Sunday, December 5, 2010

Minda separa sedar

Tahukah anda akan kehebatan akal anda?Akal adalah anugerah tuhan kepada manusia.Apa pula yang dimaksudkan dengan minda?Minda dan otak adalah 2 perkara yang mempunyai perbezaan.Sebagai contoh,binatang mempunyai otak tetapi tidak mempunyai akal ataupun minda.Manakala manusia mempunyai otak dan mempunyai akal.Minda mempunyai 2 bahagian iaitu minda sedar(conscious mind) dan minda separa sedar(subconscious mind).

Minda sedar berperanan untuk mengawal pancaindera.Lima pancaindera adalah berkaitan dengan dunia nyata iaitu penglihatan,pendengaran,bau,rasa,dan sentuhan.Pada masa ini,minda sedar dibatasi oleh ruang dan masa.Minda separa sedar pula bertugas mengawal segala aktiviti organ dan tisu badan tanpa kita sedari.Ia melibatkan perasaan,emosi dan sebagainya.Minda separa sedar juga berfungsi menjalankan tugasnya melalui aktiviti degupan jantung,mengatur sistem peredaran darah,sistem pencernaan dan sistem perkumuhan.Tahukah anda bahawa minda sepra sedar dapat mencetuskan idea yang baru dan hebat walaupun semasa anda sedang tidur serta dapat menghalang dan menyembuhkan penyakit?

Perkara lain yang perlu anda ketahui adalah minda separa sedar berupaya merekod segala pengalaman kita seumur hidup.Para saintis percaya setiap kejadiaan akan disimpan dalam minda separa sedar.Minda separa sedar anda berfungsi seperti kamera yang merakam setiap perkara yang berlaku dan akan menyimpannya.Minda separa sedar akan melakukan apa yabg disuruh umpama robot.Minda separa sedar tidak dapat membezakan antara realiti dan fantasi.
Tahukah bagaimana perang psikologi dilakukan oleh pihak yang ingin menjatuhkan islam?Bagaimana pihak mereka menjatuhkan islam dengan cara halus?Kita perlu menyedari tentang ini.Pernahkah anda melihat pelukis melukis kartun yang dimulakan dengan simbol seks?Apakah akan terjadi jika kita melihat kemaluan?Akan menyebabkan kita lupa bukan?Apa pula akan terjadi jika kanak-kanak melihat kartun tersebut?

Ingat semula yang saya ceritakan tentang minda sebentar tadi.Mereka menjatuhkan islam dengan menanam perkara yang tidak elok kepada kanak-kanak.Simbol yang dilukis dengan dimulakan dengan simbol seks telah disembunyikan dengan menggunakan gambar kartun supaya tidak dihalang untuk disiarkan di television.Kanak-kanak yang melihat cerita tersebut tidak sedar akan semua itu.Tetapi,minda separa sedar mereka akan merakam dan menyimpan perkara yang dilihat mereka.Jadi fikirkan apa akan terjadi jika kanak-kanak telah didedahkan dengan semua itu sejak  mereka kecil.Ketahuilah bahawa minda separa sedar mempunyai kehebatan yang tersendiri.