Thursday, December 16, 2010

sains dan minda anda

shcetoma
Schetoma adalah titik yang tidak kelihatan.Schetoma ini menunjukkan kepercayaan kita yang akan memadam apa yang kita lihat.Sebagai contoh,anda bertanya kepada isteri anda,"boleh awak tolong carikan garam didapur?Saya tak nampak pun."Kemudian isteri anda menjawab,awak carilah sendiri,ada didapur."
Kemudian anda cuba mencari garam tersebut dengan berat hati sambil merungut dalam hati "saya tak tahu dimana letaknya garam itu,macammana nak cari?".Setelah beberapa minit anda mencari didapur dan anda masih tidak menemui garam tersebut.Anda pun berkata kepada isteri anda "saya tak jumpa lah!".Isteri anda pun pergi ke dapur dan terus mengambil garam yang berada di depan mata anda."ini apa?" dia bertanya.
Tentu pernah terjadi kepada anda bukan?Sebab perkara ini boleh terjadi adalah apabila anda meyakinkan diri anda memang anda tidak akan berjumpa dengan garam itu,otak anda akan memadamkan imej garam itu walaupun mungkin mata anda melihatnya.

pygmalion

Pygmalion pula berlaku kerana 'maksud palsu sesuatu situasi membangkitkan perilaku baru sehingga menyebabkan kepalsuan itu menjadi nyata.
Kajian melibatkan seorang guru.Guru ini diarahkan untuk mengajar sebuah kelaspelajar-pelajar pintar.Tetapi guru itu tidak mengetahui pelajar dalam kelas tersebut mempunyai IQ yang rendah.Selain itu,pelajar juga bermasalah.Apabila dia mula mengajar,semua pelajar dalam kelas tersebut tidak mengikut arahannya.Tetapi disebabkan guru itu percaya para pelajar itu adalah pintar,dia berfikir dialah yang bermasalah dan bukan para pelajarnya.
Dia bertanggungjawab atas perilaku pelajar itu.Dia fikir mungkin cara dia mengajar membosankan dan tidak menarik perhatian serta minat mereka.Jadi,dia mula melakukan kajian dalam cara pengajarannya.Dia memberikan galakan,menabur minda mereka dengan permainan dan aktiviti serta memberikan tindak balas yang positif.
Pada akhir penggal persekolahan,gred mereka meningkat dengan mendadak.Apabila 1 ujian IQ dijalankan ke atas mereka.kebanyakan IQ mereka meningkat 20 hingga 30 mata.Guru itu telah berjaya.