FAKTA LAGI

FAKTA - FAKTA (2)
  • Bom atom pertama dibina mengambil masa selama 3 tahun dengan kos AS$3 bilion dan memerlukan saintis, jurutera dan tenaga pekerja yang ramai.
  • Maharaja Morocco, Moulay Ismail (1672 - 1727) mempunyai 525 anak lelaki dan 342 anak perempuan yang dilahirkan oleh 1,703 orang isterinya.
  • 90 peratus pengeluaran beras dunia adalah dari benua Asia dengan China sebagai pengeluar terbesar iaitu 177.7 juta tan metrik berbanding Malaysia 2.17 juta tan metrik.
  • Masyarakat Cina memerlukan 600,000 peti limau mandarin untuk merayakan Tahun Baru Cina. Ini bermakna mereka membelanjakan RM12 juta untuk membeli limau sahaja.  
  • Pulau Batu Hairan, 65 kilometer ke timur laut Kudat, Sabah merupakan pulau terbaru wujud di dunia. Pulau ini mempunyai keluasan 0.77 hektar dan 3.1 meter tinggi, ditemui pada 14 April 1988. 
  • Papua New Guinea dianggarkan mempunyai 4 juta penduduk, menggunakan paling banyak bahasa di dunia iaitu 869 kesemuanya. Setiap bahasa digunakan oleh lebih 4,000 orang penduduk. 
  • Penerbit komersil maklumat hak cipta, MicroPatent, Connecticut, Amerika Syarikat, memiliki koleksi 1,730 CD-ROM yang mengandungi hampir 20 juta halaman senarai pemilik hak cipta utiliti di seluruh Amerika Syarikat 
  • Telekom Malaysia merupakan pengendali utama telekomunikasi di negara ini, mempunyai sebanyak 29,700 kakitangan di seluruh negara. Ia membekalkan kemudahan telefon kepada 2.7 juta penduduk Malaysia; nisbah 15 buah telefon bagi setiap 100 penduduk.  
  • Kesesakan lalu lintas paling buruk direkodkan pada 12 April 1990 apabila 1.5 juta kenderaan berbaris panjang menyeberang sempadan Jerman Timur dan Jerman Barat. 
  • Hutan hujan tropika Malaysia berusia 130 juta tahun dan dipercayai sebagai hutan yang paling tua di dunia. Terdapat sehingga 180 jenis pokok dalam satu hektar hutan tersebut. 
  • Gua Gomantung di Sabah merupakan tempat kediaman lebih sejuta burung layang-layang. Sarang burung itu dieksport ke Hong Kong dan Singapura dengan harga RM8,750 sekilogram untuk dijadikan sup. 
  • Pelabuhan Barat di Pulau Indah berharga RM1.2 bilion mampu mengendalikan 12.1 juta tan kargo setahun. Jumlah sebanyak itu memerlukan masa 10 hingga 12 tahun jika dikendalikan oleh pelabuhan Pasir Gudang dan Pulau Pinang. 
  • Sungai Rajang di Sarawak merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia, berukuran 563 kilometer. Ukuran tersebut boleh menghubungkan Muar dengan Butterworth. 
Comments
0 Comments