Friday, December 28, 2012

Aku Rabun Warna

Lect : Kenapa awk tulis guna pen purple ni?
aku : =,="""...........saya rabun warna(dalam ati)
(Yang kenal aku mesti tau kan situasi ni)agagaga

------------------------------------------------

Bile ngan member..
Contoh situasi:
member : tolong ambik kertas warna purple tu..
aku : (gi amek kertas warna biru bg member)
member : amek warna purple la..bukan warna biru..LOL
aku : mne aku tau..nmpak macam purple..aku rabun warna la..
member : ye ke ko rabun warna <== (x caye lak)
aku : aishhh..camno la nk terang (dalam ati)
member : (tangan tunjuk kat baju warna kuning) ha..ni wane ape?
aku : kuning
member : ha..tu boleh je..
aku : =,="" ..yang camtu aku nampak la..macam biru ngan purple ke aku tertukar la..cam kuning, merah ke kadang2 ok..tgk atas warna tu la camne..(x tau nk terang camne)
member : ni lak wane ape??
member : ni??
member : ni yg kat sini ni??
member : ha..ni2 warna ape lak??
(soalan yg biasa di uji oleh mereka) :D

ok..kat sini aku nak tunjuk la 1 mende kat korang yg pernah tanya aku..aku share ngan korang ape yg aku nmpak pasal warna ni..aku keliru dengan warna..bukan buta warna..aku still je boleh nmpak warna2 lagi..bukan nampak hitam putih je macam tv zaman dulu..cume ade warna yg aku x dpat bezakan..sebab tu kalau korang tnye ade warna yg aku dapat jawab lg..

ada warna yang aku kurang contoh nya yang aku tau warna hijau ngan merah..biru ngan purple..macam tu la lebih kurang..kat bawah ni ade 1 gamba yg aku nk tunjuk..untuk normal macam korang akan nampak macam contoh warna yang normal tu..tp klu aku..aku akan nmpak macam protanopia..sebab tu la ade warna yang aku x dapat beza kan..ha..tp traffic light aku boleh la bezakan lg..1 lg yg best..walaupun rabun warna..test nak amek lesen untuk ujian warna ni aku lpas..:D

macam mana??faham kan dengan gambar ni?yg normal tu korang nampak dan yang protanopia ni ape yang aku nmpak..ha..ni je la yang aku dapat kongsi pasal rabun warna ni..so kalau jmpa ngan orang rabun warna lg x la korang pelik kalau dorang boleh jawab dengan warna yang korang tunjuk..:D
ok..tu je..sekian~




Monday, December 17, 2012

18 Perkara Perlu Dielakkan


Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki; takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sandal atau selipar yang berlainan pasangan, makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana KEMATIAN boleh bertandang bila-bila masa.

Jangan ego untuk memohon maaf pada ibu bapa dan sesama manusia andainya kita memang berdosa.

Jangan mengumpat sesama rakan, rosak persahabatan, hilang kebahagiaan.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita tidak sombong bila berjaya, andai gagal tidak kecewa.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur jiwa tenang, rezeki melimpah.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu gundah dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama. Hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Tuesday, December 4, 2012

Kopi dan Daging Kambing Makanan Sunnah


Tahu jenis potongan daging kambing? Sedarkah kopi dan daging kambing adalah makanan sunnah nabi?

1. Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

2. Teruskan membongkar kebijaksanaan Zionis menipu umat Islam. Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

3. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para Zionis ini) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut Zionis ke nak ikut nabi kita?

4. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran Zionis ini.

5. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang Zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

6. Para Zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya Coke dan Maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Orang Melayu kita juga yang ketagih minum Coca-Coladan Pepsi-Cola.

7. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. Untuk pengetahuan, para Zionis agen Dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

8. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas. 

Sumber : http://www.loveloveislam.com/2012/05/kopi-dan-daging-kambing-adalah-makanan.html