lagi.

Mesej yang dimasukkan pada cartoon (ada juga bukan cartoon) dan akan dilihat oleh kanak2. Dari kanak2 telah diserang secara halus. Ditanam dengan perkara yang tidak elok. Bila semakin besar macam2 boleh jadi. Bukan sahaja kanak2, orang dewasa juga ada iklan2 dan cerita2 yang telah dimasukkan subliminal message yang tak elok ni.

Nak tau lebih, boleh cari lagi untuk lebih lanjut tentang subliminal message ni. =)

Lada Turunkan Berat Badan



Biasa makan pedas2, sampai berpeluh, berair mata. Makan pedas minum pulak air panas, wooahh... syok ke?  Tapi ada jugak khasiatnya makan pedas ye. Betoi ka ni boleh turun berat badan? Moh kita tengok dulu.

Dalam lada ada mengandungi capsaicin dimana membantu mempercepatkan metabolisme dan membantu tubuh membakar kalori dengan lebih cepat. Capsaicin juga akan meningkatkan suhu tubuh badan dan meningkatkan kadar degupan jantung. Itu lah makan pedas je mula la start rasa nak berpeluh.

Lada dapat turunkan berat badan. Betol ke Bohong? :3

Kenapa Air Laut Masin?


Tengah duduk2 ni terfikir sebab apa air laut ni masin. Hujan tak pula masin, tawar je. Bila dicari- cari maka dapat la sebabnya. 

Air laut bermula dari sungai dan air yang mengalir dari sungai tersebut akan menghakiskan sedikit garam mineral pada batu2 dan tanah pada sungai. Air yang mengandungi garam mineral ni akan dibawakan ke laut. 

Air sungai pula hanya menghakiskan sedikit garam pada batu2 dan tanah, jadi air sungai tidak la terasa masin macam air laut. Laut menjadi salah satu tempat air sungai terkumpul. 

Hanya molekul air yang akan tersejat manakala garam akan tertinggal dalam laut. Kepekatan garam semakin bertambah kat laut. Hujan pula hanyalah air biasa dan ia adalah tawar sebab garam tak tersejat sama dengan wap air.

Jadi pokok boleh la menikmati air hujan yang segar tanpa mematikan pokok tersebut. Kalau ada garam sekali masa hujan mahu mati pokok tu. huhu =)

Sekian~

Hadis (ketika dicaci)


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w  sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w,  apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?

Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.

(Hadith Riwayat Ahmad)

Jawab Salam Dari Orang Tengah



97% muslim yang aku jumpa bila disebut:

"Wei,mat kirim salam..."

Akan dijawab..

"iyee ke?WA'ALAIKUMUSSALAM....."

Ok.....

Nmpk mcm tak da masalah kan?

Tertanya2 kan apa masalahnya kan?

Ya..memang ada masalah....

Jeng jeng jeng........... =.="

Sebenarnya,jelas di dalam hadis nabi saw,nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen(org tengah) maka jawapan yg diberi kepada kiriman salam tu bukannya, 'waalaikumussalam' tapi.....

" wa'alaika wa'alaihissalam "

Sbb apa?

Mat suruh abu kirim salam kat ma'il..

Ma'il jwb " wa'alaikumussalam "

Sdgkan:-

Wa'alaikumussalam= selamat sejahtera ke atas KAMU

jadi salam mat kpd ma'il tak terjawab kan?sbb ma'il doakan salam tu kepada ABU SEDANGKAN ABU TU ORG TENGAH..

Manakala:-

Wa'alaika wa'alaihissalam = dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera.

Maka salamnya terjawab.... Indahnya islam...

Note: hukum memberi salam itu sunat,tapi menjawab itu wajib..jadi kalau salah jwab,bermakna MASIH BELUM JAWAB....

#COPYPASTE#

Startmonthlyjob.com Penipu

Ingat lagi pasal pos sebelum ni pasal startmonthlyjob.com? Saya dah cuba buang masa dalam 3 hari nak tengok betul ke tipu web ni. Bawah ni gambar income saya dapat untuk web tu.


$1085 ya.. Tapi bila cuba tekan untuk withdraw, nak download form withdraw duit tu dapat pulak tahu macam  dalam gambar bawah ni..,


Kesimpulannyanya, memang startmonthlyjob.com adalah tipu. Memang dah agak dari awal dan dah tahu dah bila cek pasal web ni. Tapi saje cuba dan ni hasilnya. haha Pada yang tengah cuba promote lagi menda ni berhenti je la promote. Web ni cuma nak dapatkan trafik je kot. Sama la macam PRELAUNCHX sebelum ni. Saja buat2 "hot" sekejap. huhu
Sekian~

Mudah Dapat Duit



Ada korang yang minat nak buat duit semasa online?? Ni 1 lagi program PAY PER CLICK yang mudah. Korang register free je. Lepas tu da boleh start promote. 1 klik korang akan dapat RM0.15. Kalau dapat 100 klik dapat la RM15. Kerja korang hanyalah perlu promote link korang je. Bila orang klik korang akan dapat la income korang. Mudah kan?


