Berkenalan dengan hukum tarikan

Hukum tarikan...Sebut tentang hukum tarikan tentu ada yang akan tertanya-tanya apa itu hukum tarikan dan tentu ada yang mengetahui apa itu hukum tarikan.Hukum tarikan sangat menarik untuk di ketahui dan digunakan dalam kehidupan seharian.Kepada sesiapa yang belum mengetahui tentang hukum tarikan,jom tambah ilmu.

"Hukum tarikan terjadi kepada anda setiap hari.Hukum tarikan adalah perkara yang kita fikirkan dengan seluruh perhatian tenaga dan fikiran samada perkara positif mahupun negatif,akan datang dalam kehidupan kita",inilah definisi hukum tarikan seperti yang ditulis oleh Michael J. Losier.

Hukum tarikan akan memberikan tindakbalas pada segala perkara yang anda pancarkan dengan menghasilkan getaran samada positif atau negatif.Sebagai contoh,semasa anda sedang memikirkan sesuatu hukum tarikan akan mengatakan anda sedang menarik apa yang anda sedang fikirkan.

Dengan mengetahui konsep hukum tarikan,anda boleh mendapatkan apa yang anda inginkan.Hukum tarikan menunjukkan kehebatan minda sedar dan separa sedar kita.

Setiap pagi,anda bangun dengan perasaan kecewa.Anda fikirkan hari itu adalah hari malang bagi anda.Pada masa itu hukum tarikan akan bertindakbalas dengan anda.Bila anda turun dari katil,anda terlanggar bucu katil.Ketika anda keluar dari rumah untuk ke tempat kerja jalan sesak dan banyak perkara yang tidak diingini berlaku.Ini kerana hukum tarikan bertindak balas dengan apa yang anda fikirkan.

Lain pula kisah yang diceritakan oleh kawan saya.Ketika dia keluar menaiki bas,dia akan membayangkan dan meyakinkan dirinya bahawa dalam bas tersebut akan ada kekosongan untuk dirinya walaupun bas tersebut ramai penumpang.Dia menceritakan perkara yang difikirkannya itu selalu terjadi.Hukum tarikan telah bertindakbalas dengan apa yang telah dia fikirkan.

Cukup sampai sini dulu untuk penerangan saya tentang hukum tarikan.Jika anda belum memahami apa itu hukum tarikan dan ingin tahu dengan lebih lanjut,rajinkan diri untuk mencari.Jika saya ada kisah lagi tentang hukum tarikan,saya akan ceritakan lagi...:)

Comments
2 Comments