Wednesday, December 1, 2010

Miracle Fruit(Pokok Ajaib)

Semakin lama semakin banyak perkara yang baru ditemui.Sebenarnya semua ini telah lama wujud.Tetapi kini baru kita dapat mengetahui tentang perkara ini melalui penyelidikan yang telah dijalankan.Nama  pokok sahaja sudah membuatkan kita tertanya-tanya dan ingin mengetahui bagaimanakah Pokok Ajaib ini.Apakah kelebihan pokok ini??Jom kita jelajah dengan lebih mendalam.


Info tentang Pokok ajaib:
(Nama Botani :Synsepalum dulcificum)
Famili :Sapotaceae 
Negara asal:Ghana, Afrika
Keperluan air :Banyak
Tahap pH :4.5 hingga 5.8 
Ketinggian pokok: 10 hingga 15 kaki
Bunga :Warna putih
Buah :Berwarna merah dan sebesar buah kopi.pokok berbuah selepas 2 @ 3 tahun.


Perkara yang menarik tentang buah pokok ajaib ini adalah selepas makan buah ini,segala buah yang masam yang dimakan selepas itu akan membuatkan buah tersebut berasa manis.Saya sendiri telah mencuba buah pokok ajaib ini.Mula-mula saya makan buah pokok ajaib dan kemudian saya makan buah limau kasturi yang kurang masak dan memang benar,buah limau kasturi tersebut berasa manis.


Pokok ajaib ini berasal dari Ghana. Ianya dikenali pada tahun 1725 dan di bawa ke Malaysia 4 atau 5 tahun yang lalu. Hasil penyelidikan dari University of Scranton USA, University of Athens, Harvard School of Public Health dan Kelo University, Tokyo merumuskan kopi buah ajaib berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi, menjadi anti oksida dan membantu merawat kanser.


Pokok buah ajaib ini telah dijadikan minuman iaitu E-POWER kopi buah ajaib.Untuk kopi buah ni saya belum cuba...:)