Atas ni contoh untuk jumlah klik yang korang dah promote and korang akan dapat. Kalau rasa nak cuba2 try boleh la try je tengok web http://iklansticky.com . Semoga berjaya menghasilkan income korang. 
Sekian ~

Betul ke STARTMONTHLYJOB ?


Baru2 ni ada terjumpa 1 web contoh kat atas ni. Ni adalah web pay per click dan dapat juga income dari invite orang lain. Tapi betul ke ni? Sekadar saja2 nak cuba buang masa nak tengok betul ke tidak boleh la kot. Tapi jangan percaya 100%. Apa2 pasal ni nanti saya akan update semula la. Saya pon ada jugak cuba buang masa sikit dengan menda ni.

Join free je, tapi income yang dia akan bagi tu macam agak mengarut je. Sebab besar sangat. 1 klik dapat 5$, sorang join dapat 10$. Pelik sikit la. Mudah betul nak bagi duit macam tu. Apa2 update, betul ke bohong....hehe saya akan update lagi nanti.

Sekian~

Nak Makan Jangan Berkira?

          Bila tengah duduk sorang2 terfikir pulak ayat ni " Nak makan jangan berkira". Nak berkongsi sikit la dari pandangan saya seorang budak baru belajar ni. Nak makan tu tak kisah la apa pon nak makan kan. Teringat pulak time praktikal. Masa duit tengah pokai2 punya la berjimat nak makan tuh. Bila dapat elaun praktikal je, sedap la sikit makan. Time belajar pon lebih kurang la. 


        Beli la kalau rasa nak beli apa2 untuk makan. Rezeki kan... Tapi bila tengah pokai tu memang terpaksa la berkira kan. Duit ada berapa hinggit je tak kan nak pergi makan kat mcd. Makan tempat macam tu boleh la sekali sekala kan. Untuk kesihatan jugak sebenarnya.

        Tapi, tadi ada terfikir lebih baik berkira dulu. Ha... Ni untuk korang yang rasa duit tu selalu tak cukup dan terasa nak kumpul duit la. Ye la, duit tengah tak de nanti gi beli pulak makanan yang rasa nak puas hati je kering la jadinya. Biasa awal bulan mcd akhir bulan maggi. Cuba kawal belanja. Cthnya macam pokok la katakan... Pokok tu baru je nak membesar kita dah patahkan pucuk, patahkan dahan. Baru je nak berbunga nak berbuah, pegi buang pulak dahan yang nak berbuah tu. Nak dapat hasil, tapi lain jadi. Simpan duit, bukan sekadar simpan, tapi cuba labur. Pasti duit tu akan bertambah lagi kan. Nanti kamu juga yang senang. :)

        Bila dah berduit nanti, nak makan pon tak payah da nak berkira sangat. Makan tapi duit masuk. Kan best macam tu. Sekian~~

Intipati Bajet 2014


KUALA LUMPUR 25 Okt. - Berikut ialah intipati Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.

Bajet 2014 bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji".

Lima teras utama bajet ini ialah merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, menggungul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar dan mensejahtera kehidupan rakyat.

* Peruntukan RM264.2 bilion bagi melaksanakan langkah-langkah, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

* Belanja mengurus RM217.7 dan RM46.5 bilion belanja pembangunan.

* RM63.6 bilion diperuntukkan bagi emolumen dan RM36.6 bilion disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan.

* Sejumlah RM29 bilion diperuntukkan untuk sektor ekonomi.

* RM10.5 bilion bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM3.9 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM1.1 bilion (pentadbiran am) dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Kutipan hasil diunjurkan RM224.1 bilion, naik RM4 bilion

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan berkurangan kepada 3.5 %, berbanding 4 % pada 2013.

* Kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi tahun 2013 dan 2014 untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan, meliputi program promosi dan pengiklanan Tahun Melawat Malaysia 2014, dengan sasaran 28 juta pelancong.

* Tahun 2015 diisytiharkan sebagai Year of Festival.

* Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek

* Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.

* Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah.

* Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.

* Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.

* Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.

* Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.

Credit to : Utusan.com.my

Rasa Terkena Pulak Dengan CELCOM


          "Broadband weekly" ---> "Broadband Yes"  ---> "Sorry, your earlier request is still in progress. " . Apakah?? Pastu try la cabut sim dari handphone then letak kat broadband and try online. Aktiviti masa online adalah bukak chrome pastu bukak google.com . Cek kredit kena tolak rm0.10. Terus disconnect pasang balik kat handphone. Maknanye memang tak boleh pakai lagi la pakej ni. Tengah hari pulak nak try yg sebulan punya RM38. Pegi la kedai beli topup pastu topup la kat no nak beli pakej broadband ni. Selesai je topup tengok baki ada tapi kurang dalam RM8 - RM9. Pelik bin hairan nihhh. 


         Bila da terasa kredit macam hilang saya pon call la akak and abang celcom ni. Bila call tanya dia nak cek penggunaan untuk nombor saya. Bila da siap sahkan pemilik no dia pon cek. Katanya kredit tu disebabkan ada guna internet pagi tadi. Ok. Dah tau la kan sebab apa. 

