tokek(Gekko gecko)

Jom dengar ni..









Ini adalah reptelia yang glamour pada masa kini.Ramai orang yang berebut untuk mendapatkan tokek ini atau nama saintifiknya Gekko gecko untuk menambah pendapatan mereka.Harga tokek boleh mencecah RM1 juta per kilogram.Biasanya tokek ini bernilai ketika beratnya mencecah 300 gram dan keatas.Jika harga tokek ini bawah dari 300 gram,harganya akan menurun.

Kelebihan yang dapat pada tokek adalah enzim yang dihasilkan tokek dikatakan dapat menjadi penawat kepada penyakit AIDS.Tokek termasuk dalam kelas haiwan reptilia dan suborder sauria iaitu semua jenis haiwan bersisik kecuali ular.Tokek mempunyai banyak warna.Contoh warna yang terdapat pada tokek adalah kebiru-biruan atau agak kelabu dengan bintil-bintil kuning, oren, cokelat atau merah tua.Matanya berwarna coklat atau coklat-kehijaun dengan anak mata tegak memanjang.Menurut rekod sains, tokek jantan boleh mencapai saiz antara 30 hingga 40 sentimeter manakala tokek betina pula antara 20 hingga 30 sentimeter.

Apabila seekor tokek jantan mendiami sesuatu kawasan, tokek tersebut akan mempertahankannya daripada dimasuki oleh tokek jantan lain atau apa jua jenis haiwan. Ia suka hidup bersendirian dan hanya akan berhubung dengan tokek betina pada musim mengawan. Makanan utama tokek ialah serangga dan haiwan-haiwan vertebrata kecil.Umur tokek biasanya mencapai antara 7 hingga 10 tahun.

Nak tangkap tokek ni ada banyak cara.Contohnya menggunakan bulu,menggunakan tembakau,menggunakan perangkap tikus dan lain-lain.Tokek sukakan bulu kerana bulu ni dianggap serangga.tak silap saya,tembakau pula akan membuatkan tokek pengsan kalau tokek makan tembakau.Jadi,ikat la tembakau dekat kayu yang panjang sikit,kemudian hulur kat cicak tokek ni.Lepas tokek tersebut makan,tentu tokek tersebut pengsan kemudian dapatkan tokek tersebut.Tapi perlu hati-hati kerana tokek mempunyai racun.

Elakkan memegang tokek dengan menggunakan tangan kerana tokek akan stress dan menyebabkan berat tokek menurun.Jika anda pegang tokek,tokek tersebut tentu akan melawan dan anda akan menguatkan gengaman tangan anda.Ini akan menyebabkan badan tokek tercedera dan berat tokek menurun.

Tokek macam mana?Ada yang tak kenal tokek?Kita tengok gambar tokek ni:









Comments
0 Comments