Makanan kegemaran Rasulullah s.a.w.

Assalamualaikum..
Nak hari ni saya nak share makanan kegemaran Nabi kita... Jom kita tgk nih ..

1-Barli
Bagus untuk demam jika dibuat sup


2-Kurma
Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.


3-Buah Tin
Buah dari syurga boleh mengubati penyakit buasir.

4-Anggur
Nabi suka buah anggur ianya dapat membersihkan darah,menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut.

5-Madu
Ia adalah makanan segala makanan,minuman segala minuman,ubat segala ubat.Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas,membuka selera,menguatkan perut dan membuang kahak.Elok diminum diwaktu pagi dengan air suam.

6-Tembikai (segala jenis)
Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya, digalakan memakannya bagi wanita mengandung.

7-Susu
Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi.Menguatkan belakang memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata,membuang kelupaan.

8-Cendawan
Baik untuk mata juga perancang keluarga.

9-Minyak Zaitun
Rawatan kulit dan rambut juga melambatkan penuaan,merawat radang perut.

10-Delima
Membersihkan tubuh dari syaitan juga bisikan syaitan selama 40 hari.

11-Cuka
Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (trend yang popular di restoran Italy)

12-Air
Minuman terbaik.Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.Jangan diteguk sebab ianya mudah mendapat sakit pada hati.
Comments
0 Comments