         Apa yang paling best sekali adalah saya hanya online bukak google pastu terus off semula. Masa yang diambil dalam seminit and web yang dibuka adalah google je. Hanya seminit tapi bayaran yang dikenakan sehingga RM8 - RM9. Terfikir seketika... Berat jugak ye page google ni. =,=""" Sebenarnya What The F**k . Ok. Ni bisnes celcom.


         Pengajarannya pasni dah tak nak la online guna Celcom selagi tak sahkan pakej broadband berjaya. Sekian~~~~~

Pelaburan dengan RM2



          Tengah belek2 cari baju tadi, belek sampai last baju ada la surat khabar buat alas baju ni. Terdetik pulak nak selak surat khabar ni pastu terjumpa la selonggok syiling kat situ. Kira2 syiling tu dalam RM2 la ada. Tapi tak ingat la pulak da berapa lama da letak kat bawah tu. Ada kot dalam 4 @ 5 bulan @ lebih jugak..hehe

          Ha... Masa tu jugak la terpikir, letak bawah surat khabar ni RM2. Lepas 5 bulan tetap jugak la sama bentuknya dalam 5 @ 6 keping besi yang harganya tetap RM2. Terlintas la pulak bab melabur... Melabur kat bank? Melabur dengan beli emas? Ataupun beli barang dengan harga RM2 jual dengan RM4? Melabur dalam hartanah? Saham? Pada korang apa lagi? tapi dengan RM2 boleh ke nak labur beli emas, hartanah @ saham? o.O

         Disebabkan belajar dalam bab pertanian, terfikir la pulak kalau melabur dari segi pertanian pulak. Kenapa la saya tak beli je biji benih RM2 pastu tanam kan. Ni pendapat saya la... Ok. Beli benih cili padi dengan harga RM2. Dalam 1 peket tu ada la dalam 60 biji. Lepas tanam 50 biji benih je yg ok dan hidup. Katakan 1 pokok dapat hasilkan 1 KG. 50 pokok dapat 50 KG. Harga pasaran katakan RM10. Dapat la RM500 (50 X 10) kan??

          RM2 hasilkan RM500 untung kasar. Tolak2 dapat la dalam RM300 kot. Hmm.. boleh tahan jugak tu. Ni sekadar pandangan je dari budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan. Ngeh3~ Kalau gitu kena laburkan la duit syiling ni. Ha. labur ngan lebur tu lain2 ya. Kena betul pilih mana nak tu. Heeee :D 
         Ada idea lain? Berminat kongsi cara besarkan lagi modal RM2 boleh komen kat bawah ye. Sama2 kita belajar.. Sekian~

Penanaman Hidroponic

Tengah usha video kat youtube tiba2 terjumpa pulak ngan video ni. Agak menarik. Jom sama2 kita tengok...

Tips Pilih RUMAH SEWA

Kali ni saya nak share sikit tips yang mungkin boleh korang pilih untuk sewa rumah. Tak kan la korang tak tengok rumah terus sewa kan. Tempat korang sewa tu mesti la kena betul kan. ok... Tengok dulu jom.

LOKASI

  • Yang ni bagi saya agak penting la untuk korang pilih. Macam saya sebelum ni sewa di Jengka. Rumah yang saya dan member sewa boleh dikatakan dekat la. Kalau korang student, Pilih tu yang agak berdekatan dengan tempat korang belajar la. Macam tu Jugak la kalau korang bekerja. Lokasi jugak boleh mempengaruhi harga sewa rumah tu.
JENIS RUMAH
  • Kalau sewa rumah  macam banglo tak kan la nak sewa murah. Konpem la mahal. Saya cadangkan pilih la rumah yang belum di tambah2 (renovate) lg. Biasanya harga yang belum renovate ni murah sikit la dari yang dah renovate ni. Ada jugak rumah kedai. Yang ni bergantung jugak la harga dia. Tapi kebanyakan nye kalau rumah kedai akan bayar per orang la yang saya tengok.

JUMLAH BILIK
  • Pilih la jumlah bilik yang berpatutan dengan harga yang korang akan bayar. 2 bilik ke, 3 bilik ke, 4 bilik ke, 5 ke. Pilih tu biar kena la dengan jumlah yang korang akan duduk kat umah tu.


BIL
  • Kalau bil ni tanya la terus dengan owner umah yang korang akan sewa. Samada termasuk dalam sewa yang korang dah bayar ataupun korang kena bayar sendiri. Tambahan pulak internet. Kalau da ada untung la. Kalau tak ada tambah sendiri la macam kami masa rumah sewa kat Jengka.
TOILET
  • Ha... yang ni korang cek la dulu dalam umah tu  elok ke tak tandas nya. Tak nak nanti jadi macam saya crita sebelum ni kan..huhu

DEPOSIT
  • Tanya awal2 berapa deposit yang perlu dibayar. Deposit 2 bulan ke, 3 bulan ke kan. Yang penting bagi saya adalah korang kena lah catit bayaran yang dah korang buat. Ni sebagai backup la kalau apa2 jadi. Kalau owner kata tak bayar korang boleh la tgk balik bila yang tak bayar tu. Pernah ada kes ni.
Itu je la yang dapat dikongsi ye... Mana kurang tu sory la ye.. Sekian~~

RUMAH SEWA DI JENGKA



Teringat pula masa menyewa kat Jengka sebelum ni. Memandangkan tak dapat duduk kat kolej U dah. Kami terpaksa la mencari umah sewa kat area Jengka. Terima kasih la pada member saya yang dah carikan umah tu sebelum ni. Masa member ni cari umah, saya tak la tgk skali tp ok kan je la yang diorang pilih asal dapat duduk.

