Wednesday, August 24, 2011

Air sejuk

Tahukah anda bahawa air sejuk mempunyai kelebihan?Ingin tahu apakah kelebihan air sejuk dan ais??Jom kita baca ni...

  • Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang
  • Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas
  • Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa
  • Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini
  • Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya
  • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan
  • Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan
  • Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total
  • Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan
  • Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan
  • Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam
  • Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat
  • Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh
  • Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat
  • Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit
  • Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan
  • Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan
  • Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan
  • Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh
  • Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar
  • Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang
  • Air sejuk lebih stabil molekul atomnya
  • Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut
  • Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk
  • Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan
  • Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil
  • Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk

6 wanita jangan dikahwini..

Al-Nananah :
Perempuan yang banyak keluh kesah.Selalu tak cukup bila dapat sesuatu.



Wanita Al-Mananah:
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya.


Wanita Al-Hunanah:
wanita yang ingin kepada suami yang lain(berkenan dengan laki2 lain).


Wanita Al-Hudaqah:
Wanita yang gemar akan sesuatu maka dia akan memaksa suaminya buat.


Wanita Al-Buraqah:
wanita yang sibuk bersolek dan mempedulikan amalan2 yang lain.


Wanita As-Salaqah:
Wanita yang kuat berleter pagi petang siang malam.

Bertunang tanpa sedar??

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku: Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut. Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut. Situasi yang dianggap pinangan: "Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku" "Kahwinlah dengan kita bila2" Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang. Contoh: "lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah" Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang. Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram. Kita orang melayu time nak tunang duk bawa rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. 
Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang. Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang. Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.


Artikel ni aku copy and paste dari facebook je ni...huhu..:p

Monday, August 22, 2011

Adab dan cara tidur Nabi

Rasulullah s.a.w bersabda : Maksudnya :
"apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah berwuduk seperti berwuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu, lalu kamu berdoa "ya Allah, aku serahkan diriku kepadamu, serta aku memohon perlindunganmu dan mengharapkan pahalamu. Tiada tempat untuk berlindung dan tiada jalan selamat kembali kepadamu.Ya Allah, aku bermohon kepada kitabmu yang telah engkau turunkan dan kepada Nabi yang telah engkau utus".(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Paru-paru kanan lebih besar dari paru-paru kiri, ketika tidur mengiring ke kiri, jantung kita akan terhimpit.Oleh sebab itu Rasulullah bersabda "hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu ".Jika tidur mengiring ke kiri, sistem pengaliran darah daripada jantung terganggu, ini akan mengganggu sistem pencernaan, pembuangan air besar dan menyebabkan keletihan dan kelesuan apabila bangun pagi.

Tuesday, August 16, 2011

Nak tau sex...

Ada seorang kanak-kanak baru memasuki alam tadika bertanya kepada ibunya ..."ibu ,sex ni apa bu" ??Ibunya terkejut dengan soalan anaknya itu ...
Setelah memikirkan jawapan untuk anaknya ,,, Ibu kanak2 tersebutpun menerangkan dengan panjang lebar untuk memberikan jawapan yang terbaik untuk anaknya ...Dia menerangkan sebaik yang mungkin supaya anaknya faham..


Tetapi ....Belum sempat ibunya menamatkan menjawab soalan anaknya ,,, anaknya berkata ,,,"bu,,kenapa panjang sangat jawapan ibu bagi ??Tempat kosong untuk tulis jawapan ni pendek je .." sambil menunjukkan muka hadapan buku :
Name :
sex :
Age :
Class :
Subject :


OPs...Terlebih suda.....:p.....hahaha