Thursday, December 16, 2010

Anda perlu tahu

  1. Berat otak orang dewasa lebih kurang 1.5kg.Walaupun beratnya sekadar 2% daripada berat badan manusia,tetapi ia memerlukan sekurang-kurangnya 25% daripada jumlah oksigen yang diperlukan oleh badan.Otak manusia mempunyai lebih daripada 10bilion sel saraf neuron dan boleh melaksanakan perhubungan yang tidak terbatas melalui gelombang antara sel saraf dan memproses maklumat dalam otak.
  2. Mengikut kajian neurologi,seekor lebah yang mempunyai otak sebesar sebutir garam  halus dan mempunyai 900 neuron boleh melaksanakan pelbagai fungsi yang luar biasa.Ia boleh menggunakan tenaga otaknya untuk membina sarang tempat tinggalnya,mengeluarkan madu yang sangat tinggi khasiatnya,menganalisis cahaya matahari untuk menentukan arah dan boleh berkomunikasi antara 1 sama lain bagi berkongsi pengalaman.
  3. Mengikut kajian ahli-ahli sains neorologi,neuron dalam otak mengandungi bahan sel yang menghubungkaitkannya dengan cabang saraf akson(axon) dan ranting(dendrite).Dalam otak juga tidak kurang daripada 100 bilion sel glia yang merupakan sebagai gam untuk menyatukan keseluruhan sesaraf otak.Terdapat lebih daripada 100 trilion titik persilangan yang dipanggil sinaps dalam keseluruhan otak.
  4. Apabila stress,kelenjar adrenalin mengalirkan hormon cortisol yang berlebihan dan membinasakan berpuluh juta sel otak.Apabila ini berlaku,proses pembinaan yang dilakukan oleh sel-sel itu tergangu dan berlakulah kerosakan tisu-tisu otak secara beransur-ansur.
  5. Badan mengalirkan hormon cortisol apabila dikejutkan dengan perkara yang menakutkan.
  6. Semasa tidur,penggunaan tenaga oksigen berkurang lebih kurang 8%.