Masuk je sem, baru la tengok umah sewa tuhh. Emm..memula skali nak bagitau gambar rumah yang kat atas tu hanyalah sekadar hiasan. -.-" Bila tengok umah yg sewa tu, saya tengok bahagian tingkap. Tingkap ada tapi tak ada besi penghalang. Ala nak elakkan apa-apa yang tak nak terjadi la. Tarik je cermin tingkap pencuri dah boleh masuk. apakah??

Gambar hiasan je ok

Rumah yang kami sewa ni masuk 8 orang. Dalam rumah ada 2 bilik tidur. 1 bilik ada 3 katil, jadi hanya lah 6 orang untuk 2 bilik tu dan lagi 2 orang akan dicampakkan ke ruang tamu yg kecik. Dalam 2 orang tu, saya adalah salah sorangnya. =.="" Terima kasih la pada sorang member nih yang baik hati bagi pinjam toto. Tu la bilik kami berdua. Disebabkan duduk kat ruang tamu, saya mintak kami berdua diturun kan harga sewa. Kami 2 hanya bayar RM80 seorang dan member lain yang dapat bilik RM100.

Bab makan tu xpe la. Tak jadi masalah la katakan. Kadang2 memasak kadang2 makan luar. Cuma yang jadi masalah adalah bab tandas. Untuk mandi tak de la masalah. Boleh dikatakan ok. Walaupun pintu tandas ada jugak yang buat kaki member2 luka. Tapi ok lagi la. Tapi kalau bab tempat tandas nak buang air besar, memang besar la masalahnya. Masalah tu muncul bila lubang tandas tu mula memuntahkan sisa2 yang ada. perghh.... Yang ni memang tak tau la nak kabau. Hujan turun je mula la tandas tu jadi mual2. Kalau ok tak la dia muntah. Tapi Jadi macam sinki yang tersumbat la. Bila ada je latihan terjun dalam air tu(Kita yang serumah korang paham la kan. Hehe) perghhh.. Air yang terpercik tu menghasilkan gelombang yang besar. Terpaksa la berjaga2.
Cukup la sekadar gambar sinki sebagai contoh..

1 lagi masalah yang selalu muncul bila rumah yang kami sewa tu tak ada air. Bangun pagi je air tak ada. Tapi lagi pedih bila sakit perut air tak ada. Haha.. Korang pikir la. 

Dekat kawasan rumah yang kami sewa tu kadang2 time malam ada jugak la haiwan yang bermain kawasan rumah tu. Kebiasaannya kat belakang rumah la. Balik je dari kelas malam nampak la 3 @ 4 ekor yang berkeliaran kat situ. Haiwan ape ye? Hidung dia naik2 ke atas sikit tu. cuba tengok gambar bawah ni. Ha. Konpem tau punya.


Untuk masalah kat umah tu, saya mintak supaya owner umah ni tambah la sikit @ betulkan sikit. Saya ada la suruh dia betulkan jalan masuk umah(x penting sgt), tambah besi penghalang kat tingkap, dan betulkan tandas. Yang dia baiki adalah lampu yang tak elok kat tandas. Lepas tu dia pon menghilangkan diri dan akan terngiang-ngiang la suara dia bila akhir bulan untuk mintak duit sewa. DUIT SEWA RUMAH.. DUIT SEWA RUMAH.. DUIT SEWA RUMAH.. Ok selesai sudah buat masa ni kisah kami berlapan menyewa rumah di jengka.

Pada korang yang akan menyewa nanti, pilih la rumah untuk disewa tu sebaik mungkin. Paling kurang puas hati jugak la bayar tu. Sekian~~

Pokok Duit


Huihh.. Lame doh tak berkongsi sini.. Kali ni rase nak share pasal buat duit pulak.. Tapi ni buat duit bukan macam keje.. Ni duduk2 dapat duit la.. Haishh.. Bukan nak ajak buat bisnes goyang kaki la.. Ha.. Tanam pokok duit duit..hee

Cari benih yang sesuai.. Benih yg sesuai ni bukan la cari benih pokok duit2.. Ni adalah apa punca/ sumber @ apa yg boleh dijadikan permulaan untuk duit tu akan berkembang nanti.. Senang kata pelaburan la..

Pelaburan yang boleh buat?? Emas.. Wah..ok ape emas.. Harga makin lama makin naik.. katakan beli tahun 2013 harga RM189.. Jual 5 tahun lepas tu.. Ha.. Harga da jadi RM250 la katakan.. Kan da untung tu.. Ni la kalau guna benih emas.. Beli Emas pastu Tanam.. Haha..Bukan tanam ye.. Simpan la..

