Thursday, December 23, 2010

Telekinesis

Pernah anda dengar telekinesis??Anda tahu apa itu telekinesis??Kali ini saya ingin kongsikan tentang kehebatan minda anda.Telekinesis adalah keupayaan menggerakkan objek dengan menggunakan minda secara saintifik.Setiap orang mempunyai tenaga untuk menghasilkan tenaga telekinesis.Untuk menghasilkan telekinesis,seseorang itu hendaklah sanggup berlatih secara mental ataupun fizikal.

Tenaga telekinesis terhasil daripada arahan minda dan bukannya menggunakan jin atau tenaga ajaib.Dengan tenaga telekinesis,anda berupaya membuatkan sesuatu objel fizikal bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.Anda juga boleh membuatkan objek tersebut bergerak,pecah,terapung,bengkok dan sebagainya..


Ramai orang tidak sedar manusia mempunyai tenaga psikik.Dengan sekali percubaan,telekinesis sukar untuk berhasil.Telekinesis ibarat kemahiran matematik yang memerlukan latihan yang berulang-ulang untuk meningkatkan keupayaan telekinesis tersebut.

Pakar telekinesis iaitu Uri Gellar,berjaya membengkokkan sudu besi dan menggerakkan objek kasar.Telekinesis adalah menggerakkan objek dengan kuasa minda dan sesiapa sahaja boleh melakukannya.Berikan konsentrasi pada objek yang dituju ,berfikiran positif,tenang,dan yakin.Fikirkan objek yang anda hendak gerakkan ataupun bengkokkan.

Anda boleh cuba dengan cuba menggerakkan objek ringan seperti kertas halus dahulu.Untuk melakukan telekinesis mempunyai cara tersendiri.Anda perlu yakin bahawa telekinesis itu ada dan ianya boleh dilakukan.Insyaallah anda berjaya.Untuk belajar dengan lebih mendalam bolehlah mencari guru yang mengetahui tentang ilmu ini.