Labur dalam saham.. Unit trust?? ASB?? @ ape2 la kan.. Mana2 boleh la.. Tapi....... Ha.. Cari la yang mane perlaburan tu bersih.. Dan yang boleh labur tanpa was2!!hehe

Lepas tu..... Aishhh.. Ni la dulu den blanjo korang sume.. Lain kali la pulak den belanjo lagi..heee~~
 

Jangan Bangga

Ingatan pada diri sendiri :


  • Jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita adalah tanah liat
  • Jangan bangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir kita adalah kubur
  • Jangan bangga dengan baju yg mahal kerana baju terakhir kita adalah kain kapan
  • Jangan bangga dengan kereta @ moto besar kerana kenderaan kita yg terakhir adalah keranda
  • Jangan bangga dengan minyak wangi berjenama kerana wangian terakhir kita adalah kapur barus

Keburukan Korek Telinga

SEJAK kecil lagi kita telah didedahkan dengan kaedah mencuci telinga yang telah diamalkan secara turun-temurun oleh mereka yang lebih berusia daripada kita.

Baik dengan menggunakan putik kapas oleh mereka yang dikatakan tergolong dalam kategori moden, mahupun penggunaan benda-benda tajam atau secara spesifiknya pin rambut oleh mereka yang agak tradisional.

Kedua-duanya digunakan oleh mereka yang mempunyai niat dan tujuan mencuci telinga yang kononnya kotor dan tersumbat dengan tahi telinga.

Ada yang menjadikannya sebagai satu rutin atas dasar telinga perlu dicuci selalu dan ada juga yang telah menjadikannya suatu amalan yang tidak boleh ditinggalkan setiap kali selepas mandi disebabkan oleh kerana terlalu biasa dengan amalan mengorek telinga.

Bagi mereka yang tidak berapa berkemampuan pula, agak jarang mereka dapat merasai nikmat mengorek telinga dengan menggunakan putik kapas. Jauh sekali untuk menjadikannya sebagai rutin harian.

Lantas, golongan ini sering dianggap tidak pandai menjaga kebersihan diri kerana membiarkan tahi telinga terkumpul dalam lubang telinga.

Tanggapan salah

Mungkin suatu pendedahan atau maklumat baru yang agak mengejutkan sekiranya anda diberitahu bahawa penggunaan putik kapas sebenarnya bukan sahaja tidak mampu membersihkan telinga, bahkan ia boleh menyebabkan masalah gangguan pendengaran.

Itulah hakikat sebenarnya jika anda bertanya kepada pakar telinga di mana-mana klinik atau hospital swasta sekalipun.

Itu bukanlah suatu yang menghairankan kerana kepercayaan yang kurang tepat ini tidak begitu terdedah kepada masyarakat awam.

Hanya mereka yang mengalami masalah tersumbat tahi telinga sahaja yang mengetahuinya kerana tabiat mengorek telinga secara rutin inilah yang menjadi punca yang membawa mereka ke klinik berjumpa doktor.

Lilin telinga

Sesungguhnya manusia diciptakan dalam sebaik-baik kejadian, lengkap dengan mekanisme yang membolehkan kita menjalani hidup yang selesa, walaupun tanpa pengunaan perkakasan tambahan.

Saluran telinga manusia mempunyai bahagian yang dilapisi kulit yang menghasilkan lilin telinga (ear wax).

Saluran telinga mempunyai struktur menyerupai rerambut halus di bahagian menghala ke luar, dan bahagian tanpa rerambut yang letaknya lebih ke dalam yang hampir dengan gegendang telinga.

Lilin telinga, yang ramai antara kita mengenalinya sebagai tahi telinga, terhasil daripada kelenjar yang terletak di bahagian yang lebih ke luar daripada keseluruhan salur telinga.

Majoriti dalam kalangan masyarakat menganggap lilin telinga ini kotor dan perlu dicuci, dan fahaman ini sebenarnya adalah salah!

Kesan mengorek telinga

Menjadi sesuatu yang lumrah bahawa apa sahaja yang dijenamakan sebagai ‘tahi’ itu perlu dicuci. Di sinilah timbulnya kesilapan yang pertama.

Lilin telinga terhasil daripada proses fisiologi dalam diri manusia. Amaun yang dihasilkan amatlah sedikit.

Apa yang menjadikannya banyak ialah tindakan kita yang sering mengganggu proses pencucian lilin telinga ini yang sepatutnya berlaku tanpa diganggu.

Rerambut halus yang terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah diprogramkan untuk ‘menyapu keluar’ lilin telinga ini.

Disebabkan itulah bagi mereka yang tidak menggunakan putik kapas, akan terasa seperti debu-debu berhampiran dengan kawasan cuping telinga.

Itu sebenarnya ialah lilin telinga yang secara automatik telah disapu keluar oleh petugas-petugas yang sentiasa bekerja di dalam telinga kita.

Apabila tugas mereka diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah lilin telinga akan terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih ke dalam.

Sampai ke suatu tahap, kita akan mengalami apa yang dikenali sebagai kurang dengar jenis konduktif (conductive hearing loss).

Tidak kurang juga kes-kes di mana hujung kapas terlucut daripada bahagian plastiknya dan menyebabkan ia tertinggal di dalam lubang telinga.

Ia tidak dapat dikeluarkan di rumah oleh pesakit sendiri atau kawan yang ingin membantu. Ini kerana lokasinya yang agak jauh ke dalam, ruangnya yang sempit serta susunan saluran telinga yang tidak lurus sepenuhnya.

Pengeluaran kapas berkenaan biasanya memerlukan pemeriksaan mikroskopik dan putik kapas yang tertinggal diambil keluar dengan menggunakan forseps.

Ada juga di kalangan kita yang menggunakan benda-benda yang lebih berbahaya seperti pin rambut, lidi, hujung pensel dan sebagainya untuk mengorek telinga.

Penggunaan alat-alatan ini lebih mengundang padah kerana ia akan lebih mendedahkan pesakit kepada kecederaan yang serius seperti luka pada saluran telinga dan kerosakan pada gegendang telinga selain daripada ia turut mendedahkan kepada risiko jangkitan kuman pada saluran telinga yang dipanggil otitis eksterna.

Kurang dengar

Apabila terlalu banyak lilin telinga yang termampat dan terperosok ke dalam, ia semakin menghampiri gegendang telinga.

Gegendang ini berfungsi sebagai penukar daripada tenaga bunyi kepada tenaga getaran atau mekanikal.

Apabila ada sesuatu yang menyentuh apatah lagi menghimpit dan menekan ke atasnya, maka sistem konduksi bunyi akan terganggu dan terjadilah masalah pendengaran.

Perlu difahami, kehadiran gumpalan lilin telinga yang termampat akibat sentiasa ditolak masuk oleh putik kapas akan menyebabkan gelombang bunyi yang sepatutnya masuk ke dalam telinga akan terhalang.

Lantas, jumlah stimulasi bunyi yang sampai ke gegendang untuk diinterpretasi akan menjadi minimum dan mungkin tidak cukup untuk tahap pendengaran yang jelas.

Rawatan

Pesakit selalunya akan hadir ke klinik dan hospital apabila terjadinya masalah pendengaran yang mengganggu tugas harian mereka.

Ada juga di kalangan pesakit yang menghadapi bunyi bising (tinnitus) di dalam telinga. Setelah menjalani pemeriksaan dan lilin telinga termampat disahkan, doktor akan menggunakan beberapa kaedah untuk mengeluarkannya.

Kaedah konvensional yang digunakan ialah dengan memancutkan air suam ke dalam telinga dengan menggunakan picagari (ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang terlatih sahaja).

Dengan cara ini, lilin telinga akan menjadi sedikit lembut dan lama-kelamaan ia akan terkeluar dengan arus air tersebut.

Bagi sesetengah kes pula, ketulan-ketulan yang terlalu keras dan mampat akan dilembutkan terlebih dahulu dengan sejenis ubat titis telinga dan kemudiannya barulah lilin termampat tadi mudah dikeluarkan.

Sesetengah hospital, terutamanya hospital besar yang mempunyai perkhidmatan pakar telinga, kaedah penyedutan lilin telinga di bawah pemeriksaan mikroskopi boleh dilakukan.

Apabila lilin telinga telah dikeluarkan, biasanya pesakit akan memperoleh tahap pendengaran seperti sedia kala.

Bunyi bising dalam telinga atau tinnitus akan hilang dan rasa selesa kembali dinikmati. Nasihat yang diberikan ialah supaya pesakit tidak lagi menggunakan putik kapas pada masa akan datang.

Kita perlu ingat bahawa badan kita telah diciptakan dalam keadaan yang cukup baik dan serba lengkap.

Sebarang manipulasi hendaklah disertakan dengan ilmu yang mencukupi agar kita tidak ditimpa mudarat.

Benarlah kata orang-orang tua bahawa menjaga kesihatan dengan cara mencegah adalah lebih baik, lebih selesa, lebih mudah dan jauh lebih murah daripada merawat



Credit to : http://www.utusan.com.my

Tips Ambil Gambar Kahwin


1 . Bersedia , sampai awal. Lihat persiapan pengantin, berkenalan dengan ahli keluarga pengantin. Capture dengan kreatif, sedang makeup, sedang bersiap atau sedang berbual, merenung, bercakap dalam telefon. Guna over expose pun boleh.


2. Extra shot : Fokus secara manual atau guna mid-range aperture such as f/6.3 - f/8. Ambil gambar kasut, cincin, bunga, gelas, pakaian , atau apa saja yang berkaitan yang rasanya ia menceritakan sesuatu.

3. Setelah sampai ke masjid / dewan / rumah : Gunakan flash jika perlu . Jangan buang masa, ambil sahaja gambar keadaan manusia yang terlibat dalam majlis itu, props dan aksi pengantin atau pengapit. Jangan ambil dari dalam kereta atau jarak jauh. Ambil dalam keadaan yang paling unik. Dan bersedialah kerana waktu inilah keadaan dan moment serta aksi tak terjangka akan wujud.



4. Ketika majlis :
Nikah : Ambil wajah ibubapa pengantin, reaksi pengantin sebelum dan selepas . Tok kadi dan pengapit. Sertarekaan  mas / mas kahwin  jika ada .

Sanding dan beradap : ambil gambar aturcara , ambil gambar di penyambut tetamu, ambil gambar laluan pengantin, ambil gambar menepung tawar , ambil gambar prop dan elemen yang menangkap.

5. Berakhirnya majlis .
Dari jauh, dari belakang, long -shot juga sesuai untuk shot 'akhir' begini.

6. Pengantin .
Ini kena kreatif. Biar ada konsep . Sekarang ada pra-wed (vid atau gambar) juga. Gunakan teknik , mula-mula guna jarak paling jauh , diikuti separuh dan last sekali ambil close-up. Ambil dari pelbagai angle dan posisi.

Antara wedding concept / tema perkahwinan popular kini (post-wedding)  / trend :

- Trash The Dress ( TTD ) - Urban style , Comot, kotor
- Theme Fantasy Love / cinta fantasi ( contoh : - Di taman bunga .Ketika matahari terbit atau terbenam)
- Theme Romance Moments / Detik-Detik Romantik (Aksi romantis , comel-comel.  )
- Theme Casual (Santai) - Sekolah , imbas kenangan.
- Theme Casual/ Romantik (Aksi bermain dengan pelepah dan pokok.)
- Theme Casual /  Cute / Sweet : Aksi di sawah , atau berbasikal.
- Theme Picnic  (air terjun, pantai)
- Stylo Theme , Gothic theme, sport theme . (creative kan ? )
-  Di rumah / bangunan lama atau di mercu tanda popular
- Di tempat peranginan , atau perkelahan. (Casual / Romantic)
- Theme Classic (tradisional )

- tak taulah jika ada yang nak buat konsep perkahwinan yang thrill (seram kejam ) yang menjadi trend popular sekarang terutama di California.

7. Jangan lupa.
Ambil gambar berkumpulan hadirin serta detail , hidangan atau perhiasan yang ada disekeliling majlis. Ambil gambar orang-orang penting dalam majlis. Acara sampingan (jika ada , selalunya mengaji sebelum nikah, atau menyanyi menari selepas sanding ,atau ucapan, perlu diambil untuk memberi great moment atau nilai tambah dalam koleksi gambar perkahwinan mereka )



List perlu disenarai :
-Tahu lokasi
-nama pengantin
- bateri chargepenuh /spare
- Bersihkan camera sensor.
- Memory card kosong ?
- Aturcara majlis .
- Flash / lensa tambahan .

Shot wajib ambil : Nikah  (doa , salam aqad , reaksi sebelum selepas pengantin dan keluarga, sujud syukur ) ,Sanding ( duduk berdua , tepung tawar, doa, senyum , saling berpandangan , berjalan sama , potong kek  , acara tambahan dan orang penting yang terlibat )


Credit to : arnamee.blogspot.com

Bahaya Air Minuman Cool Blog

KL Mendengar hasil penelitian University Hospital Aachen Jerman, mungkin membuat kita tidak lagi tergoda dengan segarnya bubble tea atau bubble drink. Bebola lembut yang menjadi daya pikat minuman ini dilaporkan mengandungi senyawa kimia pembangkit penyait barah.

Tidak hanya senyawa karsinogen biphenyls aspolychlorinated, materi kimia berbahaya lainnya juga terkandung: styrene, acetophenone, dan brominated. "Semua bahan itu seharusnya tidak ada dalam makanan," kata pengkaji, Manfred Moller, kepada akhbar Jerman, The Local.

PCB terbukti menimbulkan efek merugikan kesihatan. Menjadi biang keladi pertumbuhan sel-sel barah, gangguan sistem kekebalan tubuh, gangguan sistem reproduksi, kerosakan sistem saraf, dan kekacauan sistem endokrin.



Styrene tidak kalah bahayanya. Senyawa kimia yang banyak dimanfaatkan untuk bahan baku getah sintetis, stereofoam, pelapis kertas, dan plastik ini terbukti menyimpan efek karsinogen dan racun yang memicu gangguan pada ginjal, sistem pencernaan, dan saluran pernafasan.

Acetophenone yang merupakan senyawa aromatik keton inipun memiliki efek serupa. Hasil riset ahli zat holistik, Michelle Schoffro, menyebut senyawa kimia tersebut berpotensi membangkitkan barah, kerosakan pembuluh darah, dan gangguan saraf otak jika terhirup.

Sementara efek brominated tidak separah tiga senyawa kimia lain. Bahan aditif yang banyak digunakan dalam produk minuman ringan ini rentan memicu gangguan kesihatan seperti tremor, hilangnya memori, dan sakit kepala. Itu terjadi ketika asupan melebihi batas. Efek lain yang menjadi sorotan dalam penelitian itu adalah risiko tersedak. Terutama di kalangan kanak-kanak.

Menghisapnya melalui sedotan besar, bebola kenyal itu masuk ke saluran pernapasan dan paru-paru. Atas semua itu, otoriti kesihatan Jerman itu, mulai memperingatkan masyarakat untuk menghindari produk minuman tersebut. Bimbng atas informasi ini adalah wajar. Minuman asal Taiwan itu begitu mudah kita jumpai di kedai-kedai minuman, terutamanya di Indonesia, beberaapa negara Asia dan menjelajahi seluruh dunia.

Credit to : carigold.com

9 Pedang RASULULLAH S.A.W

Jom kita tengok Pedang RASULULLAH S.A.W..

1. 'Ma'thur Al-Fijar'


Pedang ini dimiliki sebelum Rasulullah SAW menerima wahyu pertama di Makkah, pedang ini diberi oleh ayahanda beliau dan dibawa bersama sewaktu berhijrah dari Makkah ke Madinah. Akhirnya pedang ini diberi kepada Ali Bin Abi Thalib bersama peralatan perang yang lain. 

Tempat : Muzium Topkapi, Istanbul
Bentuk : Blade 
Panjang : 99 cm
Pemegang pedang : Dari emas berbentuk 2 ular dengan berlapiskan emeralds dan pirus dan mempunyai ukiran arab berbunyi Abdallah bin Abd al-Mutalib.

2. Al-Adb



Al-Adb beerti memotong atau tajam. Pedang ini dikirim ke para sahabat Rasulullah SAW sesaat sebelum Perang Badar. Rasulullah menggunakan pedang ini ketika Perang Uhud, pedang ini jugak digunakan sahabat Rasulullah SAW sebagai bukti kesetiaan mereka kepada Rasulullah SAW. 
Tempat : Masjid Husain, Kairo Mesir

3. Dhu Al Faqar



Pedang ini dari hasil rampasan perang Badr. Rasulullah memeberikan pedang ini kepada Ali bin Abi Thalib yang kemudiannya diserahkan kembali ketika Perang Uhud dengan darah dipenuhi 
darah dari tangan dan bahunya. 
Bentuk : Blade dua mata

4. Al-Battar



Pedang ini juga hasil dari rampasan dari Banu Qaynaqa, pedang ini juga disebut pedang pada Nabi kerana didalamnya terdapat ukiran nama Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, dan Nabi Muhammad SAW. Didalamnya juga terdapat gambar Nabi Daud AS ketika memotong kepala pemilik asal pedang ini Goliath dan dikatakan pedang ini juga akan digunakan Nabi Isa AS ketika beliau turun ke bumi untuk mengalahkan Dajjal. Wallahu'Alam.

Tempat : Muzium Topkapi, Istanbul
Bentuk : Blade
Panjang : 101 cm

5. Hatf



Sama seperti pedang Al-Battar, pedang ini juga hasil dari rampasan Banu Qaynaqa. Pada asalnya pedang ini dibuat dari hasil tangan Nabi Daud AS sebelum jatuh kembali ke tangan Nabi Muhammad SAW setelah disimpan oleh suku Levita.

Tempat : Muzium Topkapi, Istanbul
Bentuk : Blade
Panjang : 112 cm
Lebar : 8 cm


6. Al-Mikhdam



Ada yang dikhabarkan bahawa pedang ini berasal dari Nabi Muhammad SAW yang kemudian diberi kepada Ali bin Abi Thalib dan diteruskan ke anak-anaknya dan ada juga khabar mengatakan pedang ini memang berasal dari Ali bin Abi Thalib hasil dari rampasan serangan yang beliau pimpin di Syria. Terdapat satu ukiran tulisan arab bermaksud 'al-Zayn al-Din alal-Abidin'.

Tempat : Muzium Topkapi, Istanbul
Bentuk : Blade
Panjang : 97 cm

7. Al-Rasub



Ada yang mengatakan bahwa pedang ini dijaga di rumah Nabi Muhammad SAW oleh keluarga dan sanak saudaranya. 

Tempat : Muzium Topkapi, Istanbul
Bentuk : Blade
Panjang : 140 cm
Sarung : Mempunyai bulatan emas dan ukiran arab 'al-Jaafar al-Sadiq'

8. Al-Qadib



Pedang ini adalah pedang pertahanan seharian dan tidak digunakan ketika peperangan. Pedang ini dilihat berada di rumah Nabi Muhammad SAW dan kemudian digunakan oleh Khalifah Fatimid. 

Tempat : Muzium Topkapi, Istanbul
Bentuk : Blade tipis seperti tongkat
Sarung : mempunyai ukiran 'Tidak ada Tuhan selain Allah, Muhammad Rasul Allah.
Panjang : 100 cm
Bahan sarung : Kulit haiwan yang dicelup

9. Qal


Pedang ini mungkin dikenali dari nama tempat di Syria atau India Cina. Pedang ini adalah salah satu pedang Nabi Muhammad SAW sebagai rampasan dari Bani Qaynaqa ada juga yang percaya Nabi Muhammad SAW menemukan pedang ini ketika beliau menemukan air zam zam. Didalamnya ada ukiran 'Ini adalah pedang mulia dari rumah Nabi Muhammad SAW, Rasul Allah'. 

Tempat : Muzium Topkapi, Istanbul
Bentuk : Blade dan bergelombang 
Panjang : 100 cm

Credit to : diarisifroggie.com